Kesenangan akan datang setelah kesusahan |
Assalamualaikum wbt
5.23 am waktu saya mula menulis entri ini. Hari masih gelap di luar. Subuh sudah berlalu lebih kurang 1 jam yang lalu. Alhamdulillah sempat bangun setengah jam sebelum subuh. Nikmat munajat di tengah malam(walaupun tidak terlalu tengah malam). Sudah lama tidak menulis pada awal pagi. Selalunya pasti tergesa-gesa sebab banyak perkara belum beres. Sebenarnya ada juga yang belum studi lagi, tapi sebagai seorang pelajar memang selamanya tak akan beres untuk belajar.
Hari ini sudah mulai minggu peperiksaan. Sekarang saya di rotasi Penyakit Kulit dan Kelamin. Rotasi minor saya, jadi hanya 3 minggu dan minggu ke -3 adalah minggu evaluasi. Rasa sangat cepat. Sudah tak lama untuk ujian akhir (comprehensive exam). Adoi~
Saya masih pelajar. Rutin seorang pelajar ada ujian dan peperiksaan, memang tak boleh lari. Kalau tak nak semua ini kena tunggu kerja nanti. Haritu sewaktu call Tahirah yang sudah jadi HO dia kata perkara yang best tentang kerja adalah tidak ada exam. Along pun pernah cakap perkara yang sama.
Jadi wahai hatiku sabarlah dan belajarlah dengan bersungguh-sungguh jangan putus asa kerana masa anda akan tiba tak lama lagi. Semangat jangan lari tetaplah dengan saya. Semoga dipermudahkan perjalanan di akhir-akhir ini. InsyaAllah.
Sebagai seorang pelajar, kurang tidur kurang makan(betul ke?) adalah perkara biasa. Jadi jangan mengeluh sangat. Kena berkorban banyak untuk berjaya. Kena usaha sungguh-sungguh supaya tidak menyesal nanti.
Sebagai seorang pelajar dan bukan pelajar juga, doa sangat penting. Salah satu usaha juga tak boleh main-main. Kena berkorban tidur malam dan berusaha untuk banyakkan munajat di tengah malam. Ibadah juga kena jaga sangat-sangat. Ingat! Ilmu itu adalah suci jadi hanya akan diterima oleh hati yang suci juga.
Setakat ini dahulu rasanya. Nota-nota saya sudah panggil untuk dibaca :) Doakan saya berjaya di dunia dan di akhirat. Saya doakan sahabat-sahabat dan juga anda semua juga. InsyaAllah.
**Lagu di blog sekarang adalah, "Akan Ku Jumpa"
2 comments:
em.. memang itulah kehidupan seorang pelajar.. ada tak cara untuk belajar bebas daripada tekanan.. rasa sangat tertekan sekarang..
(~_~//)
Banyak cara utk mengatasi tekanan. Utk bebas 100% mungkin tak ada. Tetapi kita yang boleh control. InsyaAllah salah satu tajuk entri nnt.
p/s: dengan membaca Al-Quran hari akan menjadi tenang.
Post a Comment