Saturday, September 25, 2010

PART 2 : JANJI TINGGAL JANJI

Assalamualaikum wbt

Seorang rakan Indonesia dalam kelompok sewaktu saya dalam Kuliah Kerja Nyata(KKN) masa tahun ke 4 dahulu pernah mengeluarkan ayat ini pada suatu hari sewaktu kami berkumpul untuk berdiskusi,

Dalam dunia ini ada 3 benda yang paling banyak : yang pertama adalah bintang di langit, yang kedua air di lautan dan yang ketiga adalah ALASAN.

Ada betulnya apa yang dia sampaikan itu. Kan? Dari pengalaman saya sendiri pun macam2 alasan saya sudah dengar malah diterima dari orang lain. Entah2 saya pun pernah bagi alasan yang tak menyenangkan untuk orang kan? 

Sebenarnya entri ini adalah sambungan dari entri JANJI TINGGAL JANJI yang saya pernah tulis sebelum ini. Oh mengenai janji itu saya sangat cuba menjaga janji andai saya sudah berjanji. Pernah saya berjanji kepada Iman yang kalau dia tak nak ikut adik Hafizi ke kedai nanti Hafizi beli "Aiyem" (Aiskrim). Iman tertidur dan apabila bangun mungkin dia dah terlupa tentang "Aiyem" tadi. Tapi sebab dah janji kena beli juga. Cerita contoh yang kecil. Mungkin ada yang kata, perkara kecik sahaja.

Contoh Janji

Nur berjanji kepada seorang kawan yang tidak pulang ke kampung halaman pada hari lebaran yang nanti apabila pulang dia akan bawa rendang dan makan bersama-sama kawannya. Tapi pada hari yang ditunggu Nur diam juga. Kawannya yang memang menantikan Nur membawa pulang rendang tidak juga mengajaknya. Diam sahaja. Kawan Nur kecewa. Sedih. Kawan Nur cuba berfikir positif mungkin Nur tidak membawa pulang rendang tersebut. Tapi melihat kepada status di laman sosial Nur. Nur seperti memberitahu semua orang yang dia sedang makan rendang. Jauh hati kawan Nur. Kawan Nur cuba berfikiran positif lagi. Mungkin Nur lupa. Kawan Nur lupakan juga hal tersebut. Kawan menghantar mesej kepada Nur, Nur tidak membalas sehinggalah keesokkannya setelah kawan Nur menghantar mesej yang sama untuk kali ke 2. Entah kenapa. Kawan Nur jauh hati lagi dengan sikap Nur yang selama ini dianggap kawan baiknya.

Pengajaran. Sahabat yang baik adalah seorang sahabat yang sentiasa ada bersama sahabatnya ketika susah dan juga senang. Anda bagaimana?

Nota saya:
  • Gembira sebab jiran sebelah rumah di Jatinangor dulu dah sama2 datang Bandung. Sama2 klinikal. Sangat gembira dan selepas ni bolehlah saya ke rumah sahabat baik saya tersebut mendengar cerita2 bermanfaat dari dia. Semalam dia tidur di rumah saya dan  banyak update kami bercerita. Terima kasih sahabat KFMJ=)
  • Ambillah apa2 yang bermanfaat dari tulisan saya kalau yang tidak baik buang jauh2 ya.

2 comments:

sinar_islami said...

=) terasa juga kalau kawan buat cmtu..huhu

=) rancak akak update...hehe...btw mcm kenal je jiran tu..rapat ye...mga Allah berkati ukhwh kalian...

ummujannah said...

Sha:

Hehe. Entah akak terasa sangat masa tu. Tapi sekarang dah ok sebab ramai lagi kawan lain yang baik2 macam awak=)

Hehe. Sebab dah abeh exam dan laju pulak idea ni nak update. Bulan September ni bulan paling banyak update blog. Hehe. Awak kenal die! Die pun kenal awak, mak awak, dan juga ayah awak. A ah rapat kadang2 rasa macam die kakak. Teman menangis dan suka duka. Banyak tau pasal MATRI dari dia lah KFMJ=) Amin Amin!