Assalamualaikum wbt dan Salam Ceria di pagi hari.
Saya harini nak bercerita sedikit mengenai sambutan Hari Raya di sini. Sebab dah ada gambar jadi sambil tengok gambar mungkin lagi seronok. Saya kongsikan sedikit sahaja gambar di blog. Selebihnya di FB.
Pada pagi Hari Raya, saya dan kawan2 serumah awal pagi harus bersiap2 ke tempat solat sunat Aidilfitri. Nanti kalau lambat tak sempat pula nak bersolat berjemaah di masjid. Di sini solat Aidilfitri di mulai jam 6.30 am lagi. Para jemaah sudah mula berkumpul di lapangan tempat solat dari jam 6am lagi mungkin. Buat pertama kali saya dan kawan2 solat di lapangan terbuka, berhamparkan tanah dan beratapkan langit yang cerah. Alhamdulillah tidak hujan di pagi hari. Selesai solat 2 rakaat, Imam menyampaikan amanat di pagi raya. Bersyukur bahasa mudah difahami. Selesai solat dan bersalaman terus pulang ke rumah untuk bersiap2. Ada rumah terbuka yang perlu dihadiri. Rumah Madya dan keluarga. Jadi mari kita lihat gambar2 di semasa rumah terbuka.
|
Bersama Puan Madya dan kawan2 |
|
Bersama kakak2 koas yang disayangi. Perasaan tak semua purple kecuali Kak Ainur? |
|
Bersama housemates yang tak pulang, Siti dan Nadia. Tiga2 ore Kelate ni=) |
|
Bersama Ily, geng purple juga! Ini pula ore Teganu=) |
Itu saja gambar dan update pada hari raya pertama. Alhamdulillah walaupun jauh dari keluarga tercinta tapi gembira dan tetap menyambut hari raya beramai2. Terima kasih kawan2 semua!
Hari Raya ke-2 pula acara masak2 dan rumah terbuka kecil2 di rumah saya=)
No comments:
Post a Comment