Saturday, May 22, 2010

Saya Suka Abaya!

Assalamualaikum wbt dan salam semua.

Entri mengenai Trend Baru di Malaysia, Tudung Macam Bonggol Unta menjadi glamour dan menyebabkan traffic yang datang hampir semuanya ke tajuk entri tersebut. Kalau dulu melihatkan orang pakai tudung dan ada bonggol sudah menyebabkan saya tak suka melihatnya, rupa2nya tak suka saya itu ada hadis yang menyebut mengenai perkara tersebut. Alhamdulillah sekarang sudah tahu hukumnya. Sama2 kita berkongsi dengan yang tak tahu lagi ye kawan2ku semua:)

Kalini saya nak berkongsi tentang koleksi abaya dari AMAL MURAD, seorang pereka abaya dari UAE. Cantik dan menutup aurat abaya ni, tapi tudung harus dilabuhkan hingga bawah paras dada. Saya memang suka melihat orang2 Arab yang datang ke Malaysia memakai abaya, rasa cool. Harap2 suatu hari nanti saya dapat memiliki abaya! Jom mari kita lihat abaya di bawah ini.

Elegant dan nampak classy


Ada unsur2 etnik, menarik dan cool!


Abaya jenis butterfly


Potongan yang lain dari yang lain, cantik!


All black tapi still nampak elegant


Cantik kan? sekali tengok saya sudah jatuh hati dengan abaya amal murad ni. Lagi satu sebab ciri-ciri pakaian yang menutup aurat memang ada, kecuali tudung yang harus dilabuhkan ke bawah paras dada. Longgar tidak ketat dan menutup aurat. Itulah ciri-ciri pakaian dalam Islam.

Saya sangat suka potongan abaya yang ke-2 dan ke-4. Cantik lain dari yang lain., tapi yang lain pun cantik juga.

Terima kasih kepada KakChik Niza, kerana selepas lihat di blog Keluargaku Sayang (klik) terus jatuh hati.

Lihat lagi di web AMAL MURAD (klik)


2 comments:

iqbalsyarie said...

oh..ni abaya..bru taw

Iman Aisyah said...

abaya kat atas tu yang sudah di designkan. kalo betul2 abaya mungkin warna hitam saja kot. macam orang arab pakai tu. mungkin.