Assalamualaikum wbt dan Salam Ramadhan kepada semua
Semoga sentiasa berada di bawah rahmat-Nya kepada semua. Alhamdulillah sampai kita kepada hari ke -27 ramadhan. Masih diberi peluang dan kesempatan oleh-Nya untuk terus berada dalam bulan yang mulia ini. Alhamdulillah. Tenang rasanya pagi ni hati. Kenapa ya? Saya selalu berdoa supaya diberikan ketenangan hati dari-Nya. Ketenangan itu milik-Nya. Hanya dia pemilik hati ini yang mempunyai kuasa memberi ketenangan kepada kita sebagai hamba-Nya.
Harini saya masih belum bercuti. Masih harus ke rumah sakit (hospital) seperti biasa. Berat juga apabila mendengar teman-teman lain sudah mula bercuti dan berada di kampung halaman tercinta. Ini tanggungjawab yang masih belum selesai. InsyaAllah mari luruskan niat dan jangan bazirkan sisa-sisa masa di sini, bumi walisongo yang jauh di seberang.
Sedikit sahaja lagi waktu yang ada dalam bulan yang mulia ini. Tinggal beberapa hari saja lagi. Sedih juga kan ramadhan bakal meninggalkan kita.
Bagaimana tarbiah kita di madrasah ramadhan?
**Nota Iman Aisyah:
- Sekadar coretan di pagi hari sebagai peringatan diri. Sekarang sudah nak dekat jam 5.30am di sini. Harus bersiap untuk ward round sebentar lagi.
- InsyaAllah bekerja kerana Allah SWT kerana ingin mendapatkan ilmu dan menolong orang.
- Dr Iman Aisyah mahu berpagi-pagi=)
No comments:
Post a Comment