Tuesday, May 25, 2010

✿ Akhlak Bunga Diri ✿


Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua

Akhlak itu bunga diri bagi seseorang Muslim. Akhlak itu mencerminkan kemurniaan HATI dan bila dia pergi ke mana-mana sahaja pasti orang akan suka dan jatuh hati. Akhlak yang baik sebagai penghias diri menyebabkan manusia memandangnya dan menjadikan sumber ikutan . Kemana saja pun dia pergi pasti akan mempunyai teman kerana di wajahnya sentiasa murah dengan senyuman dan diterjemahkan dengan lafaz salam yang sentiasa terbit dibibirnya. Itulah akhlak bunga diri.Harumannya boleh dirasai oleh manusia disekelilingnya.

Nabi Muhammad saw dihantar oleh Allah swt untuk mendidik akhlak manusia daripada sejahat-jahat jahiliyyah kepada kebaikan Islam. Jika kita berakhlak dengan akhlak yang mulia maka kita akan diingati sepanjang hayat oleh manusia. Akhlak yang mulia adalah harga bagi diri seorang muslim. Walaupun dia seorang yang miskin dan jika dia mempunyai akhlak yang mulia maka dia akan dihormati oleh orang lain. Dia menjadi bahan perbualan oleh masyarakat atas kebaikan akhlaknya itu dan lebih dipercayai.

Muslim yang berakhlak mulia menjaga akan tuturkatanya. Setiap baris tutur kata-katanya tidak sedikit pun menyakitkan hati orang yang mendengarnya bahkan orang lain tidak akan merasa bosan mendengar apa yang ingin disampaikannya. Wajahnya sentiasa bersinar dengan senyuman iman dan orang yang melihatnya akan mudah tertarik dan ingin mengikut setiap jejak langkah yang dilaluinya. Itulah harga seorang Muslim yang memiliki akhlak yang terpuji.

Sumber: PROFESIONAL ULAMA'



2 comments:

Unknown said...

terima kasih ats peringatan.sgt bermakna

ummujannah said...

welcome.
boleh klik di link di bawah utk bacaan lagi.

salam perjuangan!