Assalamualaikum wbt
Tiba2 teringat kat Along pulak petang2 ni. Sebenarnya kalau masa2 rasa belajar susah mesti teringat dekat Along. Along sangat memahami. Walaupun kadang2 Along tak sempat nak layan juga. Along saya ni rasanya sangatlah lain dengan saya. Bukan sahaja dari segi perwatakan tapi fizikal juga ^_^ Peace Along. Hehe
Ada persamaan antara saya dengan Along iaitu perjalanan sekolah kami. Mungkin tak sama semuanya tapi hampir2 sama sahaja, sebabnya saya memang suka ikut Along ni. Anak kedua kan? Mestilah ikut anak pertama. Selain Ma dan Abah yang sangat berjasa kepada saya, Along pun sama. Huhu. Banyak jasa dia kat saya.
Dari sekolah rendah, masuk sekolah menengah, KISAS,KMNS, KTT, UNPAD sampailah sekarang. Setiap tempat mesti ada cerita punya. Hampir saya ikut perjalanan Along. Along jugalah penyebab saya tak nak masuk KISAS, sebab masa Along kat KISAS, sekolah tu sangatlah buruk tengah under construction. Memang saya tak nak masuk langsung dan waktu lawat Along 'Hari Mawaddah' memang dah kenal dah cikgu2 sebelum masuk. Tak ada hati langsung nak masuk masa tu. Hehe. Nak jadikan cerita saya keluar dari KYSM, masuk sekolah dekat rumah balik dan akhirnya dapat juga KISAS-_- Along juga yang kena lawat masa Along kat KMM. Senior2 Along mesti kenal yang saya adik Nadia.

Masa masuk KMNS, Along dah di UKM masa tu. Terjadi pula satu perkara bila dapat tawaran ke sini. Along memang tak nak bagi habis adik dia sorang ni datang sini. Biasalah masa tu mana glemer datang sini. Huhu. Along siap tanya lecturer dia semua dan Along masa tu suruh saya stop di KL dari Kelantan semata2 nak bincang hal tak nak bagi datang sini. Padahal masa tu nak balik KMNS selepas cuti. Tapi akhirnya datang juga sini=) Cerita yang ni memang tak boleh lupa kan Along-_-
Masa masuk KTT kat Sepang, lagilah suka sangat pergi menyibuk2 kat tempat Along di HUKM. Memang setiap hujung minggu atau cuti mesti pergi duduk dengan Along. Takkan nak balik Kelantan pulak kan masa hujung minggu? Masa tu lah juga jumpa bekas tunang Along. Opss! Abang ipar saya sekarang, Abang Yusri=)
Sampailah saya datang sini, kalau jumpa pun masa saya cuti sahaja. Masa Along kerja kat Penang dulu susah juga jumpa. Oh ya, Penang rumah Abang Long. Sekarang Along dah kerja di Gua Musang. Best! Kalau pandang luar tingkap rumah Along mesti nampak Gua. Nama pun Gua Musang. Jadi siapa2 yang dari KL balik Kelantan ikut Gua Musang bolehlah singgah rumah Along saya. Hehe.
Banyak cerita suka duka, gembira menangis dengan Along ni. Pernah kena marah juga sebab balik rumah tak baca buku. Hahaha. Along ni seorang yang konsisten dalam belajar berbanding saya. Saya kalau cuti, cuti sungguh2. Alasan saya, bukan selalu balik Malaysia kan? Kan. Kan.
Oklah Along. Setakat ini sahaja. Nanti sambung lagi. Oh ini saya kongsikan gambar anak Along.
Sangat rindu: Abang Long dan Abang Ngah=) |
Ini pula gambar terbaru: Along dan Danish Ikram=) |
Nota saya:
- Ada open house di rumah Along esok. Jemput datang=) Bestnya kalau ada kat sana jugak. Huhu.
- Hampir semua sama perjalanan hidup saya dengan Along, kecuali Along nikah umur 23 tahun, masa tahun akhir di universiti, tapi saya dah lewat dah umur 23 tahun. Tak tiru yang ni. Pernah terfikir nak tiru Along juga=)
- Saya sangat sayangkan Along saya! Dia sumber inspirasi saya juga.
- Mari belajar dengan sepenuh hati sebab Along kata kalau dah keje best sebab tak ada exam dah=)
No comments:
Post a Comment