Monday, July 27, 2009

Berkumpul di Rumah

Assalamualaikum wbt

26 Julai 2009 Ahad

Selamat Hari Lahir Abah

Semalam adalah Hari Lahir Abah yang ke-51, kami menyambutnya dengan membuat sedikit makan2 di rumah, pada malam sebelumnya sebab hari Ahad adalah hari kerja di Kelantan. Along dan keluarga yang baru balik dari Penang pun ada di rumah, Nabila pun pulang. Jadi semua adik-beradik saya ada di rumah.

Nasi Dagang dan Mi Kari. 2 makanan yang saya tolong Mak buat, saya dah pandai buat! Best2!

Cerita mengenai makanan, sekarang ni musim buah, jadi tiap2 hari mesti ada buah durian yang luruh dari kebun di belakang rumah. Saya setakat seulas saja mampu makan, tapi saya suka manggis! Makan banyak2 pun tak apa.

Berkumpul di Rumah

Sejak Along dah berkeluarga, saya belajar jauh, Nabila nun jauh di utara jarang2 dapat kami berkumpul di rumah. Mujurlah adik saya Hafizi dan Najeeha belajar di sekolah berhampiran dengan rumah saja. Kalau tak mesti Mak dan Abah dua orang saja di rumah. Jarang2 berkumpul mesti banyaklah cerita yang perlu di 'update' dan komen2 tentang diri masing2. hehe. Kalau dengan Nabila tak habis2 nak cerita sekejap di dalam bilik, di ruang tamu, banyak kami nak bualkan. Perbualan kami kadang2 cukup ahlinya, kadang2 saya berdua saja dengan Nabila. Ahli2 yang cukup mestilah semua adik-beradik 'join'. Terasa semua orang dah semakin dewasa(^_^)!

Ingat lagi kami dulu2 sama2 main masak2, bergaduh dan lepastu mesti ada yang nangis. Kalau bab bergaduh tu mesti tak tunggu satu hari lepas tu dah baik balik, kelakar saja kalau diingat balik. Itulah air dicincang tak akan putus! Dah besar2 ni masing2 bercerita mengenai kerja, tugasan di universiti dan perihal di sekolah. Kadang2 Along mengimbau kenangan lalu, ada satu cerita pasal gula2.

"Angah ingat tak masa kita pegi ngaji Quran kat sebelah umah masa kecik2 dulu?masa tu Mok Yah( guru ngaji, isteri kpd Imam di kampung) marah sape2 yang makan cokelat( gula2 in 'kelate') sambil ngaji?"...Along.

"Tak ingat pulak"...balas saya sambil nak 'recall' balik.

"Masa tu angah kena marah dgn Mok Yah sebab makan cokelat, tapi masa tu sebenarnye Along makan jugak, tapi senyap2 kata tak makan..hehe"...balas Along sambil kami sama2 ketawa.

Dulu saya tinggal sebelah rumah Pak Imam kampung ini. Rumah kami yang dulu rumah kayu yang ada telaga, tandas yang separuh atapnya beratapkan langit yang biru. Sekarang, dah lama saya rasa seingat saya masa saya UPSR saya dah di rumah sekarang, masih di kampung yang sama tapi di seberang jalan.

Semua anak2 di kampung saya mengaji di rumah Pak Imam tu, garang juga seingat saya. Geli hati teringat kalau maghrib menjelma, selesai mandi nanti masing2 akan mengendong muqqadam kecil ke rumah sebelah. Di rumah pun Abah akan ajar kami mengaji lagi, saya rasa kalau di rumah Pak Imam itu hanya syarat saja mengaji pergi mengaji sebab selebihnya rasa saya pergi untuk berjumpa kawan2 dan bermain2.

Cerita di zaman2 kanak2 ribena sungguh banyak kalau nak dicoretkan, belum cerita saya kena marah dengan Mak sebab ke sawah dengan sepupu saya Karimah, kawan baik saya dulu, sama umur dengan saya, tapi sekarang Karimah dah ada sorang anak dan tinggal di Gua Musang. Mungkin di lain masa pula(^_^)! InsyaAllah~

**Nota:

1)Kalau dah di rumah saya jarang2 dan mungkin memang tak keluar dengan kawan2, sebab tu saya suka suruh kawan2 datang ke rumah saya saja. Masak2, makan2 dan jadi jurukomen tak rasmi Buletin Utama. hehe.

2)26 Julai juga adalah Hari Ulang Tahun Amy juga! sweet 24th(^_^)..Jumaat lepas Amy datang rumah bersama2 Mak dan adik2nya sebab nak ambil 'souvenir' yang saya tempah di Bandung. Banyak 'souvenir2' tu..Hawa, jangan jeles, saya dah di cop untuk menjadi pengipas nanti(^_^)!

3)Maaf 'entry' sebelum ini saya tak tulis sendiri. Iman selalu datang rumah jadi apa lagi saya pun sibuklaa main2 dengan Iman.

4)Terima kasih buku2 tu! semua pun dah tgk2 dan berminat baca, satu family. hehe. InsyaAllah bermanfaat untuk semua.

5)Doakan saya semoga dipermudahkan semuanya!

Thursday, July 23, 2009

Selamat Pendek Umur

Assalamualaikum wbt...

Saya kongsikan sedikit e-mel yang saya dapat dari seorang sahabat mengenai Selamat Pendek Umur..semoga kita dapat sesuatu...InsyaAllah..

“Selamat pendek umur,” saya bergurau.
Sahabat saya agak tersentak, namun tetap senyum. Dia faham, saya hanya bergurau.
“Kenapa pula?” tanyanya. Dia kelihatan ceria. Hari ini ulang tahun hari kelahirannya. Saya meraikan dia dengan belanja makan di restoran berhampiran tempat kami bekerja.
“Yalah, bukankah tarikh mati telah Allah tetapkan di dalam rahim ibu lagi. Ertinya, semakin hari, semakin dekat langkah kita menuju ketetapan itu.”
“Makna, semakin hari semakin pendeklah umur kita?” tingkahnya penuh pengertian.
“Ya, hari ini setapak lagi kita dekat dengan kematian.”

“Pelik, selalunya bila hari lahir orang bercakap tentang hidup. Tentang kejayaan. Tentang pencapaian. Sekarang kita bercakap tentang kematian pula.”
“Siapa yang tidak bercakap tentang mati akan ‘mati’,” balas saya.
“Kenapa pula?”
“Hukama berkata, sesiapa yang tidak tahu untuk apa dia akan mati, maka dia tidak layak hidup!”
“Untuk apa kita mati?”
“Untuk hidup,” kilas saya lagi, sekadar bermain kata, bersilat bahasa untuk meninggikan makna.
Dia diam. Menung dan alam fikirnya telah terusik barangkali.

“Mati untuk hidup?”
“Ya, mati bukanlah suatu pengakhiran tetapi hanya satu permulaan.”
“Satu permulaan? Maksud kau?”
“Mati adalah satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi – alam akhirat. Kau masih ingat kata-kata Umar Ibn Aziz yang aku sering ungkapkan dulu?”
“Hampir terlupa. Waktu di kampus dulu?”
“Umar berkata, manusia diciptakan untuk hidup selamanya. Hidup selepas mati itulah hidup yang hakiki!”
Terkesima dia. Jari-jarinya mula menepuk-nepuk meja. Perlahan. Tetapi saya yakin gerakan mindanya makin laju. Dia biasa begitu.

Jadi, hidup ini untuk mati dan mati itu untuk hidup?”
Wah, saya pula yang terkejut mendengar liuk lentok bahasanya. Berputar-putar seputar maknanya.
“Ya. Hidup di sini, di dunia ini, adalah tanaman untuk tuaian pada hidup di sana, di akhirat. Itulah tujuan hidup yang fana ini, demi kelangsungan hidup yang baqa itu.”
“Jika demikian apa ada pada umur?”
“Umur hanyalah putaran suria, purnama dan buana yang dilakarkan oleh jarum jam, minit dan saat sebuah arloji,” balas saya. Seronok sekali sekala, berbual dengan bahasa berbunga di sulam kosa kata yang berputik dan berbuah.

“Maksudnya kita abadi?”
“Ya, tapi bukan abadi seperti Khalik (pencipta) yang tidak ada permulaan dan tidak ada pengakhiran. Kita tetap makhluk.”
“Jika demikian, umur itu relatif juga kan?”
“Ya, kan Einstein pun fahamnya begitu? Masih ingat Teori Relativiti masa?”
“Panjang dan pendek umur bukan pada kuantiti tapi pada kualiti.”
“Juga bukan pada yang zahir tapi juga yang maknawi.”
Semakin rencam perbincangan kami. Tidak mengapa, sekali-sekala apa salahnya, berfalsafah kekadang lebih indah.

“Imam Nawawi, pendek umurnya tetapi ‘panjang’ ilmu dan abadi jasanya. Imam Syafi’i, Imam Ghazali, tidak sempat pencen istilah orang sekarang, namun impak perjuangan mereka melangkaui dekad dan abad,” tambahnya memberi contoh.

“Umar Ibn Aziz memerintah hanya kurang lebih 2 tahun sahaja tetapi keunggulannya mengatasi khalifah Umayyah sebelum dan selepasnya,” sambungnya lagi.

“Rupa-rupanya petua nak panjangkan umur ialah dengan panjangkan amal, panjangkan ilmu, panjangkan jasa,” kata saya seakan merumuskan.

“Harta boleh panjangkan umur…sedekah atau wakafkan, jadilah amal jariah. Pahalanya berterusan. Akhlak boleh panjangkan umur…hubungkan silaturahim, panjanglah umur kita. Demikian maksud hadis.”

“Apakah rahsia kejayaan orang yang ‘panjang’ umur itu?”
“Mereka sedar tentang tujuan! Mereka adalah peribadi yang sentiasa sedar akan tujuan segala sesuatu. Mereka tahu tujuan hidup, mereka tahu tujuan mati. Mereka mencari tujuan pada setiap tindakan.”
“Hasilnya?”
“Dunia sentiasa menyediakan jalan kepada orang yang punya tujuan. When there is will, there is a way!”
“Tapi kita bukan mereka?”
“Betul. Tapi itu bukan kelemahan, bahkan satu kekuatan. Setiap kita adalah unik. Tuhan tidak menciptakan manusia bodoh, tetapi Dia mencipta manusia dengan kebijaksanaan berbeza.”
“Kita lebih bijak daripada mereka?”
“Ya, di sudut-sudut tertentu. Seorang pemandu lebih bijak daripada seorang professor dari segi pemanduan kereta.”

“Tetapi keintelektualan lebih berharga daripada kebolehan memandu kereta. Professor lebih berharga daripada seorang driver. Gaji mereka lebih tinggi.”
“Maksudnya, umur seorang professor lebih ‘panjang’ berbanding seorang driver? Maksud kau begitu?”
“Perbezaan itu bukan perbezaan taraf, tetapi perbezaan jalan. Jalan untuk seorang driver menjadi hamba Allah berbeza dengan jalan seorang professor. Itu sahaja.”
“Kau tidak mengiktiraf darjat orang berilmu?”
“Tidak begitu. Orang berilmu memang dilebihkan beberapa darjat…tapi dengan syarat, mereka takutkan Allah. Kan itu takrif sebenar seorang ulama’?”
“Maksudnya?”
“Seorang driver yang takutkan Allah lebih tinggi darjatnya daripada seorang professor yang tidak takutkan Allah. Tetapi sekiranya kedua-duanya takutkan Allah, tentu sahaja ‘umur’ professor itu lebih panjang daripada umur driver lantaran ilmu dan amalannya yang lebih tinggi dan berharaga!”

“Ah, surah al-Baqarah menukilkan seorang yang mati di jalan Allah hakikatnya terus hidup. Syuhada mendapat pahala dan kurnia berterusan daripada Allah. Jadi, satu petua lagi untuk panjang umur ialah mati syahid,” ujar saya mengalih arus perbualan.

“Benarlah kata ahli sejarah, para sahabat Rasulullah itu hidup kerana mereka mencintai mati. Dan generasi hari ini ‘mati’ kerana terlalu mencintai hidup.”

“Wah, terlalu panjang perbualan kita petang ini. Apa pun aku ingin mengucapkan ‘selamat panjang umur’ sempena hari lahir kau yang ke-40 tahun hari ini,” pintas saya sambil bangun. Jam telah menunjukkan pukul 6 petang. Hari semakin pendek.

“Eh, tadi kau kata ‘selamat pendek umur’, sekarang dah bertukar balik seperti ucapan biasa yang aku dengar, selamat panjang umur?” dia bertanya hairan.

“Eh, kau lupa agaknya. Maksud ‘panjang umur’ku berbeza daripada biasa. Maksudku, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah. Iulah maksud selamat panjang umur!”


Dipetik daripada buku "Nota Hati Seorang Lelaki, Pahrol Mohd. Juoi"

Di waktu segala jalan hubungan bumi ditutup orang, jalan hubungan ke langit lapang terluang...

Wednesday, July 22, 2009

Nama-nama Yang Takkan Ku Lupakan..

Assalamualaikum wbt..

Hari ini aku ingin memikirkan tentang diri sendiri..

Menilai kembali dalam diri dan hati, akan insan2 yang namanya tertulis di dalam buku kehidupanku..

Nama2 yang kini sudah lama tidak kuhubungi dan juga nama2 mereka yang dekat dihatiku apabila aku memerlukan..

Aku ingin membuka setiap lembaran buku kehidupanku dan mengingati nama2 yang penting di zaman kanak2, zaman remajaku, dan juga mereka yang kini sudah lama tak ku temui dan juga mereka yang ku temui semenjak terbit matahari hinggalah terbenamnya matahari..

Nama2 mereka yang sentiasa di sampingku di masa sukarku dan juga insan yang turut berkongsi kegembiraan bersamaku..

Nama2 yang telah ku lukai dan mereka yang banyak mengalirkan airmataku..

Mereka yang banyak memberiku pengajaran dan mungkin yang pernah mengambil pengajaran dariku..

Nama2 insan yang kini adalah sebahagian dari kewujudanku..

Mereka yang sudah tidak wujud lagi di alam nyata, namun sentiasa ada di dalam setiap doaku, dan juga nama2 yang hadir dalam kehidupanku untuk sementara waktu dan kini telah meneruskan perjalanan mereka yang kini namanya terukir di hatiku..

Aku sangat hargai insan2 yang pernah menemaniku di saat dukaku dan di saat sepiku..

Insan yang sentiasa memberiku semangat dan menjadi pendengar yang setia di kala aku hilang arah..

Sepanjang menyelusuri lembaran kehidupanku ini, aku mengimpikan tiap duri menjadi hamparan mawar nan indah..

Tiap titisan airmata bertukar menjadi senyuman dan dakapan kasih sayang, serta merubah malam yang gelap pekat kepada cahaya..

Menukar setiap saat yang perit kepada perasaan yang mendamaikan serta sangat menyenangkan..

Aku sangat bersyukur kerana dikau telah mengizinkan dirimu menjadi sebahagian daripada kisah kehidupanku dan harapanku moga aku juga begitu dalam kehidupanmu..

Aku juga bersyukur untuk tiap nama yang terkesan dihatiku..

Bersahabat adalah suatu rahmat..

Memiliki sahabat adalah suatu kurniaan..

Menjadi sahabatmu serta mempunyai sahabat sepertimu merupakan suatu penghormatan..

Akhir kata maafkanlah setiap ketelanjuran kata dan perbuatan..

Semoga ukhuwah yang kita bina akan menjadi satu tenaga kekuatan dalam menyambung perjuangan Rasulullah SAW..

SAHABAT SEMUA MARILAH KITA LAKSANAKAN AMANAH BERSAMA!!!



Monday, July 20, 2009

Isra' Mi'raj dan Hakikat Solat

Assalamualaikum wbt...

Allah berfirman dalam pembukaan surah Al Isra’:
“Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidil Haram ke Al Masjidil Aqsha yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Dari ayat ini bisa kita ambil beberapa pelajaran:

Pertama - bahwa yang Allah isra’kan adalah hamba-Nya (abduhu).
Kata hamba maksudnya adalah Rasulullah saw. Ini merupakan deklarasi dari Allah bahwa Rasulullah saw. adalah contoh hamba-Nya. Dialah yang harus dicontoh untuk mencapai derajat kehambaan. Tidak ada yang pantas diidolakan dalam perjalanan menuju Allah kecuali Rasulullah saw. Mengapa?
(a) Allah memuji akhlaknya: “Wa innaka la’alaa khuluqin adziim (Dan sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung)” (QS. Al Qalam:4).
(b) Rasulullah saw. dijamin masuk surga, maka siapa yang ingin masuk surga tidak ada pilihan keculi dengan mencontohnya.
(c) Perbuatan Rasulullah adalah terjemahan hidup dari Al Qur’an. Maka tidak mungkin seseorang paham maksud Al Qur’an tanpa merujuk kepada sirahnya.

Kedua - bahwa isra’ mi’raj ini terjadi hanya semalam.
Kata lailan pada ayat di atas, yang artinya “pada suatu malam” adalah penegasan terhadap makna tersebut. Dari sini nampak bahwa kejadian Isra’ mi’raj adalah mu’jizat. Sebab perjalanan sejauh itu di tambah lagi dengan naik ke langit lapis tujuh sampai ke sidratul muntaha adalah jarak yang tidak mungkin ditempuh dengan kendaraan apapun yang dimiliki manusia baik pada saat itu maupun pada zaman teknologi yang sangat canggih seperti sekarang ini.
Untuk mencapai bintang terdekat saja dari bumi dengan mengendarai pesawat tercepat di dunia “Challanger” dengan kecepatan 20 ribu km perjam, para ilmuwan mengatakan itu membutuhkan 428 tahun. Sungguh luar biasa kejadian isra’ mi’raj sebagai bukti keagungan Allah sekaligus, sebagai bukti bahwa manusia bagaimana pun pencapain keilmuannya masih tetap tidak ada apa-apanya dibanding dengan kemahakuasaan Allah swt.

Ketiga - Diikatnya antara dua masjid: masjid Al haram dan masjid Al Aqsha
(a) bahwa Allah swt. sangat mencintai masjid.
(b) bahwa semua bumi ini diciptakan oleh Allah untuk tempat bersujud.
(c) bahwa semua masjid di manapun berada adalah sama, milik hamba-hamba Allah.
(d) bahwa siapapun yang mengaku beriman ia pasti mencintai masjid dan meramaikannya.

Allah berifirman:
“Yang memakmurkan masjid-masjid Allah hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, serta tetap mendirikan shalat, menunaikan zakat dan tidak takut (kepada siapapun) selain kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. At Taubah:18).

Karena dalam sejarah kita menyaksikan nabi saw. selalu membangun masjid setiap singgah di suatu tempat.

Keempat - kata masjid identik dengan ibadah shalat. Dan perjalan Isra’ mi’raj juga identik dengan penerimaan ibadah shalat, langsung dari Allah swt.
Tidak ada ibadah dalam Islam yang diserahkan langsung oleh Allah kepada Rasulullah saw. kecuali shalat. Selain shalat semua ibadah diterima melalui malaikat Jibril alahissalam.
Dari sini nampak betapa agungnya ibadah shalat. Dalam pembukaan surah Al Mu’minuun ketika Allah swt. menyebutkan ciri-ciri orang mu’min yang bahagia, penyebutan itu dimuali dengan shalat “alladziina hum fii shalaatihim khaasyi’uun” dan ditutup dengan shalat “walladziina hum ‘alaa shalawaatihim yuhaafidzuun”.

Para ulama tafsir ketika menyingkap rahasia ayat ini mengatakan bahwa itu menunjukkan pentingnya shalat. Bahwa shalat merupakan barometer ibadah-ibadah yang lain. Bila shalat seseorang baik, maka bisa dipastikan ibadah-ibadah yang lain akan ikut baik. Sebaliknya bila shalat seseorang tidak baik, maka bisa dipastikan ibadah-ibadah yang lain tidak akan baik.

Itulah makna ayat: “Innash sholaata tanhaa ‘anil fahsyaai wal mungkar (sesungguhnya shalat pasti akan mencegah pelakunya dari perbuatan keji dan mungkar)” (QS. Al Ankabuut: 45).

Di hari Kiamat pun kelak demikian. Shalat tetap menjadi barometer ibadah-ibadah yang lain. Karena itu Nabi saw. bersabda: “Awwalu maa yuhasabu bihil ‘abdu yaumal qiyaamati ashshalaatu (yang pertama kali kelak di hisab pada hari Kiamat adalah ibadah shalat)”. Wallahu a’lam bishshawab.

sumber: dakwatuna

**Ceramah Sirah Isra' Mi'raj by Dr.Asri :


Sunday, July 19, 2009

Mesej(^_^)

Assalamualaikum wbt...

Lina: Aah,ni lina kisas.kmpg kt kelate,tp sy xde loghat, so tkt nk msk grup kelate,hehe..Insyallah,ade jodoh kite leh jmpe ye..raya haji nnti stil ade lg?
Iman Aisyah: yeke Lina..iskhh awak ni, serius tasha tak tau awk kelatan jugak..takut kat ketua dgn penolong kelantan ke dulu?hehe..insyaAllah ada jodoh kita jumpa ye:)raya haji tak pasti..panjang umur insyaAllah masih ada(^_~)


ultraman datang lagi: kak tasha, saya kesedihan~ berat betul dugaan... saya sedih tahap xleh control tp iA cube controlpost akak tu kan, buat saya flashback zaman dolu2. dulu penah gak suke kt org, tp skrg tgk org laki pun cm xde perasaan.. normal lagi kan?? huhu..
Iman Aisyah:kenapakah sedih?rilex2..suke kat org?fitrah manusia tu dik. sekarang tgk org laki tak de perasaan?kenapakah?ermm..tak pasti normal ke tak.hehe..


nurhidayah:ukhtie...bila kembali ke bandung?kalau bfore raya..ana nak pesan buku2 yg terpapar tu...huhu..tp..kalau lepas raya..takpe..nanti ana cari sendiri..hee
Iman Aisyah:ukhti hidayah ana pun tak pasti kapan lagi..before raya dan lepas raya(^_^)tapi buku yang Bercinta sampai ke syurga ada org janji nak bagi. buku Bidadari dari Timur je ana nak cari kat KB, mungkin minggu depan, insyaAllah.


~*mengisi masa lapang balas mesej kat shoutbox kat ruang entry(^_^)..keje apabila tak dpt tidur..
~*buat Emi:nnt sampai Msia terus contact ye!
~*nak jumpa kwn2 lama zaman sekolah2 dulu..!


Saturday, July 18, 2009

Nur Kasih

Assalamualaikum wbt...

Nur Kasih..adalah tajuk salah satu drama di TV3 yang tengah hangat diperkatakan sekarang, tapi baru minggu lepas saya dapat jeling2 dan baru semalam saya dapat tonton, itupun jam 9.30pm baru saya mula. Drama tersebut bermula jam 9-10pm. Minggu lepas saya di rumah kakak, jadi sibuk melayan keletah Iman saya hanya sempat jeling2 saja(^_^)..

Minggu ini Iman ada di rumah, tapi semalam Iman tidur awal setelah seharian 'mood' Iman kurang baik. Jadi saya pun menonton drama Nur Kasih, tapi dah tengah2 jalan. Mulalah saya nak tanya semua kenapa Nur nikah dengan Adam?kenapa Nur itu dan ini?hehe. Tasha banyak tanya. Malangnya semua di rumah tak tahu sebab tak ikut drama tersebut. Sesiapa yang ikut, sila cerita dekat tasha(^_^)..

Best ke cerita Nur Kasih ni?biasa2 saja bagi saya. Ketika Cinta Bertasbih lagi best. hehe.. Iskhh..perbandingan yang tak kena pula saya rasa. Mungkin saya belum sempat menonton sepenuhnya ataupun mungkin tidak menonton dari awal.

Watak Adam dalam Nur Kasih sungguh antagonis, part yang saya terkedu sedikit apabila Adam mengeluarkan kata2, "Dont talk about halal and haram anymore ok?u should not care, even me dont care about it"..lebih kurang begitulah ayat Adam kepada isterinya yang kelihatan curious tentang hukum memegang anjing.

Lemah lutut kalau suami mengeluarkan kata2 begitu. Wahai pencinta wanita yang bernama lelaki, ambil pengajaran dan iktibar...saya belum menikah jadi saya belum arif mengenai hal ini untuk bercerita lebih panjang.
Baik agamanya dan boleh dicintai..(^_~)!


1)Pagi tadi pergi Tok Bali ada hari keluarga sekolah Ma

2)Kepada yang datang ke Kelantan ikut highway Karak-Gua Musang, singgahlah di rumah Machang, makan2 buah kat belakang rumah, banyak buah sekarang musim buah~

3)Esok pagi nak ke pejabat pos. uruskan borang claim JPA dan mengepos buku.(^_~)sorry lambat..!

Wednesday, July 15, 2009

LAYAKKAH??

Layakkah kita mencintai manusia lain??


hmm...bagi saya sudah tentu kita layak untuk mencintai sesama manusia. Namun yang menjadi salahnya ialah apabila kita terlalu taksub mencintai seseorang sedangkan kita harus sedar yang perasaan suka,kasih dan sayang haruslah diungkapkan kepada yang berHAK.

CINTA MANUSIA HARUS KEPADA...

1) ALLAH YANG MAHA ESA:

"Tidak akan ada di dalam hati cinta kepada ALLAH sekiranya dalam hati sudah terlebih dahulu ada cinta kepada manusia"

Cinta dalam hati manusia seharusnya ditujukan khusus dan suci untuk mencintai ALLAH YANG MAHA ESA. Bukan setakat dengan perkataan yang mengakui cinta kepada ALLAH namun haruslah dizahirkan dengan perbuatan. Kita seharusnya mencintai ALLAH dengan sepenuh hati kerana kecintaan ALLAH kepada hambanya begitu besar sehingga tidak mampu ditandingi oleh cinta sesama MANUSIA.

2) AGAMA:

Cinta manusia juga haruslah diserahkan kepada agama. Jika kita cinta akan agama sudah tentu semua perkara yang kita lakukan tidak terpesong dari jalannya. Mencintai agama membuatkan kita sentiasa patuh dengan perintah ALLAH dan hukum syarak.

Mencintai agama juga membuatkan kita punyai rasa jihad FISABILILLAH dan juga melaksanakan Amar Makruf Nahi Mungkar. Siapa lagi yang akan melaksanakan tanggungjawab dalam mentarbiyahkan masyarakat jika bukan kita yang bergelar khalifah di muka bumi.

3) IBU BAPA & KELUARGA:

Tidak terbalas jasa mereka kepada kita. Cinta kita haruslah ditujukan kepada mereka. Kita dilahirkan atas dasar CINTA, dibesarkan juga kerana CINTA, dididik juga atas dasar CINTA, dikasihi juga adalah kerana CINTA.

Disebabkan oleh rasa cinta yang mendalam, insan yang bergelar IBU sanggup menelan pahit dan kesakitan semata-mata umtuk melihat zuriat yang dikandungnya selam 9 bulan 10 hari. Disebabkan cinta, Si Ayah sanggup membanting tulang bagi melihat Si Anak memperoleh kesempurnaan dalam kehidupannya. Seharusnya mereka punyai hak merasa nikmat cinta dari kita pula.

4) PASANGAN:

Namun, tidak dinafikan manusia akan punyai rasa tertarik kepada pasangan yang berlainan jantina dengan dirinya. Namun harus diakui kita masih punyai jarak yang membataskannya. Jika benar perasaan cinta, kasih , dan sayang itu suci seharusnya perasaan ini hadir disebabkan CINTA YANG MAHA ESA.

Jika benar cinta itu suci tujukanlah hanya kepada yang berHAK. Maka, jika punyai pasangan, segeralah berkahwin kerana itulah tanda CINTA dan bukannya dengan berduaan,berpegangan tanpa ikatan yang sah.

wallahualam...



PERJALANAN

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar teman seperjuangan semua? Semoga berada dalam limpah dan rahmah-Nya sentiasa. Alhamdulillah dah seminggu saya di rumah, Baiti Jannati(^_^)!

Minggu lepas saya transit di LCCT lama juga sebab flite dari KL ke KB delay sampai ke malam. Dalam perjalanan saya tempoh hari dari Bandung saya bersama Azura, tapi dia pulang ke Shah Alam kerana rumahnya di sana dan saya menunggu flite ke KB.

Seperti biasa saya akan ke surau LCCT untuk berehat2 dan solat sebelum menunggu flite seterusnya. Perjalanan kali ini saya lihat ramai jemaah tabligh ada di LCCT. Dari dalam dan luar negara. Ramai sungguh! Baru saya teringat yang mereka ada Ijtima' di Sepang. Nurul pun ada beritahu yang suaminya pun akan ke sana. Lihat dari wajah mereka sungguh kental semangat mereka.

Perjalanan saya, saya dipertemukan oleh dua orang Muslimah yang saya dapat teka mereka dari jemaah mana dari pakaian dan cara mereka bertanya kepada saya..(kamu ni tasha biar benar, xdalaa sebab kebanyakan mereka sama je style pakaian, jadi itu konklusi saya..hehe-betul saya teka!).

Sebaik saya masuk ke surau saya duduk di depan seseorang yang sedang tidur sambil wajahnya ditutup, rupanya adik junior saya, agak lama saya di situ sampailah dia bangun baru saya perasan, dia dari Kedah menunggu flite ke Bandung. Setelah sembang2 dan Wani, junior saya minta diri untuk check-in, flite dia lagi awal dari saya.

Kembali kepada cerita dua orang muslimah tadi sebenarnya mereka adik-beradik(^_^)!setelah tanya2 kemana nak pergi dan flite pukul berapa, saya minta diri untuk solat. Sebaik selesai solat, kakaknya tanya saya:

"Kat sana ada ikut usrah ke?"..saya senyum dan terkejut sebab baru saja kenal dia tanya saya begitu..saya senyum dan belum sempat saya jawab lagi, kakak tu tanya lagi,

"Ke awak jadi naqibah?"...saya lantas teringat adik2 usrah..(^_^)!

saya senyum lagi dan jawab..
"Adalaa jugak ikut"..

"Kat sana jadi MPP(majlis perwakilan pelajar) ke..ada join apa2 ke?"..kakak tu tanya lagi.

"Ahli biasa saja"...saya jawab dan saya rasa banyak lagi soalan2 akak ni..

"Macamana belajar kat sana dan berapa pointer yang awk dapat?"..saya jawab biasa2 saja..

Selesai solat dan dah rasa lapar kami makan di Food Garden, kat sana saya pulak yang tanya akak tu. hehe.

"Ada join apa2 kat sana2?"

Akak tu suruh saya teka dan saya teka seperti yang saya rasakan di awal tadi, dan betul!(^_^)!

"Ramaikan kak cuba tgk sekeliling kita org2 yang nak pegi ijtima'..hardcore sungguh mereka...bagus2!"

Seterusnya kami berbual2 lagi mengenai berita2 yang saya terlepas sejak tak berada di Malaysia dan cerita2 di Universiti akak tu (bekas universiti sebab die dah abeh belajar)..

Banyak yang kami kongsi dan saya sangat gembira bertemu dengan dua adik beradik tersebut. Rupa2nya akak tu tanya pointer saya sebab nak teka saya ni dari jemaah mana sebenarnya..kelakarje..baru saya tau..hehe..pointer saya biasa2 saja..!tak layak kot(^_^) saya pun biasa2 saja.

Saya saudara seISLAM sama dengan akak tu, sama dengan awak Muslim dan Muslimah yang sedang membaca ini! Tujuan kita sama kan? ISLAM agama kita~

Perjalanan saya masih jauh, mungkin baru bermula..Doakan saya semoga saya terus di jalan Islam~

"Dan hendaklah ada antara kamu satu golongan yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan(mengembangkan Islam) dan menyuruh orang berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian adalah orang yang berjaya." (Al-Imran : 104)


Monday, July 13, 2009

EKSPLORASI DU'AT


~BERJALAN, BERFIKIR, BERZIKIR~

"Cuti-cuti sambil tambah Iman.."


TENTATIF PROGRAM:

  • 14 Ogos 2009 (Jumaat)

Masa Acara

04.00 p.m Pendaftaran Peserta, solat Asar
06.00 p.m Makan malam
06.30 p.m Ice Breaking
07.30 p.m Solat Maghrib
08.00 p.m Slot 1 - 'Burning Desire'
10.00 p.m Tidur


Penceramah: Ust. Riduan Nor ( Pengarang buku tarbiyah dan dakwah, Pendakwah bebas, CEO Muslim Care dan CEO Jundi Resources)

  • 15 Ogos 2009 (Sabtu)

Masa Acara

05.30 a.m Persiapan Diri, solat Subuh
07.30 a.m Sarapan
08.00 a.m Slot 2 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 1
10.00 a.m Slot 3 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 2
12.00 p.m Rehat, makan tengah hari, solat Zuhur
02.00 p.m Slot 4 – 'Shift Our Paradigm' Bahagian 3
04.00 p.m Bertolak ke Tampin, Negeri Sembilan, makan, solat Asar
06.00 p.m Tiba di Tampin, Negeri Sembilan, solat Maghrib
08.30 p.m Bertolak Pulang


Penceramah: Ust. Hasrizal Abdul Jamil ( Penulis buku best seller 'Aku Terima Nikahnya' dan pemilik laman blog saifulislam.com)

  • 16 Ogos 2009 (Ahad)

Masa Acara

05.30 a.m Persiapan diri, solat Subuh
07.30 a.m Sarapan
08.00 a.m Slot 5 – 'Kembara Dakwah Kami'
10.00 a.m Majlis Penutup ( di SMI Al-Amin)
11.30 a.m Bertolak ke Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
12.00 p.m Tiba di Taman Tasik Titiwangsa, makan tengahari, solat Zohor
01.40 p.m Bertolak ke Rumah Titian Kaseh
02.00 p.m Tiba di Rumah Titian Kaseh
02.30 p.m Tayangan Filem ' Laskar Pelangi'
04.00 p.m Perbincangan dan Curhat
04.30 p.m Pemberian Sumbangan dan Cenderahati
05.00 p.m Acara Selesai, solat Asar

Penceramah: Akh Ammar Zain dan isterinya, Ukhti Anfal Saari

  • Perhatian:

Penyertaan adalah terhad kepada pelajar-pelajar Malaysia di Bandung.

Bayaran : RM 85 @ Rp 255 k

Sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan pada wakil tempat tinggal masing-masing:

Bale Padjadjaran - Farhana Yem FK08 (087822212072)
Sukawening - Badihah binti Ali FK07 (081910331421)
Cikuda - Nurul Aiman binti Ismail FK07 (081802057313)
Maulana - Nur Afiqah binti Abdullah FK07 (081809571071)
Alpina - Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim FK06 (081809031717)

Pengangkutan peserta dari Greenwood, Terminal Putra (LRT) dan STAR Ampang ( Bagi mereka yang datang dari Stesen Puduraya) disediakan oleh pihak penganjur.

** Untuk sahabat yang bukan dari Bandung tetapi berminat, setakat ni kami masih bergantung dengan kehadiran dari Bandung. Jika masih ada tempat, InsyaAllah kami akan membukanya. Prinsipnya "Siapa cepat, Dia dapat" ..:)

** Link : IMAN

Wednesday, July 8, 2009

Bercuti(^_^)

Assalamualaikum wbt...

Harini saya akan mula bercuti(^_^)!

Saya nak balik Malaysia..Tiket balik baru confirm Isnin lepas...akhirnya balik juga saya!Lama juga cuti kalini...

Bandung-KL 12.25pm

Semalam saya pindah barang2 ke rumah baru yang dekat dengan Rumah Sakit Hassan Sadikin, hospital tempat saya dan kawan2 bakal memulakan hidup baru sebagai Dokter Muda..Alhamdulillah!

Bestnye dapat balik kampung(^_^)!

*Mak, Abah, Along dan kwn2 awal2 lagi dah pesan pakai mask!jaga kesihatan...harap2 temperature saya normal~kalo tak, nanti tak psl2 kena tahan check darah kat airport nanti..


.

Tunggu nak dapat buku ni...(^_^)!


Balik nak cari buku ni...

1)Buat adik2 yang disayangi di Jatinangor: Aiman, Farhana, Faizah, Nazmina, Hanisah, Syamimi, Badihah, Nimy, Afiqah, Huda, Munirah, Tehah~jaga diri!akak nak mintak maaf byk2 sebab tak dapat jumpa semua~InsyaAllah nnt kita jumpa lagi(^_^)!

2)Buat kawan2 rumah Aida, Kem, dan Syaza~Jumpa lagi nanti~Thanx for everything! Siva study hard!(^_^)!

3)Buat jiran sebelah rumah Khairi, Aimi, Farah dan Balqis~Jumpa lagi!Thanx for everything also!

4)Buat adik2 1st, 2nd, 3rd yang tgh ambil exam lagi~Goodluck(^_^)!Jangan sedih2..akak bukan balik terus..nanti dtg lagi..

5)Buat rakan2 yang telah berjaya Tahniah! dan yang belum lagi, insyaAllah boleh2!Saya doakan kita semua berjaya...Ameen.

6)Saya still pakai no lama kat msia(^_^)!mungkin jarang2 online dah sebab nak habiskan masa dengan keluarga tercinta(^_^)jarang balik jadi masa akan digunakan dengan program2 keluarga sebaik mungkin...contact hp saya ye kalo ada apa2.

7)Buat ukhti Aimi--->Klik blog ini anasolehah
sabar dan saya tahu awak sgt2 kuat!insyaAllah saya datang melawat tapi maaf tak dapat pergi terus kena balik rumah dulu..kami disini semua doakan awk(^_^)~!

Tuesday, July 7, 2009

Hanya Tinggal...



Saya, Teteh Reza dan Alia



KakAlia, KakAimi dan Saya



Hanya tinggal...

Kenangan(^_^)...Ukhuwah ...

Jauh dimata tapi dekat dihati(^_^)!


Monday, July 6, 2009

Balik Kampung(^_~)!

Assalamualaikum wbt...

Balik kampung...(^_^)!


Sejak saya Tingkatan 4 iaitu sejak berumur 16 tahun saya bersekolah jauh dari rumah, bukan jauh yang sikit2 tapi jauhnya kalau naik bas 8 jam, naik keretaapi pun lebih kurang sama juga. Rumah saya di Kelantan dan saya bersekolah di Selangor. Sebenarnya pernah di Tingkatan 1 saya masuk private boarding school di Melaka tapi sebab homesick seminggu saja bertahan..Tuhan nak hadiahkan saya sekolah yang lagi best masa Tingkatan 4 (^_^)..Alhamdulillah~!

Berbalik kepada cerita balik kampung, sejak bersekolah jauh dari rumah, masuk kolej matrikulasi, masuk kolej teknologi timur dan sekarang, perkara yang paling gembira adalah balik kampung! Walaupun jauh tapi sangat gembira dapat pulang ke kampung halaman tercinta. Rasa tenang hati dan gembira dapat bertemu insan2 tersayang dan yang paling best dapat makan masakan Mak yang best(^_^)!

Saya rasa dah lama tak balik, lebih kurang 6 bulan (lama tak?kalau yg tak balik dekat setahun mesti kata tak lama..hehe)..

Balik kali ni rasa berbeza dengan balik kampung sebelumnya.kenapa?
Saya pun tak tahu sangat kenapa..(^_^).
Tau2!

Balik kali ni saya nak jadi cikgu! Hafizi dan Najeeha dua2 orang adik saya akan ada peperiksaan besar hujung tahun nanti, SPM dan PMR.

Iman(^_^)!
Jadi babysitter untuk Iman~tahun lepas Iman tak pandai jalan dan tak pandai cakap lagi. tapi kali ni Iman dah pandai sebut Anyah(Angah dlm bahasa Iman=) tahun lepas jaga Iman kat Penang tapi kalini kat Gua Musang, tapi lagi best kalau kat rumah Machang je!

Iman pun pakai seatbelt(sape punye keje ni(^_^)

Sunday, July 5, 2009

Cerita Judicium(^_^)


Assalamualaikum wbt...

Jumaat, 3 Juli 2009

Judicium 1 bagi mahasiswa tahun ke-4..entry sebelum ini saya ada sebut mengenai Judicium 1 ini, kenapa ada Judicium 1?mesti ada yang kedua? betul2(^_^)! malah ada Judicium 3..

Pada hari tersebut saya bangun sangat awal, sebelum Subuh lagi...walaupun pada malam sebelumnya saya tidur lambat sebab tak boleh tidur setelah bercakap2 di telefon dengan seseorang. (^_~)! pening kepala~kalau Tasha jadi kanak2 selamanya kan best(^-^)

Pagi Jumaat yang mawaddah saya harapkan. Hati berdebar sebab pada harini saya akan dapat keputusan untuk tahun ke-4 dan keputusan Department paper yang ada 46 semuanya iaitu keputusan dari tahun pertama sehingga tahun keempat. Harini adalah hari yang akan menentukan sama ada saya akan mengikuti wisuda(graduation) pada bulan Agustus nanti.

Sebelum tiba hari Jumaat, iaitu hari judicium ini, macam2 cabaran dan dugaan yang saya hadapi. Saya pernah rasa kecewa kerana markah SOCA, kerana OSCE tahun ke-3 yang saya harus ulang 12 station yang dah setahun saya tinggalkan. Saya pernah rasa yang saya tak dapat lakukan semua itu. Peperiksaan OSCE (clinical exam) yang dimaklumkan 3 hari sebelum ujian, kami dimaklumkan yang kami harus datang lagi pada 30 Juni untuk ambil semua 12 station clinical exam tahun ke-3, kami harus belajar semua clinical skills yang dah setahun kami tinggalkan. Saya jumpa Dekan, Penolong Dekan, malah semua2 yang atas2 yang sebelum ini saya tak pernah jumpa. Jawapan yang diberikan adalah.."because it is stated in the new rules"...aduss! saya dan 14 orang rakan2 lain lalui juga exam tersebut, dan Alhamdulillah semua yang ambil lulus! Alhamdulillah~Lega hati saya dan teman2 saya~

Cerita di Hari itu (^_^)

Pagi2 lagi Mak dah telefon saya, rasa sebak sebab risau nak dapat keputusan..sebenarnya sebab semalam juga. hehe. saya dah penin lagi(~_^)!saya tetap seperti dulu...boleh ke berubah cepat2??..

Kembali kepada cerita judicium. Saya ke Fakulti dengan mengenakan Jas(kot) AlmaMater warna biru yang ada lambang UNPAD. Saya ingatkan diri saya yang keputusan dah tercatat saya lulus ke tak. Walau apa pun saya dapat, saya hanya tawakal kepada ALLAH SWT. Saya tenang.

Saya ingat kata2 Mak masa Mak telefon saya di pagi hari, "Angah sebagai orang Islam yang sebenar2nya kita sebenarnya tak perlu risau dengan apa2 yang kita bakal dapat, Islam mengajar kita semuanya. Jika kita benar2 beramal dengan Islam dan mengamalkan ajaran Islam, kita akan tenang." Lagi sebak dibuatnya..hehe(^_~)!

Semua mahasiswa tahun ke-4 berkumpul didalam satu dewan besar, Dr Najwa, selaku Ketua Fakultas kedokteran memberi ucapan dan menerangkan syarat2 untuk kami mendapat Sarjana Kedokteran (S.ked)..Harus lulus semua mata pelajaran yang kami tempuhi sepanjang 4 tahun di Fakultas kedokteran.

Setelah itu kami dibahagikan kepada kumpulan2 kecil dan slip keputusan kami di beri oleh dosen(dokter) pembimbing. Giliran saya adalah yang terakhir dalam kumpulan tersebut, lagi laa berdebar(^_^), sebelum saya ada beberapa teman2 yang dah lulus dan nampak wajah2 gembira mereka. Nadia, teman yang namanya di atas saya masuk dulu untuk mengambil keputusan. Setelah Nadia keluar dan giliran saya untuk masuk sempat Nadia bisikkan kepada saya, "Saya rasa awak lulus semua jugak!"..ohyeke?saya masuk dan Dr Astrid mengucapkan.."Congratulation Natasha!"..dan saya pandang slip keputusan yang dokter tunjukkan,

"ELIGIBLE FOR GRADUATION FROM UNDERGRADUATE PROGRAM"

Alhamdulillah~!dan dengan spontan saya bersalam dengan Dr Astrid. Alhamdulillah~Alhamdulillah~Alhamdulillah~(^_^)!~

Thursday, July 2, 2009

TAWAKAL

Assalamualaikum wbt...

Apa khabar semua?(^_^)...lama rasa tak meng'update' blog..sepanjang minggu lepas sedikit sibuk.

Alhamdulillah dah selesai exam, cuma menunggu Judicium 1 (hari keputusan peperiksaan diumumkan), esok hari Jumaat adalah harinya!berdebar2..Doakan saya ye teman2!

Semalam Abah telefon dan saya beritahu Abah berdebar2 nak dapat keputusan, Abah kata kena tawakal! sebab usaha dah dibuat, kita berserah kepada-NYA dan doa banyak2.



Tawakal

Kita hayati firman ALLAH SWT:



Allah SWT berfirman, “Barang siapa yang menyerahkan diri kepada Allah maka Allah akan mencukupinya.”
(QS. At-Thalaq 3).


Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah orang-orang yang beriman menyerahkan diri”.
(QS. Ali Imran 160).


Di dalam ayat yang lain Allah SWT juga berfirman, “Hanya kepada Allah hendaklah kamu sekalian menyerahkan diri jika kamu sekalian adalah orang – orang yang beriman”.



Saya kongsikan ta'lim yang disampaikan oleh Ustaz Zainal Muttaqin, seorang ustaz di sini mengenai Tawakal. Ta'lim yang disampaikan adalah sempena musim exam kelmarin.

Apakah yang dimaksudkan dengan Tawakal?

Azam, bulat tekad, proses2 mencapai dan berserah diri kepada Allah SWT.

Ciri2/tanda2 tawakal:
  1. Tawakal terhadap sesuatu yang belum didapatkan atau harapan terhadap sesuatu.
  2. Redha terhadap sesuatu yang didapatkan.
  3. Sabar terhadap sesuatu yang lepas atau yang tak dapat dijangkau.

Orang yang tidak mempunyai keyakinan tak mungkin dapat mencapai tahap tawakal yang sebenarnya..

Tawakal dan ikhtiar saling berkait rapat. Tawakal datang setelah ikhtiar ataupun usaha.
  1. Aku meyakini bahawa rezekiku tak akan diambil orang lain, maka hatiku akan tenteram.
  2. Aku mengetahui pekerjaan2ku itu tak akan dikerjakan orang, jadi aku akan beramal.
  3. Aku mengetahui bahawa Allah SWT sentiasa melihatku, jadi aku malu berbuat maksiat.
  4. Aku mengetahui bahawa kematian akan datang, aku perlu menyiapkan diri.
Tawakal juga berkait rapat dengan tauhid dan keimanan kita. Jadi mari bersama2 kita muhasabah diri seberapa tawakal kita terhadap sesuatu perkara...


~*Nota:

1)Doakan saya dan teman2 tahun ke-4, esok kami akan dapat keputusan peperiksaan.semoga kita sama2 berjaya(^_^)

2)Tadi Along pun call..pesanan saya yang tak pernah saya lupakan adalah.."Doakan Angah"..
Iman dah boleh cakap..comel!

3)Setiap kali cakap2 dengan Najeeha, adik bongsu mesti tanya.."Angah bila nak balik?"
InsyaAllah dik Angah balik!

4)Rindu*rindu*rindu! Saya nak cakap2 tapi rasa malam ni banyak kerja. Semoga dipermudahkan semuanya..hope there's goodness.(^_~)!