Assalamualaikum wbt dan Salam akhir Ramadhan
Alhamdulillah harini sudah mula bercuti. Sebelum ini ada khabar angin yang mengatakan cuti hanya akan bermula pada 9 hb iaitu esok maksudnya esok masih kena ke rumah sakit. Alhamdulillah harini hari terakhir ke rumah sakit sebelum lebaran, itupun sebentar sahaja. Faham betul Dr Hadi, doktor spesialist pembimbing group saya yang tidak mahu mengadakan diskusi kasus pada hari ini. Katanya " Semua udah pada mood lebaran, bersenang2 aja ya" Saya dengan senang hati sebab mengantuk oncall semalam pun pulang ke rumah:)
Semalam saya oncall di wad bersalin. Alhamdulillah tidak ramai ibu-ibu yang bersalin. Proses bersalin seorang ibu semalam sungguh cepat dan mudah. Berlaku sungguh pantas dan luka pada jalan lahirnya tidak perlu disulam. Ajaib kan?
Ainur Syahidza - semua patient yg delivery mlm tadi senang je baby nk keluar..sampai ada yg tak sempat nk tolong, dah terkeluar sendiri..apakah itu petanda yg malam tadi = malam yg lebih baik dari 1000 bulan?
Di atas adalah petikan status di FB dari seorang kakak senior yang sedang bertugas di Rumah Sakit Cianjur. Magang (praktikal) di sana.
Harini hanya ada morning report untuk kes-kes semalam. Disambung dengan kuliah dari Prof Herman tentang Cancer dan pertemuan dengan Dr Hadi (sama macam nama ayah saya kan?) untuk mengucapkan selamat hari raya dam mohon maaf lahir batin.
Itu sahaja buat hari ini.
Ramadhan hari ke 29.
**Nota saya:
- Menu berbuka : Nasi padang dengan lauk kegemaran yang dibeli di kedai kegemaran:)
- Malam ni tak perlu belajar, kita speed tilawah dan kencangkan doa banyak-banyak dalam solat yang bersungguh-sungguh sepenuh hati.
- Bibikku sudah mula bercuti dari sabtu lepas lagi, jadi nampak gaya semua kerja-kerja sila dilakukan sendiri ye. Kemas semua!
No comments:
Post a Comment