Saturday, November 6, 2010

Untuk Kak Ana

Assalamualaikum wbt

Akhirnya entri ini dapat saya tulis. Berjanji dengan Kak Ana semalam tapi apakan daya internet tidak bisa disambung pula. Kak Ana ini adalah rakan sekolah lama satu batch dengan saya waktu sekolah di Klang dahulu. Kak Ana satu tahun di atas saya umurnya sebab itu saya panggil Kak Ana :)

Kali terakhir jumpa Kak Ana masa balik Malaysia bulan Julai haritu. Itupun waktu di lapangan terbang di Kelantan, tapi kami tak bertegur sapa. Hanya melihat dari jauh sahaja sambil berfikir, "Eh macam kenal". "Tapi betul ke?". Sampai ke sudah akhirnya kami tak bertegur sapa.

Waktu di ruang menunggu niat hati kalaulah nanti Kak Ana dekat dengan saya waktu beratur nak tegur. Tapi Kak Ana tempah 'hot seat', jadi dia diutamakan naik dahulu. Sewaktu di dalam pesawat saya lihat Kak Ana sudah duduk dan sedang buka buku bersedia untuk membaca. Muka serius. Sudah tak berani nak tegur. Tiba di LCCT sewaktu di tempat menunggu bagasi saya lihat sekeliling mungkin ada Kak Ana, tapi dah tak ada. Dalam hati, "Orang lain kot, tak mungkin dia."

Sampai sahaja di Bandung saya menulis status di FB, "Alhamdulillah selamat sampai di Bandung". Tiba-tiba sahaja dapat mesej di kotak mesej. 

Hye Tasha
*Kak Ana July 19 at 12:56am  
Assalamualaikum.....Tasha....sy rasa..kita naik flight yg sama td! sy nk tegur...tp...senyum tak jadi...adoiyaa...masih ingatkah sy?hehe... 
*Iman Aisyah July 19 at 12:58am
waalaikumsalam.....saya pun rasa dah..duk kelih2 banyak kali jugak..tapi awak pun dok senyum saya pun rasa salah ore doh la..hehe...awak pakai tdg biru kan td?kerja dah ke? 

Selepas itu kami pun chat panjang di ruangan chat dan juga YM. Kisah lucu betul. Dalam banyak-banyak perbualan kami seperti biasa saya sengaja buat soalan cepu emas,
Saya : Sorang je ke Kak?
Kak Ana : Aah tu yang sedih suami dengan anak tak balik sekali.
Saya : Oh akak kawen tak btau.
Kak Ana : Eh mana ada dah kawen, belumlah. Buat lawak je.
Saya : Oh yeke. Saya pun belum kawen.
Kak Ana : Tau sebab baca kat blog awak.
Saya : Aiksss? Ada ke entri saya kat blog macam yang cakap saya belum kawen?
Kak Ana : Kak suka baca blog awak dengan Sarah. Tapi silent reader, sebab tu tau perkembangan.
Saya : Oiccc. Peminat blog saya secara senyap ye :)
Baru-baru ini dalam pada sibuk2 saya sempat juga buka invitation dalam FB. Biasalah suka lihat siapa yang akan berkahwin. Eh eh. Kak Ana. Senyap2 Kak Ana jemput. Semalam baru berkesempatan bertanya Kak Ana secara lengkap dan menemuramah Kak Ana. Terima kasih cerita Kak Ana yang best! Boleh buat novel satu. Hehe. Semoga dipermudahkan semuanya Akak. Nanti jumpa akak insyaAllah saya tegur dulu, tapi lepas ni dah ada Puan dah. 

**Nota:
*Nama di atas yang ada star adalah bukan nama sebenar di FB :)

14 comments:

Sarah Mohd Shukor said...

Eh eh. Ada sikit nama saya terselit. Hehe =p

Kak Ana nak kwen? Tak dapat invitation pun lagi. Tahniah Kak Ana =) Semoga segala urusan menuju walimah ni dipermudahkan. Tasha, tuliskan la novel sebijik untuk Kak Ana =D

Anonymous said...

kikiki..Sarah..dah invite laaa..cuba check event list awk tu..isk lama dah invite tau:)
Jemput datang ye...
eh jap...nape macam terkejut?heee..tak langkau bendul kan?
Ameen doa awk, Sarah.

Tasha: ku memikirkan untuk ke sana berjumpa kamu. Doakan sampai sana ye. heee..thanks alot.

daripada;
peminat doktor (cita2 yg dah lama terkubur)

Anonymous said...

macam ragu2...Sarah maksudkan Kak Ana yg mana satu ek?errrrr

Sarah Mohd Shukor said...

Kak Ana Farhana Ariffin yang kecik dan comey lotey ni la. Mana ada Kak Ana lain dah. Hehe. Err. Pasal invitation tu, ke saya yang dah terlupa. Banti saya check semula ye Kak Ana. Doa2kan la saya dengan Tasha pun cepat bertemu jodoh. Hihi =p

Anonymous said...

yay! Betul la..hehe..Saya memang tak sabar nak tunggu kamu berdua kawin...klu baca blog kamu, suspen saje memikirkan 'suspek' itu..Sarah, ini link nya ye http://www.facebook.com/event.php?eid=157458110960631&index=1
dan boleh juga jenguk di sini http://walimatulurus.myceloteh.com/
Jemput datang dengan segala hormatnya..

from:
bukan Mrs Anonymous

ummujannah said...

Sarah Mohd Shukor:

Sarah! Hehe. Ada nama awok kat atas. InsyaAllah 19 Nov. nak walimah dah Kak Ana. Saya nak tulis novel? Hahaha. Tak belajar lah nampak gaya saya. Tapi akan difikirkan=D Hehe.

Betul dah tu Sarah empunya badan.

"Doa2kan la saya dengan Tasha pun cepat bertemu jodoh. Hihi =p"

Sarah awak bukan sudah bertemu ke?=D Tinggal saya saja ni. Heee.

ummujannah said...

Kak Ana,

Konpius saya, awak guna anonymous. Letaklah nama pena skit. Datang2 jangan tak datang. Saya akan jadi tourist guide!

Terima kasih sudi membaca dan jadi peminat saya. Oklah Mrs Anonymous. Kejap lagi jadi Mrs dah dia. Ehem.ehem. Semoga dipermudahkan semuanya ya Kak Ana. Doakan saya dengan Sarah =)

Anonymous said...

Tasha,nak betulkan sikit...saya BUKAN mrs Anonymous.. Reserve it for those who deserve :)

Sarah Mohd Shukor said...

Mrs. Ghurfan eh? Hihi. Kak Ana, 19 nov saya kerja. Oncall time tu. 'Asif tak dapat datang. Saya doakan keberkatan untuk Kak Ana dan bakal sumi ye =)

p/s: Tiba2 rasa nak kawin jugak. Hahaha~

Sekian daripada Sarah yang tengah mengong2 time oncall =p

Farah Ariff said...

hak hak hak..Sarah mengong2...hukum: Wajib kawin...Ya Allah, mudahkan urusan pernikahan Sarah dan Tasha ni.

p/s:Saya juga bukan Mrs.Ghurfan...

Sekian daripada saya untuk doctor yang oncall di hari minggu :)

cherish said...

yana pn xdpt join kenduri kawen kak ana...huhu..sori tau kak...

teringt masa jmp akak kat kenduri faiq...masih kecik spt sll...haha=P

rmai tul org pilih tarikh kawen hari tue ye...kazen yana juga kawen wktu tue...

Sarah Mohd Shukor said...

Yana: Nasib baik saya pun tak pilih kawin time tu. Ahaks~ =p

Farah Ariff said...

Untuk Tasha,
Terima kasih yang tidak terhingga kerana masih menghargai ‘ukhuwah’ yang pernah CUBA dibina 8 tahun yang lalu. Terima kasih kerana masih mengingati saya walaupun maaf, jujur saya akui kita sebenarnya tidak pernah akrab semasa 8 tahun yang lalu, setuju bukan? Kita tak pernah bertegur sapa, setuju bukan? Kita hanya senyum bila berselisih, setuju bukan? Dan, sebenarnya…8 tahun lalu saya pernah cuba untuk berborak,mengenali awk secara dekat , tapi ada sahaja halangan. Allahu a’lam.
Dan, sesungguhnya Allah itu baik, amat-amat baik. Kita berkenalan selepas 8 tahun! Dan, untuk pengetahuan awk, saya sangat-sangat admirer bakal2 doktor dan yang sudah menjadi doctor (termasuk Sarah dan Liyana..tak lupa juga Hanisah). Oleh kerana itu, setiap kali saya melihatkan gambar di dinding bertentangan dengan escalator di lapangan terbang Kota Bharu, saya teringatkan awk (sebenarnya saya pernah berdoa, “Ya Allah, one day…temukanlah saya dengan Tasha”). Ya, 19Julai2010, saya terkejut bila ternampak awk. Nak senyum, tapi tak jadi senyum…sebab?- sangat EXCITED!
Kepada Tasha, Sarah, Liyana dan warga bumi waqafan, terima kasih atas huluran ukhuwah. Sesungguhnya tautan hati itu lagi dekat berbanding lidah berbicara, mata melihat dan tangan berjabat. InsyaAllah, forgetting all of you is hard to do, forget you never. Forget this writing, but not the writer. I miss all of you because of Allah.
Ukhuwah itu INDAH!


Saya;
Mrs Ghufran to be =)

ummujannah said...

Kak Ana:

Thanks! Huhu serupo ko dengan saya gambar kat airport tu? Macam dop jah. Saya lagi comel dop? Hehe.

Akhirnya mengaku jugak Mrs Ghufran :)

Sarah:

Setuju dengan Kak Ana, Sarah wajib kahwen=D Peace Sarah :)

Yana:

Nasib baik Yana dah kawen, takyah rebut tarikh tu=D. Sarah cepat sangat kot kalo nak pilih 19 hb . Sume past terkejut. Haha.

Eh baru perasan yang kat atas tu sume isteri/bakal isteri dalam masa terdekat. Semoga menjadi isteri solehah. Seronok bersahabat dengan anda semua, banyak boleh belajar ni, maklumlah saya ni masih masa terjauh lagi=D Sayanggg semua!:)