setinggi-tinggi ukhuwah adalah ithar dan serendah-rendah ukhuwah adalah berlapang dada
andai engkau belum lagi mampu untuk mendahulukan
orang lain lebih dari engkau ( ithar), andai engkau belum mampu untuk
mencapai setinggi-tinggi ukhuwah itu dengan mereka yang berada di
sekeliling engkau, sekurang-kurangnya berlapang dada lah....
berlapang dada, bila orang lain berkata apa-apa. baik benda benar atau tidak
berlapang dada, bila orang tu membuat kita tertunggu-tunggu
berlapang dada, bila berselisih pendapat (engkau fikir, pandangan semua orang sama? )
cuba tolak sekejap kepentingan diri sendiri tu.
dan mari jadi muslim yang mukmin, yang takut pada Allah! (takwa)
berlapang dada, bila orang lain berkata apa-apa. baik benda benar atau tidak
berlapang dada, bila orang tu membuat kita tertunggu-tunggu
berlapang dada, bila berselisih pendapat (engkau fikir, pandangan semua orang sama? )
cuba tolak sekejap kepentingan diri sendiri tu.
dan mari jadi muslim yang mukmin, yang takut pada Allah! (takwa)
**Nota saya :
Balik dari hospital tadi tiba-tiba rasa nak buka balik buku catatan "keluarga" yang dah lama tak buka dan baca catatan lama. Pentingnya tarbiyah(pendidikan). Lebih-lebih lagi untuk hati. Hati ini memang kena sental selalu, tak boleh biar sahaja. Astaghfirullah hal a'zim. Senangnya kalau nak condong ke arah perkara tak baik.
p/s: ayat di atas memang saya suka sangat dari tulisan seorang adik dari sekolah di Klang dahulu. Terima kasih dik :) suka baca FTI :)
5 comments:
:) fathiyyah:
Semoga ukhuwah kita berkekalan dan Allah redha dengan kita. amin :)
Teruskan menulis dengan cute!
salam eidul adha tasha. memang kita ni kena selalu mentazkiahkan hati kita. maklum saja saban hari mata kita melihat pelbagai perkara baik dan buruk. yang buruk tu yang menyebabkan hati kita lalai. mempunyai sahabat yang suka menegur, menasihat adalah satu kebaikan.
:) Kakchik, salam eidul adha juga dari jauh. rindu pulak saya bila kakak saya dari Kelate ni komen. terima kasih kakchik!
Semoga kita sentiasa di dalam redha-Nya. Gembira hati ada kakak yang baik macam kakchik :)
Hati berbunga gembira pabila ukhuwwah tercipta hanya untuk meraih keredhaan NYA. Membuahkan bahagia.
tasha, adik aku dah jadi exco badar. fiuh.
Hawa :
Wah! Kagum :) Mantap. Bolehlah selalu bagi peringatan kepada kita semua selalu. Sukalah baca tulisan ko sekarang, macam tulisan Nurul dah skit2. Ke sekarang dah ikut Nurul pegi taklim juge?
Post a Comment