Jika Anda seorang pelajar dan anda mahu berjaya dalam pelajaran, Anda kena membentuk diri menjadi seorang insan yang dekat dengan buku. Tak kisalah orang nak cakap apa pasal Anda, biarkan saja. Cakapan orang hanya boleh mengkritik tapi tak akan dapat mengganggu Anda selagi Anda memilih untuk membiarkan saja cakapan mereka. maafkan cakapan-cakapan mereka jika Anda terasa, lupakan dan teruskan mengejar matlamat Anda.
Untuk menjadi seorang pelajar berjaya, dekatkan diri dengan buku. Baca banyak kali supaya Anda ingat apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja Anda pergi.
Kebanyakan pelajar takut untuk digelar kaki buku atau ulat buku sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak Anda kena terima hakikat Anda kena berkorban, termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun Anda, walau apapun yang Anda lakukan.
Link: www.imotivasi.com
3 comments:
nampaknya kena betul2 hayati konsep sebenar pengorbanan..
takut salah korban..diri pula turut terkorban (^_^)
sha:
betul2..
hehe..maksud pengorbanan kat atas ni akak rasa apabila 'hanging out' yang sudah berlebihan dan membuang masa..
bukan nak eratkan ukhuwah dah jadinya..
akak rasa lagi, kalo student medic org tak pelik dah kot kalo nk bwk buku kemana2..hehe..artikel kat atas general.
p/s:nnt kapan2 kita chat lagi ye..insyaAllah.Goodluck sister(^_^)
salam ziarah~
:)
suke artikel ni..kemana pegi,bku bwk same..teman baik =)
Post a Comment