Sunday, January 31, 2010

Motivasi Belajar: Dekatkan diri dengan buku

Jika Anda seorang pelajar dan anda mahu berjaya dalam pelajaran, Anda kena membentuk diri menjadi seorang insan yang dekat dengan buku. Tak kisalah orang nak cakap apa pasal Anda, biarkan saja. Cakapan orang hanya boleh mengkritik tapi tak akan dapat mengganggu Anda selagi Anda memilih untuk membiarkan saja cakapan mereka. maafkan cakapan-cakapan mereka jika Anda terasa, lupakan dan teruskan mengejar matlamat Anda.

Untuk menjadi seorang pelajar berjaya, dekatkan diri dengan buku. Baca banyak kali supaya Anda ingat apa yang dah dipelajari tanpa perlu menghafal setiap satu point-point penting. Biasakan diri untuk membawa sebuah buku ke mana-mana saja Anda pergi.

Kebanyakan pelajar takut untuk digelar kaki buku atau ulat buku sebab mereka takut akan kehilangan kawan. Dalam usaha mencapai kecemerlangan dalam pelajaran, nak ke tak nak Anda kena terima hakikat Anda kena berkorban, termasuklah mengorbankan masa untuk ‘hanging out’ bersama kawan-kawan. Kawan yang sebenar-benar kawan adalah kawan yang tak memilih kawan, walau siapapun Anda, walau apapun yang Anda lakukan.

Link: www.imotivasi.com

Allah bersama sangkaan para hamba-Nya

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang-orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada Ku. Hendaklah mereka memenuhi (perintah) Ku dan beriman kepada Ku, agar mereka memperoleh kebenaran.
–al Baqarah 2:186-

“hmm,aku ni budak jahat…mesti doa aku tak makbul…”
“aku ni bukan budak alim….”
“tak pelah, dah memang aku dilahirkan macamni, nak wat macam mane….”
“tak pela, aku suruh tok imam jelah doakan untuk arwah ibu aku. makbul sket.”
“aku doa pon bkn makbul pon,malaslah..”

Ya Allah…..
Akulah manusia, kuli dan hamba-Mu yang MAHA KAYA. Aku tidak layak menerima apa-apa. Aku banyak dosa. Aku banyak melanggar perintahmu,aku tidak layak mendapat apa-apa, namun aku tetap mahu bermohon kepadamu, TUHAN YANG MAHA MEMAAFKAN DAN YANG MAHA MEMANJAKAN.
Sedarkah anda dengan nama tuhan yang satu ini? Tuhan sangat sayangkan kita. SANGAT. Sampai anda takkan mampu untuk membayangkan betapa sayangnya DIA pada kita. Kerana apa? Kerana sifat PENYAYANG allah tiada noktahnya.
Kita SANGAT2 sayang mak ayah kita. Duduk jauh beberapa bulan, terasa rindu untuk pulang, berjumpa, paling koman pon untuk mendengar suara mereka. Kalau ada yang mahu menghina mereka, mencela mereka,menindas mereka, pasti telanggarlah “pantang nenek moyang!!!!” kita kerana memikirkan usaha dan pengorbanan mereka membesarkan kita. Itulah secebis nikmat kasih sayang yang tuhan berikan pada kita dr sekian byk kasih sayangNya. Bayangkan, betapa besarnya ‘kasih sayang’ yang Allah miliki melalui sifat penyayangNya tu.
Jadi mengapakah kita ’sempitkan skop’ kasih sayang Allah itu dengan mengatakan tuhan tidak menyayangi kita,
tuhan tidak mengabulkan doa kita,
tuhan tak nak dengar doa kita,
tuhan jauh dari kita……kerana kita banyak dosa,
Mengapa?
Mengapa?
Mengapa?
Tuhan yang maha memanjakan? Kenapa ‘memanjakan’?
Kerana kita DIBIAR melakukan dosa, kita DIBIAR melakukan maksiat, kita DIBIAR melakukan perkara yang ALLAH marah tapi ALLAH tetap tak timbus kita dengan tanah. Tak jadikan muka kita tiba-tiba berubah jadi macam khinzir. Tak jadikan kaki kita kudung dilanggar bas. ALLAH MARAH TAPI ALLAH TETAP TAK HUKUM KITA. ALLAH MANJAKAN KITA!!!!!!!!!!!!!!!!
Tak malukah kita? Asyik meminta2, tapi sering berbuat dosa,membuat DIA marah. kemudian dengan selambanya ‘merajuk’ kalau apa yang kita nak, yang kita doa, tak dapat. Dengan selambanya ‘merajuk’ bila diuji dengan kehilangan barang, kecederaan, kesedihan dan sebagainya.
“Hmm, asyik2 aku je yang dapat kesusahan. Aku baik pon ALLAH tak perkenankan doa aku. Napela malang sangat nasib aku ni……”
Siapa kita untuk ‘merajuk’ dan ‘merungut’ dgn ALLAH? Kuli dan hamba sahaja. Tu pon die dh bagi oxygen, bagi tangan boleh tepuk nyamuk, bagi kaki bole lari2 kejar kucing, bagi mulut boleh makan nasi ayam TANPA KITA MINTA. Yang kita tak minta tu lagi penting, tapi DIA bagi jugak.(kalau kita terlupa nak mintak dan ALLAH terlupa nak bagi benda2 ape macam?) Tapi bila kita mintak, kite nak jd bos plak. Nak on da spot. Pastu ‘mrajuk’ dengan ALLAH.


“tak naklah solat.”
“tak naklah pakai tudung”
“tak naklah pegi kuliah2/ceramah2/tazkirah2 agama”
“tak naklah baca buku agama”
“malaslah nak solat awal waktu”
“malaslah nak doa malam2 lagi”
“malaslah nak menangis2 waktu qiamullail lagi”
“malaslah”

ALLAH BERSAMA SANGKAAN PARA HAMBANYA. Bagaimana kita sangka ALLAH akan buat,begitulah yang dibuat olehNYA. Bagaimana kita sangka ALLAH,begitulah yang akan terjadi. Jadi sangkalah yang baik-baik sahaja dariNya. InsyaAllah yang akan kita dapat pon yang baik-baik belaka.
Bersangka baiklah, kan DIA yang lebih mengetahui? Eh silap, kan DIA lah yang MAHA mengetahui…..=)
Allah berfirman :
Aku bersama sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku.
Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.
Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya,Aku mengingatinya dalam diriku.
Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tgh khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).
Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta.
Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa.
Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”
Hadith Qudsi (hadith yang dilafazkan oleh nabi tetapi mengandungi firman Allah) riwayat al-Bukhari
Sumber: drrazi

Saturday, January 30, 2010

KENANGAN PERMAI'10

Buku catatan PERMAI'10 yang cantik!

Penceramah Jemputan khas dari Malaysia yang mantap!

Baju PERMAI'10 hijau dan biru(bak kata amad)

Ustaz semasa menyampaikan ceramah

Orang2 besar PERMAI'10

Orang2 besar PERMAI'10 juga, ustaz dan PA

Koas Bandung, 5th year:)suka gambar ni,terutama aimi dan kak ainur yang sangat ceria:)

Peserta orang Hijau

AJK orang Biru

Hijau dan Biru bergabung tenaga :)

Mantap!

Mimi dengan bekas Tunang di akhir PERMAI'10:)


Nota:

1)Saya ambil gambar2 di atas di blog: Amad(klik) banyak lagi gambar di blog amad dan FB ustaz juga amad. Thanx amad, cameraman berjaya.

2)Comel gambar mimi dan khalis. sweet couple!

3)Pengisian PERMAI'10:boleh dibaca di blog ustaz: saifulislam.com(klik)

4) Seeru 'ala barakatillah. Setiap sesuatau berharga.

5)Rindu pula dengan PERMAI dan sahabat2. InsyaAllah sehingga bertemu lagi. Seandainya tidak dibumi Tuhan. Mudah-mudahan di Syurga-Nya nanti. Amin


Tuesday, January 26, 2010

PERMAI 2010 : LAGU PENUTUP




Doa Rabithah

Sesungguhnya Engkau tahu
bahwa hati ini telah berpadu
berhimpun dalam naungan cintaMu
bertemu dalam ketaatan
bersatu dalam perjuangan
menegakkan syariat dalam kehidupan

Kuatkanlah ikatannya
kekalkanlah cintanya
tunjukilah jalan-jalannya
terangilah dengan cahayamu
yang tiada pernah padam
Ya Rabbi bimbinglah kami

Lapangkanlah dada kami
dengan karunia iman
dan indahnya tawakal padaMu
hidupkan dengan ma'rifatMu
matikan dalam syahid di jalan Mu
Engkaulah pelindung dan pembela

( 8:63 )


Alhamdulillah PERMAI 2010 sudah melabuhkan tirainya. Tahniah kepada Pengarah PERMAI'10, Saudara Ahmad Zulhazwan dan anak2 buahnya dan semua sahabat2 yang sanggup datang dari jauh!

Saya dapat sesuatu dari PERMAI' 10, Alhamdulillah :)

Buku Maza Yakni fi Intima' lil Islam hasil karya Almarhum Dr Fathi Yakan diulas dalam versi yang cukup mudah difahami, apa yang hendak disampaikan mudah difahami dengan cara penyampaian Ustaz Hasrizal pemilik web: saifulislam.com

Walaupun sejak di tingkatan empat lagi saya mempunyai buku tersebut, itu pun sebab masa di kisas dulu semua pelajar diwajibkan mempunyai buku tersebut, isinya belum saya bedah dengan terperinci :) Baru sekarang nampak jelas sudah tidak rabun2 lagi. hehe. Sebenarnya masa zaman Along sekolah di kisas lagi ada buku tersebut tapi buku hanya buku kalau tak dibaca dan betul2 difahami tak akan menyerap sendiri isi2 kandungan buku tersebut ke dalam hati dan jiwa.

Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..

ISLAM DAN MUSLIM : DULU, KINI DAN MASA DEPAN

Perspektif Menjadi Muslim Yang Efektif

1) Saya mestilah muslim di sudut akidah

2) Saya mestilah muslim di sudut ibadah

3) Saya mestilah muslim di sudut akhlak

4) Saya mestilah muslim di sudut berkeluarga

5) Saya mestilah mampu mengawal diri

6) Saya mestilah yakin bahawa masa depan
di tangan Islam


Marilah kita berusaha bersama2 menjadi muslim yang efektif untuk masa depan ISLAM.

Yakinlah bahawa masa depan adalah milik ISLAM.

Jadilah pelajar yang cemerlang dan daie yang komited. InsyaAllah. Amin.


Friday, January 22, 2010

PERMAI 2010 : VIDEO DAN LAGU TEMA











Bingkai kehidupan
Mengarungi samudera kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan
Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka di jalan Allah
'kan menjadi saksi pengorbanan
Reff :
Allahu ghaayatunaa
Ar-Rasuulu qudwatunaa
Al-Qur'aanu dusturunaa
Al-Jihadu sabiiluna
Al-Mautu fii sabilillah
Asma amaanina
Allah adalah tujuan kami
Rasulullah teladan kami
Al Qur'an pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah cita-cita kami tertinggi

Nota:

1)Untuk senarai barang2 keperluan peserta sila klik: Permai-Islam.blogspot

2)Semoga hari Jumaat harini membawa rahmah dan mawaddah untuk kami semua. Doakan semoga permai yang bakal bermula harini berjalan lancar dan mencapai misi. InsyaAllah.

3)Pelajar tahun 5 dan 6 yang akan mengikuti permai:Berkumpul di Diaz, depan kedai kasut dan beg, Jam 5.30pm, kalau ada pertanyaan atau lambat terus hubungi saya atau sms ye:) ataupun saudara mohsien. Kita akan ke sana dengan kijang.

4)Thanks semua! Alhamdulillah :)

5)Saya tak letak dulu lagu dalam blog saya. Nanti akan kembali lagi supaya senang nak view video2 di atas.


Thursday, January 21, 2010

PERMAI 2010 : DI BANDUNG




PERMAI 2010 akan membuka tirainya tidak lama lagi. PERMAI 2010, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia 2010 adalah kesinambungan dari PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tahun 2008. Mungkin ada sahabat-sahabat yang belum tahu atau mungkin kurang jelas dengan kewujudan PERMAI ni. PERMAI merupakan program berbentuk seminar keagamaan dan motivasi yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiswa Malaysia dari seluruh pelosok Indonesia. InsyaAllah, PERMAI 2010 Januari ini akan diadakan di Bandung dan mendatangkan wakil-wakil dari Bandung sendiri sebagai tuan rumah, Jakarta, Jogjakarta, Surabaya, Malang, Makassar, Medan, Palembang, Padang, Solo, Indramayu dan ada juga wakil dari Malaysia yang sangat bersemangat untuk ikut serta dalam PERMAI kali ini.

Sejarah PERMAI
Mungkin sahabat-sahabat pernah dengar tentang PUISI di Ireland (Perhimpunan Ukhuwah Insaniyyah Seluruh Ireland), PERISTIWA di Australia (Perhimpunan Remaja Islam dan Tautan Insan Western Australia), IPIJ di Jepun (Ikatan Persaudaraan Islam Jepun) dengan program-programnya atau JASSI di India (Jalinan Sahabat Seluruh India), ISK (Ini Sejarah Kita) anjuran MSM (Majlis Syura Muslimun) dan banyak lagi program-program di luar Negara yang menghimpunkan mahasiswa-mahasiwa Malaysia yang belajar di sana.
Dan di Indonesia, PERMAI merupakan program yang kurang lebih sama dengan program-program tersebut, mungkin sahaja cara dan isinya yang sedikit berbeza, sesuai dengan kondisi mahasiswa di sini. Idea untuk mewujudkan PERMAI dicetuskan oleh saudara Isa Azzaki dan sahabat-sahabat dari Jogja dan juga Bandung dengan harapan dapat mendekatkan mahasiswa-mahasiswa muslim di Indonesia terhadap ilmu agama disamping mengeratkan ukhuwah antara mahasiswa dari berbagai universiti seluruh Indonesia. Sebelum nama PERMAI digunakan, berbagai nama-nama lain telah dicadangkan, antaranya PEMIMPIN, (skemanye..) PERMAIDANI (huhu) dan PUISI (tinggal tukar Ireland ke Indonesia je.hehe)..dan akhirnya nama PERMAI dipilih, singkatan dari Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (walaupun tak berapa sesuai kat hujung dia).
Permai ‘08
PERMAI’08 yang diadakan di Jogjakarta pada tanggal 23-25 mei 2008 adalah program Islamik pertama yang menghimpunkan pelajar-pelajar Malaysia di Indonesia. PERMAI’08 dianjurkan oleh UPIMI (Ukhuwah Pelajar Islam Malaysia di Indonesia) dari Jogjakarta dengan kerjasama IMAN (Islamic Malaysian Association) dari Bandung dan PKPMI (Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia). Saudara Isa Azzaki bin Zainal dari Universitas Gadjah Mada (UGM), Jogjakarta merupakan pengarah PERMAI’08 dan dibantu oleh sahabat-sahabat lain dari UGM.

PERMAI’08 diadakan selama 3 hari 2 malam, merangkumi seminar, ceramah motivasi dan ‘games’ dalam beberapa slot berdasarkan modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin yang disampaikan oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil , seorang ustaz, motivator dan juga artis(hehe) yang popular di kalangan mahasiswa Malaysia, terkenal dengan slogannya berbunyi. "Erti Hidup pada Memberi". ‘Details’ tentang Ustaz Hasrizal telahpun di kupas dalam artikel yang lepas (sila rujuk) atau layari blog beliau, http://www.saifulislam.com. Modul The 7 Habits of Highly Effective Mukmin membicarakan tentang 7 aspek yang harus dimilik oleh seorang mukmin, dan diambil dari buku karangan Stephen Covey bertajuk “The 7 Habits of Highly Effective People”, membincangkan tentang:

1) Be proactive – Principles of personal vision
2) Begins with the end in mind – Principles of personal leadership
3) Put first things first – Principles of personal management
4) Think win/win – Principles of interpersonal leadership
5) Seek first to understand, then to be understood – Principles of empathetic communication
6) Synergize – Principles of creative communication
7) Sharpen the saw – Principles of balanced self-renewal

Alhamdulillah, PERMAI’08 berjaya dilaksanakan dengan lancar dan mendapat sambutan yang baik dari peserta-peserta. Di harapkan ilmu yang diperoleh dapat menggerakkan para peserta daripada TAHU, terus berusaha mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU.=) (juga slogan Ustaz Hasrizal)
Maklumat lanjut tentang PERMAI'08 boleh didapati di sini

PERMAI 2010 Kesinambungan dari PERMAI’08, PERMAI 2010 meneruskan jejak langkahnya dan untuk PERMAI kali ini, Bandung diamanahkan untuk menjadi tuan rumah, dan kami masih mengekalkan Ustaz Hasrizal sebagai ‘main speaker’. Mungkin ramai yang tertanya-tanya kenapa tiada PERMAI 2009? Untuk pengetahuan semua, memang rencananya PERMAI berikutnya selepas yang pertama akan diadakan pada tahun ini tapi disebabkan Ustaz Has tak dapat memenuhi jemputan ke luar negara untuk tahun 2009 atas sebab-sebab tertentu, kami memilih untuk menundakan tarikh program ke tahun 2010, dan tidak bercadang menggantikan penceramah yang lain. Diharapkan penundaan dan penantian ini ada hikmahnya, insyaAllah,

Pengarah untuk PERMAI 2010 adalah saudara Ahmad Zulhazwan bin Ahmad Kasim, pelajar perubatan ‘batch’ 2006 (tahun 4) dari Universitas Padjadjaran (UNPAD), Bandung dan dibantu oleh ahli jawatankuasa yang terdiri daripada sahabat-sahabat dari UNPAD. Tema kali ini ialah Islam & Muslim; Dulu, Kini dan Masa Depan dan modulnya berasaskan buku “Apa Ertinya Saya Menganut Islam” karangan Fathi Yakan, membicarakan tentang 6 Perspektif menjadi Muslim yang Efektif, diolah mengikut ‘style’ dan versi ustaz hasrizal. Modul yang sama dipakai untuk PUISI 2007 tapi ditambah dengan sedikit intro tentang sejarah Islam dari awal kebangkitannya hinggalah kejatuhan turki uthmaniyyah, sehingga kini. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, Ustaz Hasrizal merupakan bekas graduan master dalam bidang sejarah Islam dan peluang ini kami ambil untuk mengadakan slot khas membincangkan tentang sejarah Islam dan Muslim. ‘Details’ tentang tema dan modul ini akan dihuraikan lebih lanjut dalam artikel berikutnya insyaAllah =). Berikut merupakan butir lengkap dan padat tentang PERMAI kali ini:

PERMAI 2010 (Bandung)
Tempat: Politeknik Pos Bandung, Indonesia
Tarikh: 22-24 Januari 2010
Penceramah: Ustaz Hasrizal Abdul Jamil
Tema: Islam dan Muslim; Dulu kini dan Masa depan
Modul: 6 Perspektif Menjadi Muslim yang Efektif

Lebih lanjut klik blog: Permai-Islam

Tuesday, January 19, 2010

The Memoirs !

Kisasian di Hati'02

Jamuan Hari Raya Aidilfitri'09, IMAN, Jatinangor

Last day in pre-clinical year, Kampus Unpad Jatinangor: Puan INK, Cik Siti dan Cik Tasha

Ikram dengan Muslimah Next Top Model '09 :) at Malam Lailatul Hurul Ain:)
1st time jadi model (^_^)


UKM-UNPAD twinning's :Nik, Ijah, King, Alia dan Tasha with
the big Love King's hold:)
, this pic was taken in Jatos


Notes:
1)Pictures that do more the talking:) Love the pics!

2)Sekarang saya sudah di bahagian psikiatri. Banyak pengalaman baru dapat! Lucu pun ada:) tapi penat nak tulis malam ni.

3)Tak sabar nak tunggu weekend ni..!

4)Semoga awak juga sentiasa dalam keadaan ok dan ceria sokmo. Jumpa lagi:)

5)Lagu dalam blog ni dah bertukar kepada Ketika Cinta Bertasbih.

Sunday, January 17, 2010

BUNGA YANG CANTIK JARANG HARUM...


Wanita sinonim dengan kecantikan. Istilah “cermin” dalam bahasa Arab dekat sangat dengan wanita – kerana cermin itu dekat pula dengan kecantikan. Bercermin untuk kelihatan cantik. Ke mana-mana wanita pergi, cermin ada di sisi.

Bagi yang tidak cantik bagaimana? Mereka bukan wanita?

Tunggu dulu, setiap yang Allah cipta pasti indah kerana Allah itu Maha Indah dan suka pada keindahan. Tuhan tidak mencipta manusia hodoh, Tuhan hanya mencipta manusia dengan kecantikan berbeza. Jadi, ingat itu… setiap wanita berhak untuk cantik!

Soalnya, di manakah letaknya kecantikan sebenar pada seorang wanita? Kalau kita tanyakan kepada para lelaki maka sudah pasti kita akan temui pelbagai jawapan. Ada yang merasakan kecantikan wanitaitu pada wajah, pada bentuk tubuh, pada kebijaksanaan atau pada tingkah lakunya.

Dan pada yang menyatakan kecantikan pada wajah pula terbahagi kepada pelbagai pandangan, ada yang mengatakan kecantikannya terletak pada hidung, pada mata dan sebagainya. Pendekata kecantikan itu bagi anggapan sesetengah orang sangat relatif sifatnya. Lain orang, lain penilaiannya.

Namun sebagai seorang Islam, kita tentulah ada kayu ukur tersendiri untuk menilai kecantikan. Kita tentunya mengukur kecantikan wanita mengikut kayu ukur Islam. Dan tentu sahaja kecantikan yang menjadi penilaian Islam adalah lebih hakiki dan abadi lagi.

Misalnya, kalaulah kecantikan itu hanya terletak pada wajah, wajah itu lambat-laun akan dimakan usia. Itu hanya bersifat sementara. Apabila usia meningkat, kulit akan berkedut tentulah wajah tidak cantik lagi. Jadi tentulah ini bukan ukuran kecantikan yang sejati dan abadi.

Sebagai hamba Allah, kita hendaklah melihat kecantikan selaras dengan penilaian Allah atas keyakinan apa yang dinilai oleh-Nya lebih tepat dan betul. Apakah kecantikan yang dimaksudkan itu? Kecantikan yang dimaksudkan ialah kecantikan budi pekerti ataupun akhlak. Itulah misi utama kedatangan Rasulullah SAW – untuk menyempurnakan akhlak manusia.

Kecantikan akhlak jika ada pada seseorang, lebih kekal. Inilah kecantikan yang hakiki mengikut penilaian Allah. Hancur badan dikandung tanah, budi baik di kenang juga. Kecantikan akhlak ini juga adalah satu yang lebih abadi. Kata pepatah lagi, hutang budi dibawa mati. Malah akhlak yang baik juga sangat disukai oleh hati manusia. Contohnya, kalaulah ada orang yang wajahnya sahaja cantik tetapi akhlaknya buruk, pasti dia akan dibenci.

Ya, mata menilai kecantikan pada rupa. Akal menilai pada fikiran. Nafsu menilai pada bentuk tubuh. Tetapi hati tentulah pada akhlak dan budi. Kecantikan akhlak ini diterima oleh semua orang. Katalah orang jujur, siapapun suka. Semua orang sepakat menyayangi orang yang jujur itu disukai. Sedangkan jika menurut ukuran rupa, penilaian manusia tetap tidak sama. Sebab itu ada pepatah yang mengatakan, ‘beauty in the eye of beholder’.

Rasulullah saw juga telah pernah menegaskan, sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah. Wanita solehah ialah perhiasan rumah-tangga, perhiasan masyarakat dan perhiasan negara. Jika ada ibu yang solehah, anak-anaknya tentu mendapat manfaat. Mereka akan terdidik dengan baik.

Jika ada isteri yang solehah, suami pun akan mendapat manfaat. Para isteri ini akan memudahkan urusan rumah-tangga, menjalinkan hubungan keluargha dengan penuh kasih-sayang dan lain-lain. Tuturkatanya baik, tingkah lakunya baik, senyumannya menawan dan segala-galanya indah… mereka bayangan bidadari syurga di dunia ini.

Kenapa banyak wanita yang memiliki kecantikan tetapi musnah hidupnya? Ada ungkapan yang berbunyi, kemusnahan akan menimpa bilawanita mula merasai dirinya cantik dan mempamirkan kecantikan. Sejauhmana benarnya, wallahua’lam. Tetapi apa yang pasti, menurut Islam jika kecantikan tidak disertai iman yang kuat, maka pemiliknya akan hilang kawalan diri. Akibatnya ramai wanita cantik diperdayakan oleh syaitan untuk menggoda manusia melakukan kemungkaran. Lihatlah di sekeliling kita. Kata orang, bunga yang cantik jarang yang harum! Ini sudah menjadi sesuatu yang lumrah.

Tanpa iman, kecantikan akan dipergunakan ke arah kejahatan dan kemaksiatan, yang akhirnya akan memusnahkan diri pemiliknya dan orang lain. Cuba kita lihat apa yang terjadi kepada bintang filem barat (di sinipun apa kurangnya), ada yang memporak-perandakan negara, rumah-tangga dan berakhir dengan sakit jiwa dan bunuh diri.

Cantik tidak salah, tetapi salah menggunakan kecantikkan itulah yang salah. Kata orang, wanita yang cantik jarang berakhlak. Umpama bunga yang cantik, jarang yang wangi. Tetapi kalau cantik dan berakhlak pula, inilah yang hebat. Umpama cantiknya wanita solehah pada zaman nabi seperti Siti Aishah RA, Atikah binti Zaid dan lain-lain.

Bagaimana mendapat kecantikan sejati? Perlu kita faham kecantikan itu bermula dari dalam ke luar. Bukan sebaliknya. Oleh itu pertama, tanamkan di dalam hati kita iman yang benar-benar kuat berdasarkan ilmu yang tepat dan penghayatan yang tinggi. Iman itu keyakinan, kasih sayang, kemaafan, sangka baik dan reda. Rasa-rasa ini buktikanlah dengan perbuatan yang baik. Bila hati baik, wajah akan sentiasa cantik.

Jadi perkara kedua ialah susulilah iman itu dengan perbuatan yang baik. Ertinya, kita atur kehidupan mengikut syariat atau peraturan Tuhan. Dan apabila iman ditanam, syariat ditegakkan, akan berbuahlah akhlak yang mulia. Wajah, perilaku dan peribadi kita akan nampak cantik sekali. Inilah yang dikatakan kecantikan yang hakiki. Biar buruk rupa, jangan buruk perangai. Apa gunanya mulut yang cantik kalau kita gunakan untuk mengumpat?

Ya, kecantikan akhlak… boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja, oleh yang rupawan mahupun yang hodoh. Itu bukti keadilan Allah yang mencipta wanita dengan berbagai wajah dan rupa… tapi peluangnya untuk “cantik” tetap serupa!


“Ya ALLAH, sebagaimana telah kau perindahkan kejadianku, perindahkanlah jua akhlakku.”

NO PAIN NO GAIN


The motto is an exercise motto by an actress, Jane Fonda who produced series of aerobic exercise videos in 1982. The meaning is clear, no pain no gain. The concept is rather simple, when you exercise, when you feel there is no pain anywhere on your muscles, you know you are not exercising correctly, thus not gaining anything out of it.

Similarly in life, we experience pain, regardless of how we define and see what pain is.
We always want to question ourselves:
when we live our life too easily with no pain coming, are we actually gaining anything with the way we live now?

Why not take the challenge of ‘pain’, suffer temporarily and actually gain something out of it? Of course, we always have the choice ‘to live life easy’ (a great quote for lazy bums), and it’s always fun living in such way. But will we be able to gain as much as living life with a little pain?

Why not take the challenge of ‘pain’, suffer temporarily and actually gain something out of it?

Solat Jemaah

Solat jemaah is a pain (to some).

But why not suffer the ‘pain’ temporarily, go solat jemaat and get 27 times greater reward than solat sorang2.


You’ll never know how this can help you later in the hereafter.

Always keep this in mind, pain is ALWAYS temporary. (Long pain is utter rubbish and mostly related to heart broken love story thing. In this matter, just learn how to forgive and you’ll be fine.) At the end of the day, the gain is way too sweet in comparison to the short pain.
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya…
(al-Baqarah: 286)
Allah tells us to believe Pain is something that we can endure and you must believe in Allah’s words. Always believe. For every suffering/pain we’re facing, at the end of the day, we will eventually GAIN something out of it. Cause as Muslims, we’re no losers. We are always the winner. We just need to work and believe.


An Arabic saying states that "a person who does not stand now will never be able to sit later."

This means that a person who does not work hard in their younger life will never have a relaxed life when they are older.

Everything in life has to be earned and all of us have to pay the "tax" whatever our achievement is.

How to become A Good and Successful Medical Student-Prof Dr Muhaya

Medicine

Being a 5th year medical student, I have gone through hardtimes, sweat and tears. But at the end there will always sweet time :) and happy time also (^_^)

Being me, I always feel that I cannot do and go through the hardtimes but it always turn out to be the other way around. Thanks to my family and friends who always have the confidence in me! All praises to HIM that helping me went trough all this years.

Be patient!

I experienced the feeling of:

"This subject is so difficult, I can't understand!"

Learning about the highest creation of God which is human being, is never easy.

For me, the important thing is never give up!

Even you understand them slowly compared to your other friends, nevermind. The main thing is the knowledge that you acquired.

Regard all the difficulty as challenge and ibadah.

Studying medicine and applying the knowledge into a clinical skill is about helping others. Then tell ourself that.
"If I not study well now, later I will end up being a crappy doctor with minimum knowledge and not confidence in practising the skills."

So the choice is in our hand rite?

Let us have the determination to achieve the best that we can do!

Pray hard. Work hard. Love more and laugh more :)

Notes:
This entry is dedicated to my brother, Hafizi. He sms me just now:
Angah,makin susahla study sekarang ni..eg runsingla takut tak lulus nnt entrance exam ni..dahla result SPM tak tau dpt syarat hok dio nk ko dop..
Angah doakan semoga eg dapat buat yang terbaik. Yang penting jaga solat+doa+usaha. InsyaAllah boleh!

Saturday, January 16, 2010

Fikiran Positif : 100% Positif

Fikiran positif – positif yang 100% betul-betul punya positif

Untuk melakukan yang terbaik dalam hidup, kita kena buat sesuatu dengan sungguh-sungguh walaupun ia sesuatu yang berlainan dari bidang pembelajaran kita ataupun ia sesuatu yang cukup baru buat diri kita. Pada sesetengah orang, sikap berfikiran positif dan bersangka baik mungkin sesuatu yang baru.

Tapi, nak membina hidup yang lebih baik, kita kena sanggup melakukan sesuatu yang tak sanggup dilakukan oleh ramai orang. Kebanyakan daripada kita tak bertahan dengan fikiran positif, puncanya dari diri mereka sendiri.

Sebab? Tak positif betul-betul.

Dr Tuah Iskandar ada kata, bila dah buat sesuatu, buat biar betul-betul supaya kita merasai hasilnya.

So dalam kita membina sikap berfikiran positif untuk kita merubah hidup kita, biar kita berfikiran positif betul-betul, bukan yang sekejap negatif sekejap positif pastu negatif balik.

Tatkala memulakan sesuatu, melihat sesuatu, menonton sesatu atau terjumpa sesuatu, pandanglah ia dari sudut positif – pandang dari sudut yang baik-baik saja.

Friday, January 15, 2010

The best pic of my life:)

Abah dan Iman. 26 Julai 2008.

Iman dan Hafizi. 11 Januari 2009.
(Poksu Joned kat belakang dan anak Kak Na kat dpn)


Tajuk entri adik saya Nabila sebenarnya dalam blognya. Sengaja saya copy dan paste gambar2 tersebut di blog saya sebab blog adik saya private.

Kenapa saya tulis tarikh di sebelah tajuk gambar?

Tarikh tersebut bermakna untuk Bonda dan Ayahanda saya.

26 Julai 2008. Abah genap 50 Tahun. Alhamdulillah. Syukur Abah masih lagi diberi kesihatan dan peluang untuk menikmati hidup oleh-Nya

Kata Abah "Jubli emas!.."

11 Januari 2009. Ma saya genap 50 Tahun. Alhamdulillah, pemegang kunci syurga saya masih diberi kesihatan dan peluang untuk menikmati hidup di bawah rahmah-Nya bersama keluarga tersayang. Alhamdulillah.

Gambar pertama, Abah bersama cucu pertama Iman dalam keluarga. Masa ni lebih kurang 6 bulan umur Iman. Masa ini ada kenduri kesyukuran sedikit di rumah.

Gambar kedua pula, ada kenduri kesyukuran juga bersama keluarga besar Ma saya. Baru tahun lepas dan Iman masa ini sebulan lagi nak sampai setahun. Nampak kan perbezaan Iman dalam gambar tu? hehe.

Kedua2 situasi di atas, saya berada di Malaysia. Berpeluang bersama meraikan dan berkumpul bersama2 keluarga sempena kenduri kesyukuran. Tahun ini tak dapat cuti pada 11 Januari.

Setakat ini dahulu entri dari saya.

Alhamdulillah department neuro sudah selesai.

Bye2 to neurology, say hi to psychiatry and be prepared to end up in forensic:D

Gambar2 kat atas menandakan saya sangat2 rindu kepada orang2 yang dalam gambar dan juga orang2 di Malaysia.

I will be back soon! InsyaAllah.


Nota:
1)Malam ini kerja2 update akan dilakukan.

2)dan juga menyelesaikan perkara2 yang tertangguh.

3)Ya Allah swt, permudahkan semuanya. Amin.

Monday, January 11, 2010

Selamat Hari Lahir!

Abah, Ma dan Iman

Nurul, Haikal dan Hana(dlm perut Ibu lagi masa ni:)


Assamualaikum wbt

11 Januari 2011. Tarikh ini sangat bermakna buat saya kerana tarikh ini adalah hari ulang tahun orang2 yang tersayang saya. Merekalah Ma, Ibu dan sahabat baik saya. Mereka yang memahami saya:)

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-51,
PUAN HAJJAH ROHANA HARON.

Ma saya, sahabat saya dan orang yang paling rapat dengan saya dan paling penting kunci syurga saya masih lagi dengan Ma saya sebelum berpindah kepada orang lain nanti. InsyaAllah.

Hari ini Ma saya dah masuk ke umur 51 tahun. Alhamdulillah diberi peluang untuk terus berada di dunia ini dan masih lagi tak jemu memberi kasih sayang kepada semua 5 orang cahaya mata dan sekarang sudah ada seorang menantu dan juga seorang cucu yang comel:). Terima kasih Ma! Jasa dan pengorbanan Ma saya memang tidak dapat dibalas. Alhamdulillah saya sangat2 bersyukur dikurniakan seorang Ma yang memahami, sentiasa memberi tunjuk ajar dan membantu saya dalam perjalanan hidup saya ini. Angah banyak belajar dari Ma.

Angah minta maaf tahun ini Angah tak dapat cuti masa hari lahir Ma. Sangat rindu semasa kita satu keluarga sambut ulang tahun Ma yang ke -50 tahun lepas. Waktu itu, semua ada dan kenduri kesyukuran yang kita buat walaupun tak sebesar mana, tapi sangat meriah. Alhamdulillah. 2 tahun sebelum ini berpeluang balik ke Malaysia setiap kali hari ulang tahun Ma, tapi kali ini Angah tak dapat balik. InsyaAllah tak lama dah nak balik. Tak sabar nak balik for good(^_^)
Angah doakan Ma dipermudahkan segala urusan sempena tahun baru ini dan mendapat kebahagiaan dunia dan akhirat..InsyaAllah! Tak lama lagi akan bertambah lagi ahli keluarga besar kita:)

SELAMAT HARI LAHIR yang ke-25,
PUAN NURUL HIDAYAH ABDULLAH KHIR.

Nurul ini adalah sahabat baik saya dari kisas. Kami mula kenal sewaktu mula sekelas masa tingkatan 4/3. Masa tu semua kelas muslimat. Nurul awal2 ujian dah dapat 10 A dari 11 matapelajaran yang diambil. Sangat terer buat karangan Bahasa Arab macam dia buat karangan dalam Bahasa Melayu saja. Ayat2 BM Nurul pun memang 'bombastic'. Dulu saya suka tiru ayat2 dia. Maksudnya cuba guna perkataan2 yang dia guna.

Kalau nak cerita pengalaman kami semasa di kisas memang panjang entri ini. Masa naik tingkatan 5 kami masih lagi sekelas, iaitu kelas 5/7. Tapi masa tingkatan 5 Nurul jadi Ketua Pelajar (pengawas) dan saya pelajar2 biasa sahaja. Sebenarnya hampir semua sahabat2 baik saya jadi Ketua Pelajar, termasuk Nurul, Ninie, Intan dan Emi. Saya, Dee dan Hawa jadi pelajar2 biasa saja:) Dalam kelas 5/7, saya dan Nurul adalah deskmate.

Selesai SPM, saya dan Nurul dapat tawaran program fasttrack di UTP, Nurul terima tawaran tersebut dan masuk UTP. Saya memang sudah buat keputusan nak ambil Perubatan waktu itu. Bermula masuk UTP, maka bermulalah perjalanan hidup Nurul bersama Petronas. hehe. Biasiswa Petronas banyak! hehe. Nurul dapat lagi tawaran pergi oversea, Australia untuk buat Engineering.

Dipendekkan cerita sekarang Nurul dah pun bekerja di KLCC dengan jawatan Drilling Engineer. Alhamdulillah. Tarikh 9/9/09 yang lepas dikurniakan seorang cahaya mata, Hana Haikal yang sangat comel (saya belum jumpa live lagi, cuma jumpa masa dlm perut Nurul ja).

Alhamdulillah Nurul dan Haikal sekarang aktif dalam membantu Agama Allah. Alhamdulillah dikurniakan seorang sahabat macam Nurul. Lembut dan baik dalam kata2, jarang dan mungkin tak pernah dengar Nurul marah. Terima kasih Nurul dan Haikal. Semoga bahagia hingga ke syurga. Amin.

Buat Ma saya, Angah sayangkan Ma dan mungkin terlalu berharga jasa2 Ma dan juga Abah selama ini. Angah akan jadi anak yang solehah dan taat perintah Allah swt.

Buat Nurul, sayangkan kamu juga! Tak sabar nak jumpa baby Hana dan kita sembang2 lagi pasal perjalanan hidup kita.

Nota:
1)Minggu ini adalah minggu terakhir untuk Department Neurology. Rabu nanti saya ada ujian Long Case dan Jumaat adalah SOCA(oral test). Doakan saya semoga berjaya!

2)Selamat hari lahir juga buat Amira Fatin, satu batch dengan saya. dan juga Siti Nurhaliza yang mengalunkan Asma' ul husna di blog saya ini:)

Wednesday, January 6, 2010

Adik-adik saya :)

Ini Iman..tak sampai sebulan lagi masa ni..sekarang dah boleh lari dan sebut 3 suku kata:)

Adik saya Nabila bersama anak2 sepupu saya, Afikah dan Nur(tak ingat nama penuh) masa raya di rumah

Ini pula masa majlis perkahwinan Along dan Abg Long, waktu ni masa cuti saya setelah tahun pertama di Bandung

Assalamualaikum wbt

Hari ini seperti biasa saya pulang dari hospital lebih kurang jam 3.30pm. Solat asar dan saya rehat2 sebentar. Rancangan malam ini saya nak telefon Nabila. Sudah berjanji dengan adik saya ini semalam. Saya rehat2 sambil menyelak Majalah Solusi. Best majalah ni-evergreen isi dia. Saya pinjam dari sahabat saya dari Jatinangor, Khairi Fatimah:) Terima kasih.

Setelah habis satu majalah saya lihat YM. Ada adik saya online. Terus saya tegur.

"Baru je angah teringat psl Ila.." saya

"Ila pon.."..adik

"Dah pegi skolah ke?"..saya

"Belum. esok masuk."..adik

Adik saya Nabila sudah mula praktikal di Sg. Petani. Dah praktikal dia. Tak lama lagi adik saya akan selesai pengajian dan konvo. Alhamdulillah. Cepat betul masa berlalu. Baru ja, rasa hantar adik saya ke USM, Penang. Masa tu, Along baru bertunang kalau tak salah saya. Ke belum?:) tapi sekarang sudah nak masuk 2 anak. Cepat masa terbang!

Adik saya Hafizi sekarang berada di Pahang, tengah buat persediaan untuk masuk Universiti. Baru sahaja selesai SPM, tak sempat rehat pun adik lelaki saya yang sorang ini.

"Takpe eg! susah2 dahulu senang kemudian"

Adik saya Najeeha pula baru melangkah ke tingkatan 4 di SMK Hamzah, Machang. 24 Dec yang lepas, iaitu tarikh Pakcik saya Mamak meninggal dunia, keputusan PMR diumumkan. Alhamdulillah adik saya yang bongsu ni dapat 8A 1B. Tahniah dik! 1B tu adalah matapelajaran Bahasa Arab Komunikasi. Semua adik beradik saya ambil Bahasa Arab masa di tingkatan 1-3, tapi hanya saya dan Along sambung ke Bahasa Arab Tinggi semasa SPM. Adik saya akan sekolah di rumah walaupun dapat tawaran ke asrama penuh. Ma dan Abah kata nak ajar di rumah. Lagi pula tiada siapa di rumah kalau adik pun ke asrama. Tinggal Ma dan Abah saja. Adik saya kata, biarlah jadi romantik berdua2 di rumah:)

Cepat betul masa berlalu! Semua sudah besar dan tak lama lagi akan tinggalkan rumah mungkin Nabila dan Najeeha akan ikut suami masing2. Mungkin saya juga nanti, InsyaAllah.Tinggal Hafizi saja lelaki:)

Semoga dipermudahkan semuanya adik2 Angah! Sayang korang semua.


Nota:
1)Saya teringat Kelate setelah tgk gambar Pasar Siti Khadijah di blog Amad Anak Soleh.
Suka dengar lagu Barakallahulakuma by Maher Zain.

2)Rindu adik2 saya dan kakak sulong saya. Along nanti Angah buat entri khas untuk Along and the Gang(Iman dan papa)

3)Entri di blog saya ini akan automatic di post di FB. Jadi boleh baca di sini dan sapa2 yg fren dgn saya di FB pun akan dapat baca. Cuma di FB takda lagu2..

4)Saya tak akan putus asa dan lemah semangat dengan dan walau apa pun yang terjadi.

Monday, January 4, 2010

Muhasabah dan Berubah

Assalamualaikum wbt


Apa khabar semua?

Alhamdulillah saya sihat.

Minta maaf saya baru sempat menulis harini setelah entri terakhir yang saya tulis 'Dia Pergi Tak Kembali'. Ya, saya sedih kerana perginya seorang Pakcik yang sangat saya sayangi dan paling rapat dengan saya. Alhamdulillah, menurut Ma saya, Mamak(panggilan kpd pakcik saya) selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seremban pada jam 2.30pm pada hari yang sama arwah meninggal. Allah swt lebih menyayangi arwah. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan diampunkan semua dosa2 arwah. Amin.


Neurology Department

28 Dec 2009 yang lepas saya masuk Department Neurology(saraf). Rotasi kedua saya untuk tahun klinikal ini. Alhamdulillah setelah selesai Internal Medicine.

Masuk minggu ini sudah minggu kedua saya dalam bahagian saraf ini. Saya cuma ada 3 minggu di rotasi saraf ini. Jadi ini bermaksud minggu depan adalah minggu terakhir dan minggu ujian. Neurologi ataupun saraf tidaklah seberat Internal Medicine ataupun Ilmu Penyakit Dalam.
Kes2 yang perlu dipelajari juga tak sebanyak Ilmu Penyakit Dalam. Nama rotasi klinikal ini pun rotasi minor. Mungkin semasa rotasi yang lepas sedikit sibuk dan memerlukan bacaan yang banyak. Rotasi saraf ini pun banyak memerlukan 'bacaan kembali'. hehe. Sistem neurology adalah semasa tahun ke-2 preklinikal. Lama kan? tapi saya minat Neurology!

I want to get A for neurology! InsyaAllah

:: Mari kita berusaha gigih:)

Malam Tahun Baru

Malam tahun baru yang lepas saya juga tak ketinggalan menyambutnya. Pertama kali saya menyambut malam tahun baru bersama teman Indonesia. Resvi mengajak saya untuk Mabit, di Salman, ITB. Mabit(Malam Bina Iman dan Taqwa). Sambutannya agak berbeza, sempena tahun baru masihi adalah tarikh yang sengaja dipilih mungkin sebagai titik permulaan. Saya nak kongsikan adalah, malam tersebut pertama kali saya tunggu gerhana bulan dan kami(satu masjid) solat sunat gerhana. Lebih kurang jam 1.53am-2.53am waktu di sini. Malam tersebut saya muhasabah diri saya balik. Saya ingin berubah menjadi yang terbaik, anak yang solehah!

Oncall Back to Back

Esoknya adalah Jumaat dan jam 8am saya oncall sehingga jam 5pm.

Oncall pada hari tahun baru dan saya di bahagian neurology, ramai juga pesakit yang datang dengan penurunan kesedaran. Ada juga meningitis dan stroke. Residen yang oncall bersama saya pada hari tersebut sangat baik dan best:) Terima kasih ajarkan saya dan Resvi. Oh ya, saya dan Resvi oncall bersama, jadi mengantuk pun sama2lah juga sebab semalam berjaga bersama.

Sabtu malam saya oncall lagi, saya suka pula ya ber'oncall' ni. Malam sabtu ini saya gantikan Ika sebab dia balik ke Malaysia untuk nikah. Opss..Abang dia yang nikah.. Nak souvenir!:) Tadi tak minta masa kat kelas sebab muka kamu nampak ngantuk dan penat. Selamat Pengantin Baru untuk abg Ika. Lepas ni giliran Ika pula:)

Gembira sebab ini oncall terakhir sehingga forensik mungkin. Psychiatric tiada oncall. Jadi saya boleh gunakan masa yang ada untuk berusaha gigih belajar.

Azam

Azam saya adalah:

Berusaha Gigih. Ringkas dan padat. Sebenarnya ada yang kecil2nya tapi tak perlu saya hebahkan kepada semua, cukuplah dikongsi dengan keluarga dan sahabat2 terdekat sahaja.

Saya nak berusaha gigih! Muhasabah dan Berubah menjadi yang terbaik.

Visi lebih jelas. InsyaAllah semoga tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

Nota:
1)Alhamdulillah..semoga permulaan yang baik, kita teruskan berusaha menjadi lebih baik.

2)Teruskan gigih berusaha buat anak muda yang sekarang ini tengah gigih berusaha untuk exam terakhirnya sebelum melangkah ke alam pekerjaan.

3)Sahabat itu dekat. Keluarga itu dihati. Syukran a'la kulli hal:)


Friday, January 1, 2010

1 Januari 2010

Hari ini sudah masuk tarikh 1 Januari 2010.

Pada hari tahun baru ni, ada beberapa perkara bermanfaat yang patut Anda lakukan supaya Anda dapat mengharungi tahun 2010 dengan jayanya.

Doa saya moga di tahun baru ini Anda beroleh bahagia, beroleh kejayaan serta menikmati bermacam-macam kegembiraan. Jangan terlalu leka dengan cuti di tahun baru, sebaliknya gunakan masa yang ada untuk:

1. Pasang tekad mahu membentuk diri menjadi seorang pemaaf.

Biar kita jadi seorang pemaaf setiap hari, dari pagi hingga ke malam, sepanjang 365 hari kita mengharungi hari-hari yang ada di dalam tahun 2010. Untuk apa kita nak bentuk diri jadi seorang yang pemaaf?

Kita akan jadi makin bersemangat, lantas bertindak dengan penuh semangat. Tiada lagi rasa malas, susah nak bangun pagi atau bertangguh-tangguh.

2. Pasang tekad untuk melatih diri supaya hormat pada semua orang.

Orang yang bermotivasi, dia tak pilih bulu. Sebagai orang Melayu beragama Islam, kita sepatutnya tak pilih orang dalam kita bergaul. Jadilah air dan asap yang mengikut bentuk bekas yang diisi olehnya.

Sesuaikan diri Anda dengan orang yang Anda dampingi. Fahami sikapnya, perangainya dan cari cara cemana untuk Anda serasi dengannya. Hormatilah setiap orang yang Anda kenali, walaupun dia seorang yang berfikiran negatif ataupun panas baran.

3. Pasang tekad untuk mendahulukan orang lain dan jadi orang yang berguna.

Jika Anda sentiasa mendahulukan orang lain, Anda akan terasa ada perubahan berlaku dalam hidup Anda.

Perubahan pertama, Anda akan rasa gembira bahkan semakin gembira sebab anda rajin menolong orang.

Perubahan kedua, Anda semakin optimis dalam mengusahakan sesuatu yang belum pasti khususnya dalam usaha merealisasikan matlamat Anda.

Perubahan ketiga, Anda akan dapat berkawan dengan orang-orang yang berkemahiran tinggi, bos-bos berjawatan tinggi, golongan professional serta orang-orang pemurah ilmu. Orang camnilah yang kita nak cari supaya kita dapat ilmunya, supaya kita tahu cemana nak berjaya dalam apa yang kita usahakan.

Elak untuk mensia-siakan hari cuti di tahun baru dengan berhibur terlalu banyak. Didik diri Anda untuk tidak terlalu selesa dengan situasi santai yang sedia ada.

Saya suggest supaya gunakan masa yang ada untuk membaca buku-buku motivasi atau memikirkan strategi bagaimana untuk berjaya dalam hidup. Jika Anda memilih untuk bersembang-sembang di hari cuti tahun baru, cakapkan perkara yang baik-baik sahaja, elak bercakap keburukan orang lain atau mentertawakan keaiban mereka kerana perbuatan sebegitu bahaya untuk tahap motivasi Anda.

Sumber: iMotivasi