Thursday, September 30, 2010

MINOR THESIS : TAJUK ?

Assalamualaikum wbt dan salam ceria semua.

Harini saya nak kongsikan tentang bagaimana sebelum kita mula buat thesis kita memilih tajuk yang sesuai dan semoga thesis kita berjalan dengan lancar dan baik hendaknya dan berjaya mendapat A=)

Pertama sekali untuk pilih tajuk yang sesuai kita perlu fikirkan beberapa perkara sebabnya kalau sudah kita submit tajuk kita ke bahagian sekretariat susah juga nak tukar, kena bersurat-surat. Tak bestkan nak hantar-hantar surat dan berurusan macam ni? Jadi tips dia kita doa banyak2 semoga tajuk yang kita pilih sangat kena dengan hati kita.

Perkara-perkara yang perlu difikirkan sebelum pilih tajuk:

Department 

Kalau saya dulu sebelum saya pilih tajuk, saya pilih department mana yang saya nak bekerja nanti. Selalunya ada 2 department dan nanti akan ada 2 orang doktor pembimbing yang berbeza. Kriteria pemilihan department bagi saya dahulu adalah department yang ada di Jatinangor sahaja, sebabnya nanti mudah saya nak bekerja dan berulang-alik dan sentiasa berjumpa doktor untuk buat konsultasi. Banyak department yang ada di RSHS. Tapi kalau di Jatinangor tak banyak sangat, contohnya: Biochemistry, Microbiology, Physiology, Pathology dan Pharmacology ( ada lagi tak? kalau ada tolong tambahkan ya?)

Kenapa saya pilih department di Jatinangor? Selain faktor masa, kos dan kesenangan bekerja adalah kadang-kadang tak perlu nak buat temujanji dengan doktor sudah dapat bertemu waktu doktor tengah ajar masa lab. Masa tu bolehlah nak konsultasi mengenai macam-macam perkara. Hehe. Sebabnya kita masih ada kelas yang perlu kita pergi dan tugas belajar yang perlu kita buat ditambah pula dengan thesis yang kita buat. Sudah banyak tugasan kita kan? Tapi tergantung kepada individu ada yang sanggup memikul tanggungjawab dan sanggup berulang-alik dari Jatinangor  ke Bandung. Oh lupa, saya juga ke Bandung tapi itu pun waktu akhir-akhir untuk revisi thesis yang dah siap dan kadang-kadang bertemu doktor yang ada di Bandung, tapi kerja-kerja thesis saya semuanya di Jatinangor.

Minat

Pilihlah tajuk yang kita minat dan mungkin kalau tak minat sangat pun paling kurang ada rasa suka sedikit. Jangan pilih tajuk ikut orang kata. Bertanya pendapat kawan-kawan boleh tapi jangan ikut kawan-kawan. Sebabnya yang akan bersengkang mata dan tak tidur malam adalah kita nanti. Boleh mula baca artikel dan journal yang berkenaan tajuk yang kita nak pilih. 

Saya dahulu department microbiology dah tolak awal-awal sebab tak berapa nak minat microscope(selalu tak dapat nak tengok dengan betul). Jadi ada biochemistry, saya minat chemistry dari zaman sekolah. Jadi dah dapat satu department yang saya minat, department yang satu lagi tu dapat tanpa disangka, tapi saya minat juga lah pharmacology, kalau tak minat kena tukar kerjaya lah jawabnya=) Sebenarnya kalau tak silap dulu minta department nutrition(ada kan? dah lupa dah) tapi dah tak ada jodoh tak dapat. Jadi department yang pertama dan utama adalah biochemistry. Selepas tu barulah membuat keputusan nak pilih siapa jadi pembimbing (yang ini pun tak kurang penting)

*saya sambung nanti, panjang dan banyak yang nak dikongsi. Kena siap2 nak pergi Rumah Sakit Mata, Cicendo.

*Nota saya: 
Badihah dan Aiman maaf banyak2 akak tak dapat nak chat dan mesej tepat waktu mengenai thesis. InsyaAllah akak akan bantu semampu yang boleh. Akak akan balas juga sms2 pertanyaan awak2 walaupun lambat=) Mesej ja di FB dan sms ya? Dulu pun banyak senior bantu, terima kasih senior yang sekarang sudah jadi HO pun. Banyak jasa dia dan layan saja saya yang banyak tanya mengenai thesis.

2 comments:

faiq zaini said...

shukran for info..
:)

Iman Aisyah said...

'Afwan:)

Eh di sana kena buat thesis juga ya? Ingat di sini saja.