Wednesday, June 29, 2011

Hakuna Matata



**Nota: Nak tau maksud? Tanyalah google.


Thursday, June 23, 2011

Cahaya



Assalamualaikum wbt

Setiap kali aku buka dan baca tulisan kakak ni memang rasa sangat terkena. Selalu terkena. Macam kakak tu tengah cakap depan-depan. Tengah cakap, 

"Tolonglah sedar dan bangun. Tak sedar-sedar lagi ke?"


Pagi ini aku buka blog kakak tersebut, ayat pertama aku baca terus rasa dalam hati. Terasa sangat menusuk kalbu,


Bagaimana mampu kita memberikan cahaya buat manusia lain, jika cahaya kita sendiri malap?

Cahaya dalam hati aku bagaimana? Aku dah tahu dah jawapan dia. Rasa segar mata aku fikir balik. Aku juga harap jiwa aku juga segar. Rasa nak paksa diri. Suka manjakan diri tak pasal-pasal -__-


Penah aku tanya kakak ni kenapa dia tak balik Malaysia lagi. Kenapa kerja kat sana? 

"Memang sengaja tak balik sebab nak buat kerja dakwah"


Dalam hati aku, memang aku jauh sangatlah dengan pengorbanan kakak tersebut.


"Setiap hari memang fikir nak buat ukhuwah dengan orang"

Ayat kat atas dia selalu juga letak dalam tulisan dia. 

Aku suka baca tulisan dia sebab dia juga kerja sama dengan kerja aku. Kerja yang jumpa banyak orang. Orang sakit. Orang sakit ini selalu semangat dia tak banyak. Jadi aku yang sihat ni kena penuh semangat. Senyum bila jumpa diorang, bagi mereka nasihat. Paling penting cuba sampaikan sesuatu tentang Islam. 

Cuba. Walaupun rasa tak banyak lagi ilmu. Nak tunggu cukup ilmu sampai bila-bila tak akan pernah dapat mula.


Bacalah tulisan kakak ni di sini : Menggapai Cahaya

Aku suka selalu dapat nasihat dari sana. Terima kasih kakak. Syukran jiddan!

Aku berhenti setakat ini dulu. 

Semoga harini lebih baik dari semalam :) Jangan lupa senyum dan terus fikir nak buat kebaikan

"Jangan lari dari kelompok yang baik, kerana jika kita tak bersama mereka, kita pasti bersama kelompok selain dari mereka(kelompok jahiliyah). Kerana itu, sedalam manapun jatuhnya kita, jangan sekali-kali kita putuskan hubungan kita dengan usrah ataupun jemaah kita"

ps: ayat kat atas memang aku tak akan lupa, sebab aku pun pernah nak lari dari jemaah. peace sahabat:) sengaja guna "aku" kat atas. saya masih sama dengan aku :) 


Monday, June 20, 2011

Rindu Sangat (Anak Yang Solehah)

Assalamualaikum wbt

Rindu sangat dekat rumah. Rumah dekat kampung halaman Machang. 

Homesick~

Teringat ma, abah, kakak, adik-adik, anak-anak kakak, mok(nenek), saat-saat sembang dengan ma, nabila, adik depan kolam ikan malam-malam sambil tengok bintang di langit. Ya Allah rindunya kat mereka semua sekarang. 

Pengorbanan. Inilah yang dinamakan pengorbanan untuk belajar, untuk mencari ilmu jauh di seberang. Sejak umur 16 tahun sejak masuk kisas, sekolah di Klang, memang balik rumah waktu cuti saja. Kali terakhir balik secara sangat lama sebelum masuk tahun klinikal pada tahun 2009, cuti 3 bulan. Setelah itu tahun lepas ada cuti 6 minggu masa tengah klinikal. Kali terakhir. Balik untuk raya pun kali terakhir tahun 2009. Kumpul ramai-ramai dengan adik-beradik, gaduh sama-sama berebut bilik, kena marah dengan adik lelaki sebab lambat siap nak pergi masjid untuk solat sunat aidilfitri. Rindu sangat semua perkara tersebut. Setelah itu hanya balik seminggu paling lama. 

Bukan dah lama tak balik baru bulan lepas balik masa majlis kenduri nabila, tapi sekejap sangat. Banyak perkara tak dapat buat. Tak sempat. Kalau ikut hati nak balik malaysia. Sekarang juga. Sejak 2, 3 hari lepas wajah-wajah mereka selalu keluar dalam ingatan. Nak makan sama-sama, nak kacau adik bongsu yang garang, nak kena marah dengan ma kalau tak kemas rumah. Huuu~


Father's Day

Semalam rupanya jatuh hari abah. Abah ada telefon. Tak dapat bayangkan kalau abah tak ada. Siapa yang nak tolong buka tin sardin? Siapa yang nak hantar pergi airport? Siapa yang nak tolong renew lesen kereta? Siapa yang nak tolong risau kalau anak perempuan dia driving? Banyak jasa abah, walaupun abah memang tak banyak cakap macam ma. Fitrah lelaki mungkin. 

Abah dan ma. Orang yang sangat saya sayang dan selalu rindu. Orang yang memegang kunci syurga saya sehingga saat ini sebelum berpindah ke tangan insan lain yang bernama suami. 

InsyaAllah. angah janji nak jadi seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan ma abah sehingga mungkin angah panjang umur, akan mendoakan ma abah sampai bila-bila pun walaupun masa tu jasad dah bercerai dengan nyawa. InsyaAllah. Nak jadi yang macam dalam hadis ni sebut, 

“Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya atau anak yang shalih yang mendo’akannya”.

Akan sentiasa berusaha nak jadi anak yang lebih baik dalam masa yang ada, akan sentiasa membahagiakan ma abah. Akan sentiasa buat ma abah tersenyum. 

Astaghfirullah hal a'zim. Banyak kena muhasabah lagi. Banyak yang lalai. Banyak yang kurang. 


**Nota: Sebelum roommate nampak airmata jatuh baik berhenti menulis. 

Sunday, June 19, 2011

Hari Ahad Di Banjar

Assalamualaikum wbt

Hari ahad di Banjar. Nak cerita pun dah rasa bosan. Haha. Baru janji tak nak sebut perkataan bosan. Tak apalah mari kita teruskan menulis juga supaya dapat mengisi masa lapang yang sangat banyak. Sangat bahagia juga dengan masa yang banyak dan tak sibuk dan juga tak penat. Kalau di Bandung memang dah tak lekat kat rumah dah agaknya. Bila lagi nak tinggal di kampung kecil macam Banjar ni kan? Bandar Machang pun maju dari bandar Banjar :) Jangan merungut Natasha!

Harini bermula lambat, lepas makan tengah hari baru basuh baju(macam tak ada cerita, basuh kain baju pun nak cerita). Saya suka basuh baju, bukan guna washing machine tapi pakai tangan macam kat asrama dulu. Sejak magang je basuh baju sendiri dulu masa klinikal tak pernah(pecah rahsia). Dulu ada orang tolong basuhkan, lagipun dulu sibuk kena belajar banyak. Sekarang sangatlah tidak sibuk dan banyak masa lapang juga terluang. Sampaikan kalau nak basuh kain tiap-tiap hari pun tak kisah. Rasa nak tolong basuhkan baju semua orang pulak -__- Natasha mengarut dah.

Status

Lepas solat, basuh baju dan makan. Rasa nak tukar status di FB:) Nampak sangat tak ada kerja. Ma pasti gembira melihat perubahan anak dia yang jauh ni. Angah tak garanglah ma, sweet adalah. Ma suka risau saya garang dengan dia. (ni lagi mengarut ni). Ramai orang gembira jadi saya pun tumpang gembira sekali. Terima kasih cinta :)

Tak ada apa pun nak cerita sebenarnya. Malam ni saya sambung menulis lagi di sini. InsyaAllah.

Nak keluar jalan-jalan di Banjar sekejap. Rasa menarik tak? Buat-buat menarik kalau tak menarik.

Ni gambar waktu di Tasikmalaya,

1: Hari terakhir di Tasikmalaya
(Cyril, Puput, Ayu, Tasha, Adit)

2: Group magang saya. 

Gambar ni di Banjar, waktu di Poliklinik OBGYN,

3: Hari pertama di Banjar. Isnin lepas. Saya & Ayu

Banjar. OBGYN.


Friday, June 17, 2011

17th :)

Today is 17th of June 2011, Friday.

Last month on the 17th of May 2011 :)



Thank You Allah 

Alhamdulillah. All praises to Allah SWT.




Note 1: Thank You Allah-tajuk lagu Maher Zain. Bolehlah dgr sambil baca entri ni:)

Note 2: Gambar 1 dan 2 tak ada kena mengena, tapi yg 2nd is a very good advice:)

Note 3: Semalam dgr satu berita sangat happy dari you, sangat happy sebab "the willingness to quit" datang dari diri sendiri. Tak berenti saya senyum sampai harini. Alhamdulillah! (love you so much)

Note 4: Banyaknya masa di sini. Kena rancang sesuatu yang lebih bermanfaat. Buku buku! 


Wednesday, June 15, 2011

Suka

Dapat sebakul bunga mesti best =)

Awak suka apa lagi selain bunga?

Awak :)

Ermmm. Entah :) Makan tidur (ini dulu masa tengah sangat sibuk di rumah sakit hassan sadikin) 

Sekarang bila masa sangat banyak, dan makan dan juga tidur sudah tidak menjadi masalah walaupun sewaktu oncall(kerja malam). Kadang-kadang berlebihan tidur, tapi makan saya sangat kontrol lagi. Gemuk karang susah. Ok jangan mengarut banyak. 

Sebenarnya harini tak nak cerita tentang hospital, kerja atau studi. Nak cerita tentang kehidupan. 

Awak nak kehidupan yang macam mana?

Pasti pilih yang bahagia, tenang dan tak ada masalah. Betul kan? 

Tak ada orang yang memilih sengsara, resah dan stress. Tapi kita pasti lalui semua tu. 


That's life~

Law of attraction. Pernah dengar tak? Contohnya kalau kita positif kita akan tarik aura-aura positif dan environment pun akan ikut positif. (you, curi idea skit, thanks)

Kiranya macam, what you give, you get back. 

Contoh lagi, kalau kita sentiasa senyum orang pun senyum dengan kita, persekitaran jadi baik dan kita rasa bahagia nak kerja dan lebih semangat. (idea you lagi :) thanks suruh senyum sokmo)

Rasanya setakat itu sahaja. Nak sambung baca buku dan mungkin tengok cerita yang ada dalam harddisk. 

**Nota:
  • Janji dengan diri tak nak jadi cepat stress lagi. taknak diam lagi. taknak rasa tak best lagi kalau teringat. 
  • Nak tukarkan semua rasa tak best kepada energy yang best. 
  • Tak nak cakap bosan lagi sebab masih banyak boleh buat. 
  • Life is a process (thanks you:)

Tuesday, June 14, 2011

Banjar

Assalamualaikum wbt

Tempat ke-2 untuk magang. Alhamdulillah dah masuk bulan ke 2. Cepat masa berlalu :)

Banjar adalah nama tempat di Jawa Barat. Cuba tengok peta di bawah ni, jauh kan? Dah nak masuk Jawa Tengah, kira sempadan dengan Jawa Barat. Kalau sesat agaknya boleh sampai ke Jogjakarta. (over lah pulak kan)


Lebih kurang 6 jam dari bandar Bandung. Macam naik kereta dari Kelantan ke KL kan? Bulan lepas saya di Tasikmalaya, lebih kurang 1 jam dari Banjar. Banjar lebih kecil sedikit dari Tasikmalaya. Kalau jalan kaki pun dah boleh habis(over lagi). Semalam jalan-jalan dengan Puan Kem, dia kata, 

"bestnya kat sini, tenang je"

saya sambung,

"aah, tak hectic macam bandung, nnt weekend kita pegi jalan sana nak?" sambil tunjuk dekat orang jual gula-gula kapas yang warna pink.

Di sini saya tinggal dengan Puan Ida Nur Kamilia ataupun nama glemer dia Kem :)

Kem ni housemate masa di Jatinangor dulu dengan Haliaida dan Syaza. Sekarang di Bandung jiran saja. Saya penjaga Kem di sini. Hehe. Nak tau tak? Dia sekarang dah 30 minggu pregnant. Dalam 7 bulan lebih dah. Memang dah sarat juga tapi comel je tengok dia. Saya rasa jadual saya agak terjaga dan makan juga terjaga sebab saya ikut sekali dengan jadual Kem makan dan tidur. Hehe. Ibu mengandung kena jaga makan, tapi satu tak boleh ikut. Kem makan banyak! Berselera pula, saya sedapkan hati dia, 

"takpe, kau makan untuk 2 orang"

Tak sabar nak tengok baby Kem :)

Dengan Kem ada saja lawak yang buat saya gelak hari-hari. Tapi bila Kem dah mula serius dan mula bagi nasihat tentang kehidupan dan bila dia kongsi ilmu rumahtangga, saya pun kena serius dan mula fikir. Ayat yang keluar,

"aah betul tu, kena mula dari sekarang lah kan?" takpun suruh Kem cerita lagi,

"masa kau dulu macamane ye mula-mula nak kawen?"

Sesi bercerita yang serius. Kalau nak tahu di kosan(tempat tinggal) di sini, ada 2 orang yang dah jadi isteri orang, seorang lagi Elsa dari sini(jakarta). Walaupun awal kenal nampak serius dan nampak macam single sebab kecil saja orangnya. Orangnya baik dan sangat suka perubatan nabawi(perubatan islam). 

Rasa seronok sebab tinggal dengan orang yang dah kenal dan orang yang best dan baik semuanya:)

Di sini saya masuk rotasi Obstetrics & Gynecology(O&G) ataupun dalam bahasa di sini dipanggil Ilmu Kandungan & Kebidanan. Waktu semalam jalan sekitar rumah sakit yang tak berapa besar, 

1st impression, 

"bersih hospital ni"

Semalam dah tengok kuretase. Apa itu kuretase? klik. Bukan tengok satu prosedur tapi tiga prosedur. Terus rasa tak lalu makan dan sakit perut sebab masa tengok prosedur jam 12 pm dan belum makan tengah hari. Rasa nak muntah pun ada, tapi rasa tak tegar lagi tinggi. Memang bukan bidang untuk sambung specialist nanti. Tapi saya suka belajar O&G sebab semua tentang perempuan. Boleh tahu banyak tentang diri sendiri dan rasa kena belajar betul-betul juga sebab ilmu untuk diri sendiri. Kalau untuk jadi specialist kena fikir banyak kali lagi.

Dokter sangat baik dan bukan tanya plan untuk kerja tapi tanya plan untuk berjalan ke mana.

Makan di sini tak banyak pilihan, tapi di sini ada kedai makan yang macam di Tasikmalaya. Oklah sebab bersih, tak berani nak cuba makan di tepi jalan. Nanti tak pasal-pasal saya yang susah, lagi pula saya sekarang memang makan dengan ibu mengandung jadi kena cari tempat bersih dan berkhasiat.

**Nota:
  • Line tenet di sini agak laju. Ok, hari-hari boleh menulis di sini :)
  • Saya dah bersiap dari sebelum jam 6am, tapi dapat sms katanya poliklinik start jam 10am. Jadi terpaksa menulis di sini. Hehe.
**Nota:
  • Semalam cakap, dah pening fikir sebab taktau bila tarikh sesuai. Oh macam ni rupanya kan kalau nak rancang perkara besar? Takpelah sebenarnya Allah SWT dah ada tarikh yang sesuai. Tak payahlah fikir pening-pening lagi. Kita usaha tapi hasil akhir nanti Tuhan saja yang tahu. Betul kan? 
  • Kita doa banyak-banyak dan baiki diri kita banyak-banyak. Astaghfirullah hal a'zim. Banyaknya kena baiki. Boleh ke? Sempat ke? InsyaAllah :)
  • Semalam kira jugak, ada beberapa bulan lagi? eh tinggal beberapa bulan lagi? Banyak lagi masa atau tinggal sedikit masa je. Banyak pulak fikir. Kena fikir sebab benda serius bukan main-main. 
"Kalau niatnya baik, maka jalannya pasti baik dan Insya Allah hasilnya pasti baik"

Sunday, June 12, 2011

11hb (sambungan 8hb)

Assalamulaikum wbt

Online dari dalam bilik yang best kat Bandung :) 

Semalam rasa nak nangis dengan apa yang berlaku tapi harini dah senyum. 

A very eventful night - yesterday! 

you,

sorry sangat-sangat. 

Sambungan 8hb

9hb 

Sibuk lengkapkan buku log. Memang tak rugi kalau buat betul-betul. Rasa susah dan stress waktu awal-awal dengan keadaan memang dah dilupakan bila supervisor puas hati dengan buku log saya. Alhamdulillah. 

10hb

Supervisor saya komen setiap orang dalam kumpulan, bila tiba dia komen saya, 

"natasha, kamu ini anemia"

"erkk, anemia?" dalam hati, " ramai jugak kata muka pucat tapi adakah itu maksud anemia yang dokter maksudkan?" senyum balik tanpa tanya maksud anemia tersebut.

Senang hati terus balik bilik kemas barang. Sangat gembira nak balik Bandung. Pindah barang ke Banjar dan balik Bandung. 

Something happened -___-

Anggap ujian dan tak ada rezeki. Sabar sajalah dengan dugaan ini, tapi kalau sorang-sorang memang rasa tak boleh dah nak survive. Adalah ni tak kena yang buat sebelum ni. 

tapi bila sampai kat rumah tempat asal, rasa sangat bahagia. rasa macam mimpi dengan apa yang berlaku.

11hb

Nak dekat petang baru keluar, jumpa ramai orang! Adoi~

Terjumpa sebenarnya. Ada juga memang rancang nak jumpa :) Paling gembira keluar dengan teman serumah makan-makan.



A very wonderful night :)




**Nota: akhirnya tukar jugak lagu kat playlist. Jatuh hati dengan semua lagu dalam playlist :)

Jalan Setia no 15. Bandung

Wednesday, June 8, 2011

8hb

Assalamualaikum wbt

Selamat pagi :) Dah lama tak menulis waktu pagi macam dulu-dulu sebelum pergi RSHS. Rindu RSHS selepas semalam belek gambar dalam album koas(klinikal) pakai white coat labuh sampai lutut dan lengan panjang. White coat sekarang tak berapa best -__- 

8hb sebenarnya tajuk kat atas. Sengaja biar pendek tajuk dia. Esok 9hb dan luse 10hb. Asyik membilang hari semenjak dua menjak ni. 

**Entri yang tiada tajuk khusus sebab nak buat cerita pendek macam-macam kali ni, nak simpulkan hal semalam  dan hal baru.

Tak Larat

Sebenarnya baca entri adik Puan Fathiyyah tajuk : Tak Larat. dapat idea nak kongsi sedikit tentang pengalaman. Bukan idea sangat sebenarnya tapi setuju dengan perkataan tak larat dalam dunia medik ni. Dunia sekarang saya berada. Bukan tak pernah rasa nak berhenti, "quit" pernah banyak kali lebih lebih lagi kalau jatuh, markah tak lulus dan juga tiba-tiba demam dan masa tu jugaklah peperiksaan akhir. Memang rasa tak boleh bawa dan tak boleh belajar tapi itu hanya rasa saja. Bila fikir dalam keadaan waras memang tak adalah nak merealisasikan rasa tersebut. 

Nangis sebab rasa kita saja yang penat? Penah juga. 

Down sangat rasa sebab kena dengan dokter penguji, "now you know your level of knowledge", waktu ni ujian akhir Internal Medicine. Memang rasa, Ya Allah apalah yang belajar selama ni. Bukan sekali rasa down selepas exam tapi banyak kali. 

Tak cukup tidur? Biasa dah. Lebih lagi kalau musim exam, atau minggu exam. Memang tidur no 2. Kalau boleh agaknya tak nak tidur sebab rasa masa tak cukup nak studi semua. Rasa banyak tak hafal dan tak baca. Itu masa exam. Belum waktu oncall lepas tu esoknya terus pagi-pagi ada presentation case. Bila nak tidur lepas oncall? Pukul 3 pm atau tak nasib baik lebih lambat esoknya. Memang selalu rasa macam nak pengsan. Muka mamai memang tak boleh nak elak, muka macam panda semua ada. 

Makan. Bukan sengaja tak nak makan, tapi tak sempat makan. Selalu juga. Tapi saya suka sebab tak susah nak diet sebab dah boleh senang kurus. Exercise pun tak payah nak susah, sebab dalam rumah sakit dah jauh jalan dan banyak jalan. Bukan selalu tak sempat makan, kadang-kadang sahaja sebab bab makan saya memang jaga juga, kalau dah sakit lagi susah.

Antara makan dengan tidur. Saya pilih untuk tidur. Rahsia kurus pertama :)

Bukan keluhan tapi pengalaman yang pernah saya lalui. Sekarang dah lupa dan tak rasa apa-apa dah sebabnya bila selesai final exam yang terakhir sekali dan bila dah lulus dengan jayanya semua susah tak tidur dan tak cukup makan memang tak rasa dah. Rasa lega dan syukur sangat. Senyum gembira. Alhamdulillah.

Adik yang disayangi semua usahalah selagi ada peluang dan belajar betul-betul.

Good Luck untuk final exams dan sidang thesis! Semoga dipermudahkan semuanya. amin :)

**bersambung...

**Nota: Nak tulis lagi tapi mata dah layu sangat dah. Report case pun dah banyak tulis. Kena tidur sekejap sebelum masuk sekejap lagi. Nanti kena prepare untuk case presentation esok. Saya suka pergi poliklinik anak.  

Monday, June 6, 2011

Anak



Assalamualaikum wbt.

Minggu ni saya kena kerja di poliklinik anak. Sampai dalam pukul 9.30am lebih kurang. Dah ramai perawat(nurse) pelatih dan juga yang senior. Dokter yang bertugas merangkap supervisor saya belum sampai. Saya duduk di kerusi untuk menunggu dan keluarkan buku log dan menulis status(medical record). Dekat-dekat pukul 10am, mak dan ayah kepada anak masuk dalam klinik. Nurse yang agak sebaya dengan mak saya rasanya minta saya duduk di sebelah kerusi dokter supervisor, dia angkat beg buku saya, saya jadi segan pula.

Tengah letakkan beg dan bila saya lihat di depan meja tempat menunggu tadi sudah penuh! Semua mak ayah anak-anak pandang saya, saya dengar diorang macam cakap sambil berbisik, "dokter dah ada?"

Adoi~ 

Everyone is looking at me. 

Akhirnya, saya cakap juga secara perlahan-lahan,

"kita tunggu Dr Radhi ya"

Disebabkan dah ada seorang anak yang diletakkan di atas katil pemeriksaan dan juga sambil tunggu Dr Radhi, saya lihat anak tersebut. Dari pengamatan saya anak tersebut menghidap penyakit Cerebral Palsy(CP). Dah lama tak tengok! Muda lagi mak anak tersebut, dari medical record yang saya baca. Baru umur 25 tahun. Saya tanya anak yang ke berapa, dia jawab yang pertama dengan wajah yang sangat tenang dan bahagia sambil mendodoi anaknya. Begitu penyayang mak tersebut. Semua obat yang pernah dia dapat dia tanyakan kepada saya fungsi untuk apa. Dia cerita lagi tentang anaknya. Sejak lahir anak dia menghidap CP. 

Lepas selesai buat pemeriksaan fisik(physical examination), saya duduk lagi dan pandang mak-mak dan beberapa ayah yang bawa anak mereka. Comel juga anak-anak mereka. Ada yang datang dekat dengan meja dan tekan-tekan kalkulator yang ada atas meja. Ada yang datang sandar dekat meja sambil tarik-tarik kertas yang ada. Ada yang senyum-senyum malu-malu dari jauh pandang saya. Saya senyum dan kenyit mata untuk mereka :) 

Kalau pesakit di poliklinik kebanyakan datang dengan keluhan penyakit yang tidak emergency dan tak buat hati berdebar kencang. Kebanyakan datang untuk kontrol. Tadi boleh saya katakan kalau dalam 10 anak yang datang, hampir 8 orang dari mereka menghidap penyakit TB(Tuberkulosis) Paru. Semua peringkat umur ada, dari yang tak sampai setahun kepada lebih dari setahun. Ada yang kurus kering dan ada yang gemuk bulat. Comel. Rasa nak cubit je! :)

Penyakit lain tadi adalah Thalassemia, demam biasa dan CP. Ada 2 orang pesakit CP tadi. Pengalaman baru tanpa henti pesakit datang, tapi tak lama hanya dari jam 10am-12.15pm. Lepas tu dah boleh balik. Saya tadi tak periksa pesakit tapi duduk sebelah dokter supervisor sambil catat nama penyakit dan ubat. 

Dalam hati, 

Nanti ada anak macamane ye? 

(ma lah ni yang cakap, angah kena ada anak cepat2 biar ma sempat jaga nanti ada kenangan dengan nenek dia) 

InsyaAllah. sambil senyum tak terkata. 

Happy sangat dengar suara mak kita happy kan? Lepas tu pulak dengar suara orang yang kita sayang happy. Lagi happy :)

Alhamdulillah :) 

**Nota: malam ni oncall last di sini. malam ni nak kerja rajin-rajin sampai esok pagi bekerja.

Sunday, June 5, 2011

Hari Ahad Di Tasikmalaya

Assalamualaikum wbt

Selalu tulis tentang: Hari Ahad Di Bandung.

Harini tulis tentang hari ahad ataupun hari minggu di tasikmalaya, sebagai seorang dokter muda. Betul kalau dah lepas koas(klinikal dekat RSHS) memang kena panggil dokter muda. Saya rasa betul pun muda sebab yang lain semua agak berumur. Kalau di RSHS tak rasa sangat sebab ramai yang jadi residen pun muda lagi. Residen adalah dokter yang dah ambil specialist. Ramai di RSHS, kalau masa magang ada dokter umum(general practitioner) dan juga dokter specialist. Itupun tak ramai, pokoknya bolehlah kenal semua diorang.

Berbalik kepada hari ahad kat sini, tak adalah menarik sangat pun tapi bahagialah jugak sebab hari ini tak perlu pergi hospital. Bermalasan di kosan(bilik), dan buat hobi(?sejak bila ada hobi ni?) hehe. Sekarang ada hobi baru dengan orang baru. Bahagia hidup rasa. Jangan mengada-ngadalah Tasha! 

Pagi ni aktiviti basuh baju termasuk white coat, plan nak basuh semalam tapi sebab hari sebelumnya tak tidur sebab on call, batalkan hasrat. Dah lama tak basuh baju sendiri, kalau kat bandung ada orang basuhkan. Macam tinggal kat asrama di zaman sekolah basuh baju sendiri. Exercise pagi-pagi :)

Kemas bilik yang tak berapa besar ni pun, lepas tu berangan kalau dapat masak kan best? Berangan sajalah. Berangan pergi pantai hari ahad tengok sunshine :)

Lepas makan pagi secara sedikit sebab tak rajin nak pergi keluar beli makanan, jadi makan roti yang beli minggu lepas masa balik Malaysia. Oh iye, minggu lepas hari ahad kat mesia sangatlah best. Makan best! Jumpa iman danish yang best. 

Aktiviti seterusnya buka YM, chatting dengan kawan. Kawan baik. Thanks kawan, you really made my day :) Love you! Bila kawan kata ada kawan kepada kawan nk pakai laptop kena stop chatting. Saya sambung aktiviti membaca, bukan baca buku tapi baca blog termasuk membaca entri blog yang lama. Lepas tu mulalah senyum sendiri dengan apa yang ditulis di waktu itu. 

Sebenarnya setiap entri yang saya tulis jarang sangat sentuh tentang hal peribadi tapi suka pakai metaphor yang tak semua faham. Lagi pula blog ni public ramai yang baca, nanti kena tegur ngn mak baru tau! Tak boleh syok sendiri tulis saja ikut suka. Contohnya bila publish entri di bawah ni pun, Untuk Bakal Suamiku, padahal saya copy paste dari iluvislam.com. Mulalah dapat mesej di inbox fb, adik-adik pun buzz di YM tanya, "kak cite kak!" dan yang faham akan fahamlah apa yang saya nak cuba sampaikan. 

InsyaAllah ada jodoh bakal suamiku akan muncul :) Chewaahhh! Hehe. Doakan yang terbaik buat saya dan semua.

Berbalik kepada hari ahad di sini. Ada 5 hari lagi sebelum berpindah. Yeay! Lepas zohor kena keluar mencari makan, dan lepas makan saya rancang nak siapkan status(medical record). Bila dah siap tulis petang nanti nk ke wad baca-baca medical record. Baik jangan buang masa lapang yang banyak ni! 

Hari Ahad terakhir di sini. Minggu depan akan berada di Banjar pula dengan ibu mengandung.

Jumpa lagi :) Semoga semua sihat dan ceria. Semoga hari ini lebih baik dari semalam.

**Nota:

  • Plan nak tukar gambar langit ni kepada gambar bungalah. Ok x? tapi dengan line tenet yang slow tidak akan membantu menghias blog ini. Kena tunggu nanti sajalah, sebab satu tukar semua kena ubah!
  • Plan nk buat blog satu lagi jugak. Tapi tengah fikir lagi tajuk sesuai sebab dlm blog baru nak start tulis cerita. Buku baru yang nak tulis cerita baru. Dah lama tak tulis cerita, penah cuba nak tulis tapi ambil keputusan stop. InsyaAllah kali ini akan tulis sampai selesai. Akan tulis sama-sama :)

Saturday, June 4, 2011

Untuk Bakal Suamiku :)


Suatu petang yang hening lagi mendamaikan. Seorang abang dan adiknya berbual-bual panjang setelah begitu lama tidak bertemu. Maklumlah, kedua-duanya sibuk dengan pengajian masing-masing.
Dikesempatan ini mereka berbincang sesuatu yang bernada serius tetapi penuh dengan suasana harmoni.
"Abang rasakan, mudah sahaja untuk menjadi seorang suami,"kata abangnya.
"Eh, kenapa abang cakap macam tu?," soal adiknya sedikit gusar.
"Mudahnya menjadi suami, jika kita buat persiapan dan persediaan," lanjut abangnya.
"Dan, yang menjadikan ia sesuatu yang sukar, payah dan membebankan apabila kita tidak bersedia dan bersiap dari segala perkara," tambah abangnya lagi.
"Ooo.. kalau kita bersedia memanglah abang, macam kita masuk exam la. Bagi saya bang, sebenarnya hendak melakukan persiapan dan persediaan itu yang susah. Ramai di kalangan kita hari ini melangkah ke alam rumah tangga tanpa persediaan dan persiapan yang rapi," adiknya berbual panjang mengulas seakan-akan berminat dengan tajuk yang diperbincangkan.
"Tapi, apa yang sebenarnya yang perlu kita persiapkan?," persoalan itu bermain-main di fikiran abangnya.
"Ha'a la, apa yang penting, segera dan utama?," tambah adiknya.
Saya yakin, setiap daripada kita mempunyai hasrat, keinginan dan berhajat untuk menjadi suami. Suami kepada seorang wanita dan gadis yang bergelar isteri.
Begitu juga bagi yang wanita – baik puteri-puteri manis, siswi-siswi dan nisa'-nisa' sekalian – menyimpan impian untuk memegang takhta sebagai seorang permaisuri di hati seorang insan yang bergelar lelaki. Ya, menjadi seorang isteri kepada seorang suami.
"Dan, kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) di kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." [1]
Suami
Menjadi seorang suami adalah satu amanah, tanggungjawab dan bebanan yang sangat berat dan sangat-sangat penting. Saya teringat kata-kata seorang doktor perubatan dalam ceramahnya :
"Jatuh bangun sebuah keluarga, terletak sepenuhnya di atas pundak (bahu) seorang lelaki, suami dan ayah!." [2]
Apabila mendengar ungkapan ini, seram sejuk saya dibuatnya. Beratnya, menjadi seorang suami. Harus mengalas dan memikul amanah yang tersangat berat. Perlu mendidik, membimbing dan menunjuk ajar isterinya. Dan, sekiranya dizinkan Allah S.W.T suami juga akan menjadi ayah yang akan membesarkan, memberi nafkah dan memberikan pendidikan kepada anak-anaknya.
Sinisnya, ramai yang bersegera ingin menjadi suami dan ingin secepat yang mungkin untuk melangsungkan perkahwinannya, tetapi ramai yang tidak pernah terfikir untuk mempersiapkan diri untuk menjadi suami. Suami yang baik, terbaik dan bersiap sedia!
Saya tiada apa sangat yang ingin dikongsikan, cuma ingin mengajak sama-sama kita semak dan menilai apakah sebenarnya persiapan untuk menjadi seorang suami. Anda ingin menjadi suami atau tidak? Jika berhajat, ayuh sama-sama kita lihat dan semak diri kita. Bersedia atau belum?
3 Perkara Asas
Semasa bermusafir dengan murabbi saya, saya bertanyakan kepadanya apakah persediaan dan persiapan yang perlu kita lakukan sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Beliau, memetik panduan yang diberikan oleh Hisyam al- Awadi bahawa kita perlu bersiapkan kepada 3 perkara asas sebelum mendirikan rumah tangga.[3]
01.
Pertamanya, ialah mengenal dan mendalami ilmu Deen. Kita benar-benar mendalami aspek keagamaan kita meliputi semua aspek seperti keimanan, ketaqwaan, akhlak, muamalat dan perkara-perkara yang akan menjadikan kita sebagai seorang muslim muslimah yang sejati.


02.
Keduanya, ialah mengenali dan mengetahui perbezaan antara lelaki dan perempuan.Mengetahui dengan jelas, siapakah sebenar lelaki dan siapakah sebenarnya perempuan. Memahami dan mengetahui secara umum mengenai perbezaan antara kedua-dua psikologinya dan corak kehidupannya.


03.
Ketiganya, mengetahui apa itu Baitul Muslim daripada pelbagai sudut dan aspek. Menuntut banyak buku dan kitab berkaitan baitul muslim bermula daripada proses pemilihan calon isteri sehingga belajar bagaimanakah kehidupan baitul muslim yang diredhai oleh Allah S.W.T.


Persiapan, persediaan dan perapian
Saya kongsikan beberapa panduan, tips dan ilmu berkaitan hal ini berdasarkan perkongsian saya bersama mereka yang lebih arif, berilmu, pakar dan berpengalaman. Semoga Allah merahmati mereka. Insya-Allah.
Bakal-bakal suami harus bersiap sedia, meletakan mind setting dan perlu paksa diri untuk menjadi suami yang :
01.
Mampu menjadi Imam kepada isteri dan rumahtangganya.


(a) Pemimpin keluarga iaitu kepada isteri dan anak-anaknya. Ia bertanggungjawab sepenuhnya terhadap mereka.
Mampu membuat pemilihan dalam soal kehidupan, mempunyai kemahiran untuk berbincang dan membuat keputusan dan sanggup berkorban. Eh, bagaimana hendak belajar ini jika belum berkahwin? Murabbi saya sebut, kita sudah boleh belajar soal ini dalam kita menjalinkan persaudaraan dan persahabatan. Di dalamnya, begitu banyak ibrah dan iktibar yang kita boleh belajar.
(b) Mampu menjadi Imam solat berjemaah di dalam rumah tangganya. Ini penting, kerana rumah tangga yang diberkat oleh Allah S.W.T adalah rumah tangga yang di dalamnya ada nilai-nilai keagamaan antaranya ialah selalu mendirikan Solat bersama dan berjemaah. Harus selesai dalam soal bacaan al-Quran sebelum berkahwin. Surah al-Fatihah telah diperdengarkan bacaannya di hadapan ustaz-ustaz yang berkelayakan dan lulus bacaannya.
Banyak menghafal al-Quran sebagai pedoman dan kekuatan untuk jiwa dan hati. Semua ini harus diselesaikan sebelum mendirikan rumah tangga. Anda bagaimana?
(c) Pembimbing isteri yang bijak, lemah lembut dan bertoleransi. Mendidik isteri adalah tanggungjawab suami sepenuhnya. Suami perlu tahu secara teori teknik-teknik mendidik, keseniaannya, kaedah-kaedahnya, cara-cara perlaksanaannya, menegur dan menasihatinya dengan mencontohi Rasulullah S.A.W.
(d) Seorang lelaki yang kuat tarbiyah ruhaniyahnya. Ini kerana seorang lelaki yang akan mengemudi rumah tangga sangat-sangat berhajatkan kepada kekuatan roh yang tinggi untuk sentiasa bersedia dengan segala kemungkinan yang akan menimpanya dalam bentuk ujian dan cabaran. Al-Quran, al-Mathurat, Zikrullah dan solat sunatnya harus dilakukan secara konsisten.
Hal agama ini juga harus menjadi perkara asas dan agenda utama kepada kaum lelaki untuk memperdalaminya. Ia ibarat maruah kita. Jangan sehingga satu tahap, kita yang menolak isteri kita ke depan untuk mengimami solat kita!
Tanya diri anda, sebelum berkahwin. Adakah aku ini sudah biasa menjadi imam dalam solat? Perhatikan betul-betul perkataan saya, sudah biasa. Bukannya – pernah ya.
Saya pernah jadi Imam. Bukan yang itu, TETAPI saya biasa menjadi Imam.
Ya, itulah maksud saya. Kita sudah membiasakan diri kita mengimamkan solat berjemaah dan perkara ini tidak akan berlaku kecuali kita ini adalah mereka yang mementingkan solat berjemaah, merupakan ahli surau atau masjid dan sangat-sangat mencintai amal ibadah.
02.
Mampu menjadi manager atau pengurus rumahtangga


Suami harus berkemampuan mengurus rumah tangga dengan bijak, cermat dan berhemah. Kemahiran pengurusan harus digilap dan dikembangkan dari semasa ke semasa. Antara kemahiran yang perlu dipelajari ialah kemahiran pengurusan kewangan, pengurusan tekanan, pendidikan kejiwaan, kemahiran komunikasi, kemahiran berbincang, mampu menghadapi konflik, mampu menjaga perhubungan, mengetahui perundangan institusi kekeluargaan, tahu untuk hidup berkeluarga secara sihat dan berkemahiran dalam membuat keputusan.
Perkara ini tersangat penting. Saya lihat ramai yang ingin berkahwin, tetapi gagal dalam soal mempersiapkan diri untuk menjadi pemimpin dan pengurus. Inilah antara kepincangan dan dilemma yang berlaku kepada para pengantin baru.
Sehinggakan, ada dikalangan kita (siapa?) begitu kekok untuk mengurus hal-hal yang mudah seperti membayar bil elektrik, mengurus hal berkaitan urusan kehidupan di kaunter bank dan sebagainya. Kerana apa? Kerana semasa muda tidak pernah cuba untuk belajar dan melakukanya. Ayuh, kita ringankan diri menerokai perkara-perkara ini di awal usia peringkat keremajaan kita. Anda mampu mengubahnya.
03.
Menjadikan rumahtangga sebagai daya motivasi, pendorong dan kekuatan untuk menggapai kejayaan di dalam kehidupan.


Hal ini harus bermula dengan visi serta misi yang ditetapkan secara bersama oleh suami dan isteri. Perkara ini boleh dibincangkan secara serius apabila berumah tangga kelak, cuma saya pernah diingatkan oleh seorang murabbi bahawa rumah tangga ini adalah anak tangga kedua untuk sama-sama mencapai cita-cita pembangunan Islam dalam kehidupan ini.
Perkara terpenting juga ialah, mendirikan rumah tangga ini adalah bertujuan untuk mempertingkatkan keimanan kita kepada Allah S.W.T. Inilah asas yang utama dan terpenting. Bersama pasangan mengharungi arus kehidupan dengan ketabahan, kesabaran dan keazaman yang tinggi. InsyaAllah.
04.
menjadi suami tidak lengkap jika tidak melakukan persiapan untuk menjadi seorang bapa atau ayah.


Saya masih ingat, seorang sahabat saya ketika beliau mula-mula menyatakan hasratnya untuk berkahwin kepada ayahnya. Lantas ayahnya bertanya :
"Sebelum berkahwin ini, ayah hendak tanya. Dah habis baca buku Tarbiyatul Aulad ( Pendidikan anak-anak)?"
Terkedu sahabat saya. Ke situ pula ayahnya bertanya. Kenapa ayahnya bertanyakan soalan sedemikian? Ia adalah berkaitan persoalan persediaan, persiapan dan mind setting untuk melihat bahawa perkahwinan ini bukalah sesuatu yang kecil.
Untuk yang berhajat berkahwin, kita harus melihat ke hadapan dan berpandangan jauh. Sekurang-kurangnya, kita melangkah ke alam perkahwinan dengan jiwa yang bersedia dan sudah mengetahui ujian-ujian dan cabarannya.
Mereka yang berjiwa besar, akan melakukan persiapan sebelum menempuhi jalan yang akan dilaluinya kerana mereka sudah mengetahui halangan-halangan di hadapan.
Alah, nanti bila dah kahwin kita mulakanlah...
Jika ayat ini yang terpacul keluar dari mulut kita, berwaspadalah. Kita sebenarnya, adalah seorang yang tidak berhajat untuk benar-benar mendirikan rumahtangga. Bermain-main dalam soal perkahwinan, bererti kita sudah meruntuhkannya sebelum berkahwin.
Dalam soal ini, ramai yang mengesyorkan kepada saya agar banyak membaca buku-buku yang berkaitan, antaranya :
(1) Buku Pemantapan Jatidiri Muslim, tulisan ulama muktabar seperti Apa Ertinya Saya Menganut Islam? Oleh Fathi Yakan, Keperibadian Mukmin oleh Ali al- Hashimi, Menuju Ketakwaan oleh Mustafa Masyhur dan banyak lagi.
(2) Perkongsian pengalaman dalam mendirikan rumah tangga boleh kita kutip dan timba daripada mereka yang lebih arif, berpengalaman dan telah lama mendirikan rumah tangga. Banyakan sesi perbincangan, sembang-sembang dan kutiplah rahsia pengalaman mereka. Mungkin kita jadikan ibu bapa kita sebagai tempat rujuk dalam soal sebegini. Perbincangan yang terbuka sangat diperlukan bagi memudahkan proses pembelajaran berkaitan pembinaan bahtera rumahtangga. Buku yang baik, saya cadangan tulisan Ustaz Hasrizal Mohd Jamil, Buku Aku Terima Nikahnya dan sebagainya.
(3) – Buku yang baik untuk mengetahui perbezaan psikologi antara lelaki dan wanita tulisan John Gray, Men Are From Mars, Women Are From Venus. Selain itu boleh harmonikannya dengan ceramah-ceramah dan tulisan-tulisan yang disampaikan oleh ulama muktabar yang anda kenali. Insya-Allah
(4)- Buku berkaitan pendidikan anak-anak. Harus baca dan dapatkan gambaran awal ialahTarbiyatul Aulad oleh Abdullah Nasih Ulwan. Buku yang sangat bagus untuk ditelaahi. Insya-Allah.
Penutup – Komentar seorang hamba
(1)- Persiapan, persediaan dan perapian sebelum melangkah ke alam perkahwinan harus dilihat secara serius, menyeluruh dan penting. Ini yang utama, persiapannya. Jika anda telah bersiap, insyaAllah kita akan melangkah dengan langkahan penuh keyakinan, kebergantungan dan kepasrahan kepada Allah SWT.
(2)- "We get married, to increase our Iman," : Slogan ini harus dibumikan. Perkahwinan adalah sebuah perjalanan untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT. Kayu ukur yang diletakan dalam sebuah perkahwinan yang barakah, mawadah dan rahmah.
(3)- Menjadi suami begitu sukar, jika kita menempuhinya tanpa apa-apa persediaan dan persiapan. Seharusnya, kita sudah meletakan diri dalam lingkungan bersedia dengan ilmu, proses pendidikan diri dan berusaha meningkatkan amalan harian tanpa jemu dan bosan.
(4)- Bagi saya, menjadi seorang suami itu amat sukar jika kita tidak punyai hasrat, tekad dan usaha untuk memperbaiki diri dan melakukan perubahan. Bak kata orang, perkahwinan ini adalah turning point berubah dalam hidup. Ayuh kita lakukan perubahan dengan berkahwin!
___________________________
[1] Surah An Nur (24) : 32
[2] Dr Hafidzah Haji Mustakim, Klinik Perdana Cawangan Islah, Kursus Pra Perkahwinan Balai Islam Lundang, 21-22 Disember 2010
[3] Abu Munzir, Musafir Tarbawi Utara, 1 Oktober 2010


-Artikel Iluvislam.com

**Thanks a lot for the white roses,


Dari Bakal Isterimu :) InsyaAllah.