Allah SWT berfirman:
“Setiap yang bernyawa akan merasai kematian, dan di akhirat sana akan disempurnakan pembalasan, siapa yang diselamatkan dari neraka, dan dimasukkan ke dalam syurga, sesungguhnya dia telah berjaya. Tiadalah kehidupan di dunia itu, melainkan kesenangan yang menipu daya” Surah Ali-Imran ayat 185.
Saya angkat telefon dan suara Ma saya kedengaran,
"Angah, Mamak dah tak da."
Saya terkejut sebab baru semalam saya berbual-bual di telefon dengan Abah mengenai Mamak.
Oh ya. Mamak adalah panggilan yang kami anak2 saudaranya panggil kepada abang sulong abah saya. Mamak adalah panggilan dari Minangkabau. Disebabkan pakcik saya itu anak sulong dalam keluarga dan di Bukit Tinggi, Indonesia kerana pangkatnya dipanggil Mamak. Mungkin sama dengan Pak Long di Malaysia. Keluarga sebelah abah saya berasal dari Bukit Tinggi, Sumatera Indonesia. Nanti saya ceritakan pada entri lain mengenai keluarga di sana.
Semasa saya berbual2 dengan Abah, saya dah rancang yang nanti apabila saya pulang ke Malaysia, saya akan ke KL dulu, melawat Mamak, tak terus pulang Kelantan. Mamak sakit lagi. Sebenarnya baru hujung minggu lepas Abah saya melawat Mamak di Unit Respiratori Kuala Lumpur, mungkin berhampiran dengan Hospital Kuala Lumpur.
Saya nyaris terfikir nak ambil flight petang ni jam 5 p.m nak balik ke Malaysia. Saya nak tengok Mamak buat kali terakhir...
Saya sms nombor telefon bimbit ayah saya.
"Angah rasa nak balik."
Sebentar kemudian telefon berbunyi dan suara Ma saya di corong.
"Angah, arwah nak simpan lepas zohor..Mungkin tak sempat juga kalau Angah nak balik.."
"Ma pun tak tau sempat ke tak ni sebab drive dari Kelantan ni, nak amik Eg juga nanti.."
"Sedekah bacaan Al-Quran dari sana.."
"Ok..."..saya jawab ringkas.
Air mata saya sudah tak tertahan2 lagi jatuh. Ya, saya sedih. Sangat sedih!
Yang tinggal hanyalah kenangan...
Mamak saya adalah pakcik yang paling rapat juga dengan saya dan adik beradik sejak kecik lagi.
Semasa saya dapat masuk KYS (Kolej Yayasan Saad, Melaka) masa tingkatan 1, pakcik saya dan keluarga saya hantar (saya tahu selain keluarga saya yang bangga saya dpt masuk KYS, Mamak saya juga sangat bangga). Walaupun hanya sempat seminggu di sana.
Semasa di Kisas juga, masa tingkatan 4 pakcik saya yang datang masa Hari Mawwadah (hari keputusan ujian diserahkan kpd ibubapa), masa akhir SPM pun pakcik saya yang datang ambil saya dan barang2 saya untuk balik. Masa dapat keputusan SPM dulu pun saya tinggal di Kg Baru tempat Mamak, pakcik saya sebelum ambil keputusan di Kisas.
Sejak jauh di sini dah lama saya tak berpeluang jumpa pakcik saya. Saya terkilan juga. Terkilan sebab sudah lama tidak bertemu...
Setiap insan pasti merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang dibawa
Terdengar sayup surah dibaca
Sayunya alunan suara
Cemas di dada...lemah tak bermaya
Terbuka hijab di depan mata
Selamat tinggal pada semua
Berpisahlah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baikkah atau sebaliknya
Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang...ke sana
Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim
Terbaring sempit seluas pusara
Soal-bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi
Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kenangan
Diiring doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi
Semoga Arwah diampunkan dosa2 dan ditempatkan bersama para solihin dan siddiqin.
Sedekahkan Al-Fatihah juga untuk arwah.