Hari ini sudah masuk tarikh 1 Januari 2010.
Pada hari tahun baru ni, ada beberapa perkara bermanfaat yang patut Anda lakukan supaya Anda dapat mengharungi tahun 2010 dengan jayanya.
Doa saya moga di tahun baru ini Anda beroleh bahagia, beroleh kejayaan serta menikmati bermacam-macam kegembiraan. Jangan terlalu leka dengan cuti di tahun baru, sebaliknya gunakan masa yang ada untuk:
1. Pasang tekad mahu membentuk diri menjadi seorang pemaaf.
Biar kita jadi seorang pemaaf setiap hari, dari pagi hingga ke malam, sepanjang 365 hari kita mengharungi hari-hari yang ada di dalam tahun 2010. Untuk apa kita nak bentuk diri jadi seorang yang pemaaf?
Kita akan jadi makin bersemangat, lantas bertindak dengan penuh semangat. Tiada lagi rasa malas, susah nak bangun pagi atau bertangguh-tangguh.
2. Pasang tekad untuk melatih diri supaya hormat pada semua orang.
Orang yang bermotivasi, dia tak pilih bulu. Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya tak pilih orang dalam kita bergaul. Jadilah air dan asap yang mengikut bentuk bekas yang diisi olehnya.
Sesuaikan diri Anda dengan orang yang Anda dampingi. Fahami sikapnya, perangainya dan cari cara cemana untuk Anda serasi dengannya. Hormatilah setiap orang yang Anda kenali, walaupun dia seorang yang berfikiran negatif ataupun panas baran.
3. Pasang tekad untuk mendahulukan orang lain dan jadi orang yang berguna.
Jika Anda sentiasa mendahulukan orang lain, Anda akan terasa ada perubahan berlaku dalam hidup Anda.
Perubahan pertama, Anda akan rasa gembira bahkan semakin gembira sebab anda rajin menolong orang.
Perubahan kedua, Anda semakin optimis dalam mengusahakan sesuatu yang belum pasti khususnya dalam usaha merealisasikan matlamat Anda.
Perubahan ketiga, Anda akan dapat berkawan dengan orang-orang yang berkemahiran tinggi, bos-bos berjawatan tinggi, golongan professional serta orang-orang pemurah ilmu. Orang camnilah yang kita nak cari supaya kita dapat ilmunya, supaya kita tahu cemana nak berjaya dalam apa yang kita usahakan.
Elak untuk mensia-siakan hari cuti di tahun baru dengan berhibur terlalu banyak. Didik diri Anda untuk tidak terlalu selesa dengan situasi santai yang sedia ada.
Saya suggest supaya gunakan masa yang ada untuk membaca buku-buku motivasi atau memikirkan strategi bagaimana untuk berjaya dalam hidup. Jika Anda memilih untuk bersembang-sembang di hari cuti tahun baru, cakapkan perkara yang baik-baik sahaja, elak bercakap keburukan orang lain atau mentertawakan keaiban mereka kerana perbuatan sebegitu bahaya untuk tahap motivasi Anda.
Sumber: iMotivasi
2 comments:
salam penuh keazaman...(^_^)
Moga Allah berkati masa lalu dan memandu kita tguh di atas jalan-Nya
salam penuh keazaman juga sha!
Fastaqim kama umirta:)
insyaAllah teruskan berusaha..
Post a Comment