Thursday, December 9, 2010

Bercampur-campur

Assalamualaikum wbt

Harini hari yang tidak seperti saya harapkan. Saya harapkan hari yang santai dan tidak 'pack'. Mulai jam 6 am di wad Orthopaedics bahagian perempuan diteruskan  ke wad lelaki, diteruskan lagi ke ruang konferens dengan "morning report cases" oleh residen  mulai jam 6.40am (saya ingat mula sebelum jam 7 am lagi sebab saya lihat jam di tangan) dengan penuh harapan supaya cepat selesai. Jam 9 am belum selesai. Hampir ke 9.30am baru selesai. Terus sambung dengan presentasi residen yang kami kena hadiri juga. Dalam jam 10 am  baru selesai. Setelah itu kami di minta berkumpul pada jam 11 am untuk diskusi kasus yang kami buat semalam(tidur beberapa jam sahaja untuk siapkan slides). 

Ok saya ada 1 jam. Ma, abah dan adik balik Malaysia harini. Saya tak pasti saya dapat pulang masa break jam 12 pm jadi jam 10 am terus pulang. Makan dan salam dengan mereka. Sungguh tak suka perasaan nak berpisah macamni. Mesti tak biasa. Kena biasakan diri balik. Kena rush balik ke RSHS balik sambung diskusi balik dengan Prof. Lepas itu jam 1 pm ikut presentasi oleh residen. Selesai lebih kurang jam 2 lebih. Jam 4 pm kena ke RSHS lagi ada bimbingan residen. Ada waktu senggang tapi rasa berat kaki nak balik rumah yang sunyi. Tak seperti 9 hari yang lalu semangat sungguh nak balik rumah sebab ada yang tunggu. Balik rumah suasana sunyi buka laptop dan sembang dengan seseorang, lepas tu airmata tak dapat seka dan tak terkawal. -__-" Hehe. Kelakar pun ada tadi masa salam dengan ma abah adik buat-buat macho :)

Itulah kehidupan seminggu di Orthopaedics, Cik Bedah yang busy! Sungguh mengajar erti kesabaran secara maksimum dan mendidik saya cuba membahagikan masa sebaik mungkin. Semoga kesibukan ini suatu nikmat dari Allah swt yang penuh hikmah.

Berita Gembira

Harini keputusan department THT di tampal. Alhamdulillah penantian berakhir. Tahniah kepada 5 orang ahli kelompok yang lulus semuanya. Buat saya tersenyum melihat perkataan "PASS" di sebelah nama saya. Alhamdulillah :) Kepada yang belum lagi lulus jangan putus asa. Masih ada peluang dan ruang untuk membaiki nilai. Semangat!

Tinggal satu sahaja lagi major department iaitu surgery yang  akan berakhir bulan 1 tahun depan. Cuti seminggu dan sambung 3 minor department sahaja lagi. InsyaAllah. Selepas itu 6 bulan magang di daerah. Saya dah kira-kira juga. Semakin ke penghujung ni rasa takut pula. Semoga saya lulus dengan baik. Doakan saya semua. Terima kasih yang sebelum ini doakan saya. Semoga Allah swt membalas jasa baik kalian semua :)

**Nota saya:
  1. Tajuk macam tak kena "Bercampur-campur". Memang rasa bercampur-campur. Tak ada satu rasa terlalu gembira atau terlalu sedih. Tapi saya ada rasa gembira :) 
  2. Cepat betul rasa rindu. Baru saja mereka tiada dekat.
  3. Saya tengah nak tulis sebuah tulisan atau cerita saya bertajuk "Surat Cinta". Baca tajuk pun dah buat saya tersenyum belum lagi tulis. Semoga perjalanan cerita yang saya tulis ini baik dan berakhir dengan baik walaupun mungkin banyak tak pasti apa yang saya nak tulis. Mungkin pada keadaan yang saya tak ada idea nak tulis saya hanya berserah menunggu cerita muncul sendiri. Pening pula apa yang saya tulis ni. Tak apa tak masuk exam esok =D