Sunday, May 23, 2010

Sabar di atas Sabar

Assalamualaikum wbt dan salam semua.

Semoga hari Ahad ini kita semua ceria dan sentiasa bersemangat hendak melakukan kerja-kerja yang belum selesai. Bagi yang sedang bercuti dan bersantai2, nikmatilah hari2 yang rehat sebelum sibuk kembali. Saya hari ini pagi2 lagi berada di hadapan laptop untuk menyelesaikan tugas iaitu laporan mengenai perencanaan kerja untuk Pusat Kesihatan Masyarakat (PUSKESMAS) tempat saya dan kawan2 bekerja sekarang. Selama 4 minggu kami di PUSKESMAS dan esok sudah masuk minggu ke 3. Tinggal 2 minggu lagi.

Masalah yang kami ambil adalah mengenai Pos Pembinaan Terpandu (POSBINDU). Sasaran usia kami ambil adalah golongan yang lanjut usia (lansia). Banyakkan shortform yang digunakan di sini? Saya pun kadang2 pening? Tapi tak apa sabar! Semuanya bermula dengan tidak tahu kan? Tak ada orang yang tiba2 sahaja tahu. betul kan?

2 minggu di PUSKESMAS, baru nampak gambaran jelas apa yang kami harus kerjakan. Gambaran tentang profil PUSKESMAS. Susah juga bila sudah lama di klinikal tiba2 kena kerja di tempat yang tiada klinikal langsung. Awal2 rasa bosan juga, tapi setiap sesuatu pasti berharga. Jadi jangan di sia-siakan peluang ini. Melawat PUSKESMAS dan berpeluang belajar mengenai cara PUSKESMAS beroperasi. Mungkin kalau di Malaysia, PUSKESMAS ini sama dengan klinik kesihatan (KK) yang di desa atau kampung.

Oklah sampai di sini dahulu, jam 11 am sekejap saja lagi saya ada diskusi dengan rakan2 sekelompok. Persediaan untuk presentasi besok.

InsyaAllah. Boleh buat!

Dont stop walking tasha^_^


2 comments:

sinar_islami said...

keep on moving akak..
go kak tasha go..
(^_^)

ummujannah said...

^_^
go sha go..

dont stop walking too!