PERMAI 2010 akan membuka tirainya tidak lama lagi. PERMAI 2010, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010 adalah kesinambungan dari PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008. Mungkin ada sahabat-sahabat yang belum tahu atau mungkin kurang jelas dengan kewujudan PERMAI ni. PERMAI merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelosok Indonesia. InsyaAllah, PERMAI 2010 Januari ini akan diadakan di Bandung dan mendatangkan wakil-wakil dari Bandung sendiri sebagai tuan rumah, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Malang, Makassar, Medan, Palembang, Padang, Solo, Indramayu dan ada juga wakil dari Malaysia yang sangat bersemangat untuk ikut serta dalam PERMAI kali ini.
Sejarah PERMAI
Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.
Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, (skemanye..) PERMAIDANI (huhu) dan PUISI (tinggal tukar Ireland ke Indonesia je.hehe)..dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (walaupun tak berapa sesuai kat hujung dia).
Permai ‘08
PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tanggal 23-25 mei 2008 adalah program Islamik pertama yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PERMAI’08 dianjurkan oleh UPIMI (Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) dari Jogjakarta dengan kerjasama IMAN (Islamic Malaysian Association) dari Bandung dan PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia). Saudara Isa Azzaki bin Zainal dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta merupakan pengarah PERMAI’08 dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain dari UGM.
PERMAI’08 diadakan selama 3 hari 2 malam, merangkumi seminar, ceramah motivasi dan ‘games’ dalam beberapa slot berdasarkan modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil , seorang ustaz, motivator dan juga artis(hehe) yang popular di kalangan mahasiswa Malaysia, terkenal dengan slogannya berbunyi. "Erti Hidup pada Memberi". ‘Details’ tentang Ustaz Hasrizal telahpun di kupas dalam artikel yang lepas (sila rujuk) atau layari blog beliau, http://www.saifulislam.com. Modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin membicarakan tentang 7 aspek yang harus dimilik oleh seorang mukmin, dan diambil dari buku karangan Stephen Covey bertajuk “The 7 Habits of Highly Effective People”, membincangkan tentang:
1) Be proactive – Principles of personal vision
2) Begins with the end in mind – Principles of personal leadership
3) Put first things first – Principles of personal management
4) Think win/win – Principles of interpersonal leadership
5) Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication
6) Synergize – Principles of creative communication
7) Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal
Alhamdulillah, PERMAI’08 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari peserta-peserta. Di harapkan ilmu yang diperoleh dapat menggerakkan para peserta daripada TAHU, terus berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.=) (juga slogan Ustaz Hasrizal)
PERMAI 2010 Kesinambungan dari PERMAI’08, PERMAI 2010 meneruskan jejak langkahnya dan untuk PERMAI kali ini, Bandung diamanahkan untuk menjadi tuan rumah, dan kami masih mengekalkan Ustaz Hasrizal sebagai ‘main speaker’. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada PERMAI 2009? Untuk pengetahuan semua, memang rencananya PERMAI berikutnya selepas yang pertama akan diadakan pada tahun ini tapi disebabkan Ustaz Has tak dapat memenuhi jemputan ke luar negara untuk tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu, kami memilih untuk menundakan tarikh program ke tahun 2010, dan tidak bercadang menggantikan penceramah yang lain. Diharapkan penundaan dan penantian ini ada hikmahnya, insyaAllah,
Pengarah untuk PERMAI 2010 adalah saudara Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim, pelajar perubatan ‘batch’ 2006 (tahun 4) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sahabat-sahabat dari UNPAD. Tema kali ini ialah Islam & Muslim; Dulu, Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz hasrizal. Modul yang sama dipakai untuk PUISI 2007 tapi ditambah dengan sedikit intro tentang sejarah Islam dari awal kebangkitannya hinggalah kejatuhan turki uthmaniyyah, sehingga kini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ustaz Hasrizal merupakan bekas graduan master dalam bidang sejarah Islam dan peluang ini kami ambil untuk mengadakan slot khas membincangkan tentang sejarah Islam dan Muslim. ‘Details’ tentang tema dan modul ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel berikutnya insyaAllah =). Berikut merupakan butir lengkap dan padat tentang PERMAI kali ini:
PERMAI 2010 (Bandung)
Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia
Tarikh: 22-24 Januari 2010
Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan
Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif
2 comments:
Sha yang tak tahu sejarah permai boleh tahu selepas bca entri akak..
Moga Allah berkati usaha antum..
Moga ini antara bekalan untuk bertemu-Nya kelak..
serru 'ala barakatillah..
ps:bila la mesir nak ajak ust has (^_^)
Amin utk doanya sha.
sejarah permai baru sahaja bermula di bumi indonesia ini.
mengumpul bekalan utk dibawa ke alam yg kekal abadi nnt.
p/s:kena tanya ustaz yang tu..jauh tu mesir:)
Post a Comment