Monday, September 13, 2010

Kembali Ke Sekolah

Assalamualaikum wbt

Harini dah kena kembali ke sekolah. Sejak bila masih sekolah lagi ni. Translate ayat ni sebenarnya, "Back to school of medicine". Patutnya kena ada sekolah perubatan. Tapi tak apalah kelihatan sedikit poyo sahaja. Sebenarnya saya masih bercuti sampai hari selasa, jadinya rabu baru masuk. Lama jugalah cuti jika nak dibandingkan dengan tiada cuti.

Sudah cukup beraya sakan pada hari raya pertama dan kedua. Semalam saya di rumah saja. Harini pula hari untuk belajar sampailah exam. Saya exam final OBGYN pada tanggal 20 September, Isnin depan nanti. Kira2 dalam seminggu saja lagi. Bila dihitung2 takutlah pula nak exam=)

Saya akan pulun betul2 ni ulangkaji dalam masa yang ada sebabnya markah ujian MCQ haritu agak tidak membantu. Mereka kata markah tersebut menyumbang 15% dari keseluruhan. Walau apapun saya tetap kena bersungguh2.

Oklah. Tak boleh sambung panjang lagi. Nak panjang2 baca entri kat bawah ni=) Saya tulis entri ni sambil breakfast. Hehe. Biasalah multi-tasking sungguh kan? Saya kagum dengan orang yang boleh multi-tasking ni, bukan sayalah ya. Kalau setakat minum dan makan biskut sambil tulis blog semua orang pun boleh buat kan. 

Sehingga bertemu lagi kawan2. Doakan saya ya! Semoga lulus dengan baik untuk OBGYN ini. Tinggal satu sahaja lagi department major iaitu Surgery.


“Kullu ‘am, wa antum bi khair”
Semoga sepanjang tahun ini, kamu berada dalam kebaikan 

3 comments:

rattrapt11 said...

salam tasha...
sedapnya makan agar2 nenas ni pagi2 gini..
nak???
buat teman study awk
:P

rattrapt11 said...

bgus la stil bersemangat nk bersekolah...sy ni smgat raya pn xder...arini nk cari balik...ahaha
tp iA open house bkn menu raya...tp menu special pnya..
:D
niway iA nnti obgyn iA mudah..pejam mata je...pastu tido :P
niway gudluck dlm exam nnti..
iA dimudahkan allah
robbuna najahna kullu bil mumtaz iA..

Iman Aisyah said...

Salam,

Alhamdulillah masih bersemangat:)

Syukran kathir! Amin.