Monday, January 4, 2010

Muhasabah dan Berubah

Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua?

Alhamdulillah saya sihat.

Minta maaf saya baru sempat menulis harini setelah entri terakhir yang saya tulis 'Dia Pergi Tak Kembali'. Ya, saya sedih kerana perginya seorang Pakcik yang sangat saya sayangi dan paling rapat dengan saya. Alhamdulillah, menurut Ma saya, Mamak(panggilan kpd pakcik saya) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seremban pada jam 2.30pm pada hari yang sama arwah meninggal. Allah swt lebih menyayangi arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan semua dosa2 arwah. Amin.


Neurology Department

28 Dec 2009 yang lepas saya masuk Department Neurology(saraf). Rotasi kedua saya untuk tahun klinikal ini. Alhamdulillah setelah selesai Internal Medicine.

Masuk minggu ini sudah minggu kedua saya dalam bahagian saraf ini. Saya cuma ada 3 minggu di rotasi saraf ini. Jadi ini bermaksud minggu depan adalah minggu terakhir dan minggu ujian. Neurologi ataupun saraf tidaklah seberat Internal Medicine ataupun Ilmu Penyakit Dalam.
Kes2 yang perlu dipelajari juga tak sebanyak Ilmu Penyakit Dalam. Nama rotasi klinikal ini pun rotasi minor. Mungkin semasa rotasi yang lepas sedikit sibuk dan memerlukan bacaan yang banyak. Rotasi saraf ini pun banyak memerlukan 'bacaan kembali'. hehe. Sistem neurology adalah semasa tahun ke-2 preklinikal. Lama kan? tapi saya minat Neurology!

I want to get A for neurology! InsyaAllah

:: Mari kita berusaha gigih:)

Malam Tahun Baru

Malam tahun baru yang lepas saya juga tak ketinggalan menyambutnya. Pertama kali saya menyambut malam tahun baru bersama teman Indonesia. Resvi mengajak saya untuk Mabit, di Salman, ITB. Mabit(Malam Bina Iman dan Taqwa). Sambutannya agak berbeza, sempena tahun baru masihi adalah tarikh yang sengaja dipilih mungkin sebagai titik permulaan. Saya nak kongsikan adalah, malam tersebut pertama kali saya tunggu gerhana bulan dan kami(satu masjid) solat sunat gerhana. Lebih kurang jam 1.53am-2.53am waktu di sini. Malam tersebut saya muhasabah diri saya balik. Saya ingin berubah menjadi yang terbaik, anak yang solehah!

Oncall Back to Back

Esoknya adalah Jumaat dan jam 8am saya oncall sehingga jam 5pm.

Oncall pada hari tahun baru dan saya di bahagian neurology, ramai juga pesakit yang datang dengan penurunan kesedaran. Ada juga meningitis dan stroke. Residen yang oncall bersama saya pada hari tersebut sangat baik dan best:) Terima kasih ajarkan saya dan Resvi. Oh ya, saya dan Resvi oncall bersama, jadi mengantuk pun sama2lah juga sebab semalam berjaga bersama.

Sabtu malam saya oncall lagi, saya suka pula ya ber'oncall' ni. Malam sabtu ini saya gantikan Ika sebab dia balik ke Malaysia untuk nikah. Opss..Abang dia yang nikah.. Nak souvenir!:) Tadi tak minta masa kat kelas sebab muka kamu nampak ngantuk dan penat. Selamat Pengantin Baru untuk abg Ika. Lepas ni giliran Ika pula:)

Gembira sebab ini oncall terakhir sehingga forensik mungkin. Psychiatric tiada oncall. Jadi saya boleh gunakan masa yang ada untuk berusaha gigih belajar.

Azam

Azam saya adalah:

Berusaha Gigih. Ringkas dan padat. Sebenarnya ada yang kecil2nya tapi tak perlu saya hebahkan kepada semua, cukuplah dikongsi dengan keluarga dan sahabat2 terdekat sahaja.

Saya nak berusaha gigih! Muhasabah dan Berubah menjadi yang terbaik.

Visi lebih jelas. InsyaAllah semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Nota:
1)Alhamdulillah..semoga permulaan yang baik, kita teruskan berusaha menjadi lebih baik.

2)Teruskan gigih berusaha buat anak muda yang sekarang ini tengah gigih berusaha untuk exam terakhirnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

3)Sahabat itu dekat. Keluarga itu dihati. Syukran a'la kulli hal:)


4 comments:

sinar_islami said...

Salam perubahan akak...
InsyaAllah moga Allah buka jalan dan memberkati setiap langkah akak berusaha..semua ni dlm rangka untuk mendekati-Nya jga...

ummujannah said...

Salam perubahan juga sinar!
nur islami..comel je sha ni, haritu salam penuh keazaman, kalini salam perubahan..jom2 sama2 kita berubah menjadi yg terbaik::utk mengejar redhaNYA..semoga semuanya dipermudahkan oleh-NYA..Amin..:)

sinar_islami said...

Akak panggil nur islami..suka3 (^_^)
Comel? Hehe buat sha segan je..*blushing*
AMeen..Jom jadi berubah & jadi generasi perubah..

cahaya iman said...

salam ..akak tahu tak..

bahaya sambutan tahun baru

'' PERHATIAN WAHAI UMAT ISLAM : bila sampai 31 disember , berapa ramaikah yang bersedia
meraikan tahun baru ? tetapi sedarkah telah difatwakan oleh Sheikh al Azhar , Sheikh Tantawi ,
Sheikh Yusof al Qordawi dan ulama-ulamakontomporari bahawa menyambut tahun baru beerti
menyambut hari jadi tuhan yahudi & kristian . bagi mereka yang tidak tahu hukumnya fasiq ( dosa
besar ) tetapi bagi yang sudah tahu ... hukumnya MURTAD ..jadii fikir-fikirkanlah ! sebarkan
kepada saudara ISLAM yang lain semampu anda ''

saya dapat sms dari kawan saya..