Tuesday, September 7, 2010

Pengakhiran Ramadhan : Hari 28


Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan.

Sudah menghampiri kepada pengakhiran ramadhan kita. Bagaimana amalan kita sepanjang bulan ramadhan? Sama sahaja sebelum ramadhan dan dalam bulan ramadhan? Adakah kedatangan ramadhan tak memberi apa-apa kesan ataupun perbezaan kepada diri kita? Masih sama sahaja aktiviti yang kita lakukan? Selepas kelas berbuka puasa, menonton wayang dan jalan-jalan di mall?

Tak apa jawab dalam hati saja soalan-soalan di atas. Mari sama-sama kita muhasabah.

Time to recharge

Begitulah tertulis dalam gambar di atas. Sudah "recharge" kah kita? Sudah penuh bateri seperti di atas?

Sungguh banyak yang perlu kita lihat balik. Evaluasi dan mari kita gunakan sisa-sisa masa yang masih ada. Kita teruskan pecutan kita ke garisan penamat.




Mari teruskan sisa-sisa yang ada ini dengan banyak dan bersungguh berdoa, solat malam,  tilawah.

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa, fa'fu'anni
Ya Allah sesungguhnya engkau Maha pemberi ampunan yang mulia,suka memberi pengampunan,maka ampunilah diriku ini

No comments: