Monday, April 27, 2009

Ikhlas

Assalamualaikum wbt...

Ikhlas?

Apa yang dimaksudkan dengan ikhlas?

Kita mungkin selalu dengar kata2.."Saya ikhlas tolong awak..".."Saya ikhlas kawan dengan awak.."

Pelbagai kata2 tentang ikhlas yang diucapkan untuk menyatakan kita ikhlas..tapi betul2 ikhlaskah kita?Apa measureable rate yang boleh kita gunakan untuk mengukur keikhlasan kita?

Ikhlas adalah sesuatu yang bersih dan murni, tak tercampur oleh apa2 pun dan tertuju hanya kepada ALLAH swt..

Hadis pertama dalam hadis arbain:
..."Sesungguhnya diterimanya amal perbuatan itu tergantung pada niatnya, dan sesungguhnya setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan.Barangsiapa berhijrah karena Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya (akan diterima) sebagai hijrah karena Allah dan Rasul-Nya, dan barangsiapa berhijrah karena dunia yang akan ia peroleh atau wanita yang hendak dinikahinya, maka ia akan mendapati apa yang ia tuju"...

Niat dalam berbuat sesuatu..Jadi sebelum melakukan sesuatu ikhlaskan niat dan sucikan hati,luruskan niat kita.Konsep ikhlas kalau nak dibincangkan mungkin banyak yang boleh dibincangkan dan mungkin kalau nak ditulis memang banyak yang boleh dihuraikan.Mungkin saya catatkan sedikit hasil perkongsian mengenai tajuk ikhlas yang dibincangkan dalam 3 kali pertemuan islamic circle baru2 ini.Sentiasa ada yang boleh dikaitkan dengan ikhlas.Bak kata salah seorang ukhti di salah satu circle,bak irama dan lagu (^_^).Begitulah konsep ikhlas dalam kehidupan.

Sifat ikhlas dalam diri perlu dilatih dalam membentuk keperibadian seorang muslim dan yang paling penting sebagai seorang daie, orang yang menyampaikan dan menyeru ke arah kebaikan.

Susah tak nak ikhlas?Dalam pada kita duk kata nak ikhlas dalam pada kita mengucapkan kata2 .."saya ikhlas"..memungkinkan yang wujud riak dan sok alim (bajet2 alim in indonesia=).
Pastu lagu mana nak ikhlas?Susahnya nak ikhlas!Ikhlas membutuhkan perjuangan!Sebelum kita berjuang untuk ikhlas, kita perlu tahu betapa pentingnya ikhlas,kenapa pentingnya ikhlas:

1)Ikhlas rohnya amal
~tanpa ikhlas ibarat tubuh tanpa roh atau nyawa~kalau tubuh tanpa roh atau nyawa, mati!Hati tak akan tenang melakukan sesuatu kerana terpaksa, betul kan?mungkin kita akan merungut2 walaupun kita buat.Kita tak akan rasa gembira kalau melakukan sesuatu kerana mengharapkan sesuatu bukan kerana Allah.Manusia memangnya mudah lupa akan janji, kecewa mungkin akan hadir sekiranya mengharap kepada ganjaran dari manusia.

Sebagai seorang daie'/penyeru/penyampai~cara penyampaian kita sangatlah penting.Kalau cara tak molek, niat tak ikhlas mungkin apa yang nak disampaikan tak akan didengari.
Tetapi kalau kita dah buat yang terbaik, niat kita ikhlaskan untuk menolong agama-Nya..InsyaAllah mungkin bukan kali ini apa yang kita sampaikan akan didengari.Ingatlah yang kita hanya penyampai,hidayah hanya milik Allah swt.

2)Ikhlas adalah salah satu syarat diterima amal.

Allah tak akan terima amal kalau tak ikhlas-HR Abu Daud dan Nasai.

~melakukan sesuatu hanya untuk memenuhi rutinitas atau mahu dipuji hanya penat yang kita dapat.

Sebab kita ahli IMAN, jadi kita wajib datang usrah?
Sebab kita nak dipandang baik, sok suci (bajet baik), kita buat kebaikan?
Sebab kawan2 kita buat benda yang sama jadi kita pun buat?

Renung balik setiap perkara yang kita buat teman2.Dari bangun pagi sampai ke saat ini..Kerana apa?Kerana siapa?

3)Ikhlas penentu nilai/kualiti sesuatu amal

Berbalik kepada hadis pertama dalam hadis arbain.So apa tujuan kita?

Tujuan kita hanya satu..ALLAh swt..

"Padahal mereka hanya diperintah menyembah Allah, dgn ikhlas mentaati-Nya semata2 karena(menjalankan) agama, dan juga agar melaksanakan salat dan menunaikan zakat, dan demikian itulah agama yang lurus (benar)"-(Al bayyinah:5)

4)Ikhlas mendatangkan berkah dan pahala dari Allah swt

"Orang yang menginfakkan hartanya di jalan Allah, kemudian tidak mengiringi apa yang dia infakkan itu dgn menyebut2nya dan menyakiti(perasaan penerima), mereka memperolehi pahala di sisi Tuhan mereka. Tidak ada rasa takut pada mereka dan mereka tidak bersedih hati"-(Al baqarah:262)..

Ikhlas perlu dilatih teman2..Indahnya ikhlas sekiranya kita melakukan setiap sesuatu kerana Allah.Manisnya akan kita rasa!dalam setiap sudut kehidupan kita~(~_^)!


p/s:

1)Minggu ni minggu last kelas, sebelum kehidupan di hospital bermula!insyaAllah doakan saya-dan semua pelajar2 tahun ke-4.
2)Alhamdulillah saya sihat~terima kasih tanya~maaf saya reply dgn kata2 aneh~kenapa tanya dah sihat?(^_^)huhu.Miscommunication sgtlah tak bagus utk kesihatan.
3)Saya harap thesis saya siap sebelum 18may~sebab masa tu dah start exam..











Thursday, April 23, 2009

Cerita Cinta

Assalamualaikum wbt..

Cerita cinta..

Cinta itu suci..

Cinta itu sakral..

Cinta itu indah..

Cinta itu gembira..

Cinta itu tenang..







"Tidak pernah ada yang bisa mengalahkan kekuatan cinta yang murni dan tulus.Cinta yang mendalam menebarkan energi positif yang tidak hanya mengubah hidup seseorang,tetapi juga menerangi hidup kehidupan orang banyak."

-kompas-.( laskar pelangi )

Wednesday, April 22, 2009

Part 2 : 12 April (^_^)!

Assalamualaikum wbt...

Saya(12April),Hasmah(11April),Aiman(30Mac),Huda(tlg pegang kek=)

12 April 2009,Ahad..Saya sangat sukakan tarikh ini dan apabila dikenang kembali banyak kenangan manis pada hari tersebut..Mungkin tak tergambar dek kata2,tapi ~*moment to remember*~

Pagi 12 April:cermin..check kamera(^_^)


Mungkin dah 24 tahun umur dan tak sangka dah setahun dari tahun lepas.
Bak kata Alia dalam ucapan terakhir di Jatinangor,Bandung semasa Majlis Jalinan Mahabbah yang lepas.."..kepada bakal2 jenazah sekalian.. "..terkejut juga saya yang di sebelah Alia,terus saya pandang Alia,dan Alia ulang lagi.."betul kan,bakal jenazah?"..dalam maksud ayat yang terkesan di hati tersebut.Lalu saya mengangguk perlahan2..

"..Terima kasih IMAN.Alhamdulillah anugerah IMAN dan sahabat2 IMAN yang 'comel2' semua..(ucapan ringkas dari saya)..saya ulas sedikit sejarah IMAN.."


Dua orang adik Usrah yg malu2 dan comel2,Hani dan Fana(sgt suka)


Bersyukur saya sentiasa dikelilingi oleh insan2 dan sahabat2 yang luar biasa..(^_^)..
Insan biasa yang sentiasa berusaha untuk kuat dikelilingi insan2 luar biasa yang kuat2 dan sihat.hehe.

Saya kongsikan
..kajian mengenai bulan dan sikap anda, yang telah dijalankan oleh Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah.http://www.darulnuman.com/mhikmah/bulan.html

APRIL
  1. Sangat aktif dan dinamik.
  2. Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.
  3. Sangat menarik dan pandai menjaga diri.
  4. Punya daya mental yang sangat kuat.
  5. Suka diberi perhatian.
  6. Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
  7. Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.
  8. Sangat berani dan tiada perasaan takut.
  9. Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.
  10. Emosi cepat terusik.
  11. Cuba kawal perasaan.
  12. Kecenderungan bersifat pendendam.
  13. Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.
  14. Kuat daya ingatan.
  15. Gerak hati yang sangat kuat.
  16. Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.
  17. Berpenyakit disekitar kepala dan dada.
  18. Sangat cemburu dan terlalu cemburu
Mungkin ada beberapa yang cocok dengan saya ataupun anda2 yang lahir pada bulan April..Hehe..


1)Happy Birthday~semoga beroleh keberkatan umur..Ameen..
2)nak-Bercinta sampai ke syurga!(harap2dibelikan^_^)


Monday, April 20, 2009

Mesej

Assalamualaikum wbt..

Saya minta maaf lambat balas msg di shoutbox..saya jawab di sini ye(^_^) walaupun lambat,better than never!

toy:windu tasha!tash, aku masuk bedah monday next week, doain yaa, tc =);)
Iman Aisyah:winduu kamu juga!tahniah ye dr muda!u can do it~~nanti kapan2 kita chat ye.sori sebab lama tak chat.InsyaAllah sentiasa di doakan..


fizisalam:Salam..mudahan dapat berkongsi sedit ilmu dan pengalaman..wslam
Iman Aisyah:Wassalm..insyaAllah..


permataku:assalamualaikum..salam ukwah...enti kisas er?taun bila yer....sila2 ke blog...ziarah....windukan bmi waqafan

Iman Aisyah:wassalam..salam ukhuwah juga.yupp ana kisas juga.SPM '02..InsyaAllah nnt ana ziarah blog enti..rindu juga bumi waqafan=)byk mutiara2 dpt dari sana.


Maisarah:Salam ziarah. kak tasya, kaifa hal? Uhibbuki fillah..rindu angin sempoi bandung... hehe :D
Iman Aisyah:Salam cik sarahku..ana bikhoir..Alhamdulillah baru saja sembuh dari typhoid..rindu angin Bandung je ke?akak tak rindu ke?hehe..Uhubbuki fillah too ukhti habibati=)nnti kelik kito jupo mache deh..hehe.


ain,HaQeeM,hafzie:salam ziarah
Iman Aisyah:Salam ziarah..jemput2(^_^)..nanti saya lawat blog ye.InsyaAllah!
to ain:ainnazihah kan?kita ingat awak!satu kelas ngn hawa kan dulu=)Thanx sudi lawat blog kita..

12 April dan Seminggu yang Pasif

Assalamualaikum wbt...

Seminggu yang Pasif

Alhamdulillah saya sudah sihat kembali,semakin sihat dan badan kembali bermaya.Seminggu yang lepas hanyalah seminggu yang pasif kerana saya terkena Typhoid(demam kepialu) lagi (kali ni dah kali ke-3 saya kena sejak saya di Bandung).

Maaf teman2 kerana dah lama tak update blog.Rindu nak menulis tapi saya tak mampu bangun dari katil pun seminggu yang lepas.Saya hanya 'bedrest' di rumah,tak ke kelas,tak ke lab untuk buat thesis dan tak kemana2.Makanan saya disediakan oleh teman2 serumah dan ibu Eni (yg tlg kami buat kerja2 rumah).Saya tak buat apa2 pun hanya rehat2,rasa macam penat2 dan tak larat sangat2..Malaise (a vague feeling of discomfort) and myalgia (muscular pain)-symptoms untuk Typhoid fever..

Mula2 balik dari klinik buat Lab Test, keputusannya saya Typhoid..huhu.Rasa nak nangis (dah nangis sebenarnya(^_^)-memikirkan bukan sehari dua akan sembuh-memikirkan thesis saya tak siap lagi ).Saya cuba nak lawan dan buat selamba saja tapi bila start baca buku tak sampai berapa patah perkataan dan cuba buat case review,mula pening kepala (frontal headache-symptoms thyphoid juge) menyerang-tak boleh concentrate studi.

Saya pasrah-mungkin sakit yang saya rasa menghapus dosa2 saya yang lepas dan dengan cara ini sajalah Allah swt bagi saya peluang untuk saya sedar nikmat sihat itu adalah anugerah sangat berharga.Saya kuatkan semangat dan kata pada diri,yang ujian ini saya boleh lalui.Kata2 semangat dari Abah dan Ma yang sangat bimbangkan saya mungkin menguatkan semangat saya nak sembuh cepat.Kawan2 juga ramai yang datang melawat-Terima kasih banyak2..Syukran Jazilan(~~,)!

Alhamdulillah hati tenang dan bersemangat nak siapkan semua tugas2 yang tak dapat buat.Gembira!



12 April 2009

Sehari sebelum seminggu yang Pasif adalah hari yang sangat gembira bagi saya.(^_^)!
Harini ini adalah Hari ulang tahun saya yang ke-24 ;)..K
enapa sangat gembira?sebab pagi dan malamnya saya di sambut oleh mereka2 yang sangat saya sayangi dan di dua tempat yang berbeza (dgn teman2 disini dan sedara2)..Sungguh bermakna hari tersebut dan manis untuk dikenang!Ucapan dari semua sahabat2 dan teman2 saya yang dekat mahupun yang jauh sangat saya hargai (org2 di Malaysia dan di sini dan yg jauh juga yg dekat-walaupun jauh tapi dekat di hati.hehe)

Saya masih ingat perbualan antara saya dan
Sarah(sedara perempuan dari Malaysia)..Masa tu malam sebelum 12 April.Kami sedara2 perempuan tidur dalam satu kamar hotel, 4orang semuanya.

"Akak tak tido lagi ke?Kenapa?"tanya Sarah melihatkan
saya tgh membaca sesuatu dari handphone yang bercahaya dlm kegelapan.Masa tu yang lain dah tidur.Sarah yang mungkin sedar saya belum tidur lagi.

"A'ah..tgh berfikir"selamba saja saya jawab.Malas nak memberitahu Sarah yang esok birthday saya.Nanti riuh pulak cik Sarah ni wish birthday saya,tak pasal2 terjaga yang lain..

Sebenarnya jam masa tu 12 am waktu Indonesia..waktu di sini lewat satu jam dari waktu Malaysia.Sebelum jam 12am di sini,saya sebenarnya dah tunggu siapalah orang yang wish birthday saya paling awal..hehe..(itulah yang saya fikir-buang masa lak-ada lagi fikir sebenarnya,yelaa dah menginjak satu tahun dekat kepada kematian-byk perkara bermain di fikiran).

Esoknya saya senyum2 saja bangun pagi.Sedara2 saya belum tahu birthday saya.Saja2 nak surprise tapi surprise saya sekejap saja..lepas tu terus dah pecah rahasia.Hari Ahad itu hari terakhir mereka di Bandung..nak balik dah,kejap je rasa..Rindu2.


Pada malamnya..IMAN(Islamic Malaysian Association) mengadakan majlis Jalinan Mahabbah sempena rakan2 Twinning UNPAD-UKM yang nak balik for good ke Malaysia dan untuk kami pelajar Tahun ke-4 yang nanti akan berpindah ke Bandung (dekat hospital-lambat lagi nak pergi rasanya bulan 8 ^_^).

Saya dah dapat rasa tarikh majlis yang sama dengan Birthdate saya,mesti ada sambutan Birthday.hehe.(tapi sambutannya sungguh di luar dugaan-Best2-makan2 pun best),tak pasal2 kena buat ucapan (semua pelajar2 4th year dan 5th year).Saya ni bukannya biasa bagi ucapan2 ni.Slide shownya sweet=)


Terima kasih ye ucapannya,mungkin sedikit lambat untuk saya ucapkan terima kasih..Ada yang saya sempat balas terima kasih-takut2 ada yg terlupa utk saya ucapkan terima kasih..
Gembira dengan ucapan dan doa dari semua sahabat2.Ameen!

Ucapan yang terakhir adalah dari Nurul:(sorry nurul,tasha baru buka emel-lambat tau psl haikal)

Saya kongsikan ucapan dari emelnya-walaupun saya baru sahaja buka tapi sangat terharu,sebab rupa2nya Nurul terlambat wish sebab Haikal sakit..

salam. tasha, happy belated birthday. haritu mase alarm bunyi tak sempat nak wish ko. hehe. masetu tngh bizi jage haikal. for yr info, aku 2 3 hari ni asyik ulang alik jumpe doctor. bukan aku sakit, tp haikal. smalam baru buat mri scan. doc ckp ade disc slip kat spine. tp stakat ni alhamdulillah la tak teruk sampai kene operate. esok g buat follow up lg. smalam doc kasi dia cuti 1 bulan sbb kne rehat. lps sebulan nnti baru tngk balik cane. mebi kitorang balik kg nnti parent aku dtg amik. balik kg senang sket sbb kat sini aku dahla takleh masak lg n kadang2 aku x larat nak angkat dia dahla tngh pegnen ni.skarang pon aku jarang online. kne jage haikal n jage diri sendiri n baby jugak. ko doakan sume slamat k..

1)Terima kasih nurul-jaga diri dan haikal baik2.Tasha doakan semuanya selamat.InsyaAllah!Sabar ye(^_^)kamu kuat!Nurul yang nampak lembut tapi sebenarnya sgt kuat!

2)Terima kasih sekali lagi kepada semua teman2 yang wish Birthday..Sangat2 saya hargai doanya.Ameen.

3)Tahniah Dr Nadia dan Dr Yusri sebab dah jadi MO(medical officer)-nanti balik boleh lah bagi hadiah yg Birthday yg dah lama beli tu(^_^)!dimaafkan walaupun lambat wish Birthday Angah sebab kamu berdua sibuk dgn Iman yang sgt saya rindu!

3)Tahniah Ukhti Marhamah yang selamat melahirkan baby yg sgt comel Tuan Ilham pada 11 April yg lepas..Semoga ukhti sihat dan semoga Ilham jadi anak solehah mcm ummi dan abinya.Teruskan berjuang..dhuhasakeenah2-blog Marhamah.

4)Doakan saya sihat dan kuat,dalam masa terdekat ini.Sebulan lagi nak final exam!Cepatnya masa berlalu~~

5)Nak-Bercinta Sampai ke Syurga dan Rindu Bau Pohon Tin (harap2diabeli)

6)Takziah buat saudara Ridzwan,junior Twinning '08 yang baru sahaja kehilangan ibunya minggu lepas,kena stroke katanya juga-ahli unit UPMI,IMAN sama dgn saya tapi baru perasan.maaf dik!Sabar ye=)Semoga arwah ibu ditempatkan dikalangan orang2 beriman.Ameen!Al-Fatihah.







Wednesday, April 8, 2009

Alhamdulillah Terang Bulan


Assalamualaikum wbt..

Sekali lagi entry pendek dari saya yang ingin saya kongsikan dengan semua teman2 semua..
untuk membaca lebih terperinci boleh rujuk ke Malaysiakini.com-klik

9.20pm Maklumat rasmi. PAS memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dengan majoriti 2,789 undi. Calonnya Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin mendapati 21,860 undi, manakala calon BN Ismail Saffian mendapat 19,071 undi.
Calon bebas mendapat 62 undi dan hilang wang deposit.

Keputusan ini bermakna PAS mengekalkan kerusi tersebut dengan tambahan majoriti, berbanding 1,566 undi pada 2008.


Alhamdulillah~Terang Bulan(^_^)!

Selamat berjuang Datuk Seri Mohamad Nizar dan Datin Seri Fatimah..!

1)Tersenyum dgn sms dari Along.."Ish..dari jauh pun bisa tau politik Msia buk!"..Mestilah Along!Hehe..kan dah maju skang!Just one click!

2)Sekarang kena tdo,esok kelas kul 7am,Public Health!Sila tdo Natasha..

3)Esok je sehari lagi kelas-nanti nak bercuti2,jalan2 cari makan!(~~,)!

4)Alhamdulillah~Gembira dgn sekarang(hehe)



Monday, April 6, 2009

Saya Rasa

Assalamualaikum wbt..


Saya rasa

Penat sangat harini..Rasa penat mungkin dari pagi saya bangun belum sempat lagi berehat2..Rasa penat sebab rasa banyak nak kena buat.Rasa penat sebab banyak nak kena ulangkaji.Rasa penat sebab banyak lagi tanggungjawab yang saya perlu selesaikan dan tugas yang menanti di hadapan.

Saya rasa

Rindu sangat harini.Rasa rindu dekat seseorang.Rasa rindu sebab saya sangat sayangkan dia.Rasa rindu sebab dah lama tak jumpa.

Saya rasa

Malas nak belajar dan rasa nak berehat2 sambil menonton buletin utama dengan Ma dan Abah,sambil menjadi jurukomen tak rasmi berita kepada Ma dan Abah..(sangat rindu saat2 selepas makan malam kat rumah).

Saya rasa

Nak cakap lama2 dengan semua pelangi2 dalam hidup saya(^_^)!Saya nak ceritakan semua yang berlaku dan saya nak ceritakan susahnya nak siapkan thesis saya.Saya nak ceritakan betapa berdebarnya hati saya untuk final year sebelum masuk hospital..(rasa macam kat luar dewan masa tunggu giliran untuk peperiksaan SPM dan masa tunggu result).

Saya rasa

Banyak cabaran dalam hidup ini.Keputusan yang saya kena buat.Sebagai seorang yang semakin meningkat dewasa.Saya bukan anak perempuan Abah yang suka ‘merengek2’ nak ikut Abah jalan2 lagi.Saya kena buat keputusan,saya rasa nak jadi anak perempuan, ‘anak Ma dan Abah’ yang kecil selama2nya.

Tetapi disebalik di atas,hari ini …



Saya rasa

Gembira sebab hati saya tenang dan saya berjanji untuk jadikan harini yang terbaik.Present yang terbaik masa di tutorial,tumpukan perhatian semasa di lecture dan lab tadi.Walaupun di akhir hari saya rasa penat.Semasa saya menulis ini hati rasa gembira sebab semua kerja2 harini selesai.Alhamdulillah(~_~)!Saya tak mengantuk di kelas dan saya faham apa yang saya belajar harini dengan baik.

Saya rasa

Rindu saya hanya akan membuatkan dia sedih kalau saya nyatakan rindu tersebut,sebab dia tahu saya sedih sekiranya saya sangat rindukan dia.Jadi saya tak mahu orang yang saya sayang sedih mendengar suara saya yang sedih.Saya usahakan untuk menjadikan rindu itu disimpan kemas2 disatu tempat.

Saya rasa

Saya tak boleh malas2 belajar.Ma dan Abah mesti tak sukakan saya malas.Saya kena rajin belajar dan tak boleh putus asa,macam Ma selalu pesan ‘Angah kena tunjukkan contoh yang terbaik buat adik2,ila,eji,jiha..Keluarga kita bukan banyak harta sangat yang Ma dan Abah nak wariskan..Hanya ilmu yang Ma,Abah boleh bagi buat anak2’..(rasa airmata nak menitis teringatkan kata2 Ma yang terngiang2 di telinga)

Saya rasa

Saya tak boleh cakap lama2 lagi dengan pelangi2 hidup saya.Mereka pun sibuk macam saya juga,dengan hidup yang semakin mencabar.Suatu masa kita akan ceritakan semuanya!Pada waktu itu nanti semua dari kita akan tersenyum dengan hasil usaha dan penat lelah masing2.Manisnya kita akan sama2 rasa nanti..

Saya rasa

Cabaran yang datang mematangkan saya.Ujian tarbiyah dariNya.Keputusan yang saya ambil bukan terletak pada diri saya sendiri.Saya sentiasa memohon agar keputusan yang saya buat bukan berdasarkan nafsu semata2.Susah nak buat keputusan.Hati kena kuat(~_~)!

Kegembiraan dan kesusahan macam manis dan masin rasa yang kita rasa dalam makanan.Kalau rasa2 tersebut hilang,akan terasa tawarlah makanan kita.

Tak best kan makanan tawar?Hambar saja rasa!

Manis dan masin rasa yang mesti ada dalam kehidupan menjadikan kehidupan itu lebih bermakna.


Selamat berjuang sahabat2ku..Jangan putus asa.



Saturday, April 4, 2009

Perdana Menteri dan First Lady


Assalamualaikum wbt

Entry pendek dari saya..
Ingin berkongsi dengan semua yang mungkin dah tahu ataupun belum tahu lagi,lebih2 lagi kepada yang sedang di luar negara..Tak perlulah untuk saya mengupas isu ini lebih lanjut..Sekadar hanya memaklumkan yang Perdana Menteri kita sudah bertukar dari Pak Lah kepada Pak Najib.First Lady kita sekarang bukan lagi Datin Jeanne atau Tun Jeanne,tapi Datin Seri Rosmah..


Selesailah perjuangan Pak Lah dan Ibu Jeanne..Bermulalah Pak Najib dan Ibu Rosmah..

Malaysia oh Malaysia!Malaysia tetap di hatiku..Tanah airku!

Bandung,Indonesia.

9 April-minggu depan Pilihanraya di Indonesia dan cuti umum-gembira2.tak sabar2 nak jumpa sedara2 yg dtg(^_^)!

p/s:Saya sangat rindukan Malaysia.Saya rasa nak balik kg sekejap.Saya rasa rindukan kamu2 semua!

Thursday, April 2, 2009

Sekolah Kehidupan

Assalamualaikum wbt...


"siapa yang sangka bila tiba masa kita utk pergi selamanya...takkan terduga jika saat ini Tuhan tentukan akulah orgnya"

Begitulah bunyi shout out Nurul Hidayah Abdullah Khir,kawan baik saya.Deskmate masa 5/7 di kisas dulu.


Saya terus buzz nurul.wah!
"Best shout!"..Saya dedicated kepada Nurul.."Al-Mar'ah As Solehah Ukhti habibati Nurul.Ameen"


Sekolah kehidupan
Saya sangat sayangkan kawan2 saya dari Kisas!Kami banyak berjuang,menangis,bergembira,suka-duka,menerima kata2 dari 'mereka2' dulu yang suka menghukum dengan kata2.Alhamdulillah kami sekarang berada di sini.Alhamdulillah semuanya bolehla dikatakan berjaya setakat ini,walaupun tidaklah sejauh mana lagi sampainya,tapi Alhamdulillah!

"Add-maths korang lulus ke tak?"kata seseorang suatu ketika dahulu.masih segar pertanyaan tersebut.Saya masih ingat,masa tu di akhir tingkatan 4.

Saya menelan air liur langsung memandang Nurul di sebelah.Nurul faham apa signal yang cuba saya sampaikan.

"Iskhh,dia ni patutnya tanya dapat A ke tak?ni tak, tanye lulus ke tak,muka2 kami ni tak pandai sgt ke?"..saya berkata tp hanya di dalam hati.tak mungkin untuk dizahirkan dengan kata2.

Perbualan tersebut tamat di situ sahaja dan pada tahun hadapan tuan punya diri yang bertanya tersebut telah mengetahui jawapannya.Masa tahun kami,iaitu batch'02,batch pertama yang kelas diasingkan lelaki dan perempuan dan batch terakhir juga sistem tersebut dilaksanakan.Saya pun tak berapa pasti kenapa.Batch di bawah kami kelas sudah dicampur.Masa batch saya juga hanya ada satu kelas lelaki dan satu kelas perempuan yang di'streaming'.Saya dan Nurul berada di kelas tersebut,kelas 5/7.Alhamdulillah.Bermulalah perjuangan kami!

Saya rasa tahap kerajinan saya masa form 4 dan 5 lebih rajin dari sekarang,lebih rajin dari zaman matriks,Kuala Pilah,lebih rajin dari zaman A-level,KTT..Saya rindukan zaman2 dahulu.zaman semua orang belajar bersungguh2 dan hati sangat tenang belajar,tanpa gangguan2 dari luar dan perkara2 tak patut.Mungkingkah kerana biah yang solehah,kerana bumi waqafan yang di'jaga'.Mungkin ya atau mungkinkah saya ini semakin lama semakin kurang semangat mahu belajar secara ikhlas.Bukan kerana hendak mengejar lulus sahaja,sekarang.

Berbalik kepada 'kata2' awal tadi.Banyak ujian dan dugaan dari mereka2 yang saya pun tak berapa pasti kenapa ye kata2 tersebut sanggup dikeluarkan.Mungkin masa tu belum matang lagi.Hehe.Apa2 pun saya dah lupakan itu semua dan yang paling penting kami,saya dan orang2 tersebut dahulu dah melihat siapa kami sebenarnya.Hehe.Belum lagi masuk cerita pasal ketua pelajar (pengawas di kisas dipanggil dengan nama ketua pelajar),kalau Ketua bagi semua pelajar2,adalah ketua umum.

Kenapa saya namakan kisas adalah sekolah kehidupan?sebab banyak perkara2 tentang kehidupan saya belajar dari kisas.Saya kenal apa itu usrah di kisas,usrah saya yang pertama masa di tingkatan 4 adalah bersama Nurul.2 orang sahaja,dan naqibahnya adalah Kak Jannah,masa tu tingkatan 5.Dah terputus hubungan dengan Kak Jannah,teringin nak jumpa akak balik!Mungkin tak sangka adik2 dia yang nakal ni dulu dah besar.

Saya belajar erti kesusahan hidup di asrama di kisas.Pertama kali saya ke asrama adalah ke KYSM (sekarang KYUEM),tapi jodoh dengan kisas lagi kuat,saya hanya mampu berada di sana selama seminggu,sebab utama keluar homesick.hehe.Kalau saya tinggal saja di KYSM mungkin saya tak dapat masuk kisas,sebab kolej tersebut tingkatan 1-5.Dunia sangatlah kecil,suami Nurul sekelas dengan saya masa di KYSM, 1 rajin.Saya sangat gembira saya keluar dari sekolah tersebut,walaupun pada awalnya sedikit menyesal.Rupa2nya Allah SWT nak hadiahkan saya dengan sesuatu yang lebih berharga buat saya.Alhamdulillah.

Saya kenal dan mula belajar dengan banyak perkara di kisas,selain akademik yang pada masa tersebut sangatlah dititikberatkan oleh Pengetua,Ustaz Abdullah (Pengetua Sekolah Agama Naim sebelumnya).

"Kita tengok sapa yang mati sebab belajar"...kata2 Ustaz Abdullah yang masih segar dalam ingatan.Saya sangat kagumi semangatnya yang tak pernah putus memberi semangat kepada kami.Kami masa tu complain pasal penat belajar rasanya.

Berbalik kepada kawan2 tadi.Saya sangat sayang kepada kawan2 saya dari kisas,ramai yang telah berjaya,terus berjuang tapi ada juga yang tersasar sedikit,mungkin terlupa.Alhamdulillah saya sentiasa di'jaga' oleh kawan2 kisas,dari keluar dari kisas sampailah sekarang.Alhamdulillah.Bertemu dengan junior2 dan super-duper junior,mahupun senior.Terima kasih anda2 dan anda2!

Walaupun dah hampir 7 tahun berlalu sejak zaman tersebut,tapi pengalaman2 yang saya kutip.Mutiara2 yang saya jumpa dan kumpul banyak membentuk saya hari ini.Alhamdulillah!

Sampai di sini dahulu kisah saya dan sekolah kehidupan.nanti akan di sambung,maaflah kalau macam tak nyambung sedikit tulisan di atas.

Dedicated to Nurul:jaga diri dan baby tu ye!Sentiasa doakan kamu!
to Emi,Ninie,Dee,Intan,Hawa,Sheila,Aida:take care!I care alott too!
Semoga kita terus berjuang dan berjuang dalam sekolah bernama kehidupan ini.

1)Masa dah tak banyak tinggal.Masa yang ada jangan disia2kan.Masa yang tersisa dan masa yang sia2,tak banyak masa dah yang tinggal!
2)Saya sayangkan kamu semua kawan2 dan sahabat saya tak kira dari sekolah kehidupan mana yang saya jumpa anda!
3)Saya akan cuba memahami anda kerana anda sahabat saya.Itulah sebab nya..InsyaAllah!Saya sayang anda sebab itu saya berusaha untuk memahami anda.

4)maaf sebab nak letak gambar tapi tak dapat masuk pula.nanti saya edit ye!(^_^)!~