Assalamualaikum wbt
Saya nak tulis pasal harini sebab nanti kalau saya penat atau rasa macam nak "pengsan" lagi saya boleh baca tulisan saya ini dan boleh buat bersemangat waja kembali. Banyak kemanisan setelah pahit yang kita dapat kalau kita banyak bersabar. Sabar itu manis, kalau kita berserah kepada-Nya. Ok. Kembali kepada cerita harini.
Saya keluar ke rumah sangat awal harini, jam 6.05 am. Awal kan? Semangat betul sebab tak nak lewat sampai di Rumah Sakit Mata Cicendo. Oh ya sekarang saya baru sahaja masuk Department Ilmu Kesehatan Mata ataupun Ophthalmology. Rumah Sakit Mata Cicendo jauh sedikit dari Rumah Sakit Hassan Sadikin(RSHS). Jadi kena naik angkutan kota(angkut). Harini hari pertama saya di sana jadi kena bagi "good impression". Entah tak tahu kat siapa nak bagi "good impression", tapi sebenarnya supaya tidak kelam kabut. Saya ke sana dengan adik-adik 2006 yang baru masuk, Tahirah, Aminah dan Intan. Perjalanan ke sana sekejap saja sebenarnya 15 minit dah boleh sampai. Awal sampai, 6.35 am dah sampai. Kami fingerprint untuk absensi dan lepas tu duduk di ruang koass sambil2 tunggu Konsulen datang.
Sesi pengenalan oleh 3 orang Konsulen mula lebih kurang jam 9.30am selesai dalam jam 11 am lebih. Lepas tu ada Hospital Tour, iaitu jalan2 keliling Rumah Sakit Mata tersebut. Besar ya! Ingatkan kecik saja. Nampak canggih dibandingkan dengan RSHS. Rupa2nya RS Mata tersebut adalah Rumah Sakit Mata satu2nya di Indonesia ni. Bangga sekejap dapat belajar kat sini dan jumpa dengan Konsulen2 yang semestinya power tentang Mata. Selepas Hospital Tour ada lecture sampailah jam 12 lebih. Rehat solat dan sambung lagi dengan lecture dari residen atau LO ( saya tak tahu singkatan dari apa, esok saya tanya ya=) 2 orang residen yang bagi lecture, mulai jam 2.30-3.30pm lebih. Disambung lagi sampailah dekat2 jam 5 pm lebih2. Tajuk lecture yang last tu memang dah tak berapa nak masuk dah sebab lecture Anatomi Mata tu sebenarnya ulangan dari lecture dari Konsulen tadi. 2 kali lecture Anatomi mata tu, kalau tak power lagi tak tau lah. Huhu.
Tamat lecture tadi maka baru tamat hari pertama di bahagian Mata. Sudah hendak masuk maghrib. Di sini lebih kurang jam 5.50 pm dah masuk maghrib. Nasib baik waktu break sekejap sambil tunggu residen datang Resvi ajak saya solat asar sama2. Kalau tak mesti kena berkejar2 nak solat. Saya balik dengan kereta Bayu, bersama Resvi. Alhamdulillah dapat naik Honda City lagi. Jangan main2 student2 kat sini memang pakai kereta mengalahkan orang2 yang dah kerja doktor kat Malaysia(cerita lain kali ya pasal ni). Kurang sedikit penat sebab tak perlu naik angkut untuk pulang. Hari pun dah makin gelap. Rasa penat juga macam nak pengsan, saya memang suka lebih2 padahal takpun=D
Dah janji dengan K. Fatimah nak ambil buku2 Mata. Rasa tak larat saja nak jalan, hati dah berbelah2 bagi nak pergi. Belum solat maghrib lagi. Resvi ajak teman dia makan Nasi Padang, teman dia berbuka puasa. Saya ikut walaupun rasa nak balik tidur saja. Selesai makan terus rasa tak penat! Rupa2nya penat sebab tak makan =D Saya berjalan ke rumah K. Fatimah dekat sahaja dengan RSHS. Tak tahu lagi rumah dia sebenarnya sebab dia baru pindah datang Bandung. Nasib baik jumpa. Masuk rumah terus K.Fatimah ajak solat maghrib jemaah. Lepas tu duduk2 dan makan2 kuih kacang gelak2 tengok status FB kawan2 K.Fatimah yang buat2 lawak. Tak sedar dengar azan. Azan isyak masuk jam 7 pm ya kawan2 dekat sini. K.Fatimah ajak solat jemaah isyak lagi sebelum bagi saya balik. Selepas solat semua dan nak siap2 balik, dah tak rasa penat dan dah hilang rasa nak "pengsan" saya tadi. Tenang hati dan gembira pulak sebab harini sibuk tapi best sebab solat jemaah sama2 dan gilir2 jadi imam walaupun biasalah tolak-menolak akan berlaku=D
Tiba2 dan tak pasal2 rindu kat suasana biah solehah kat sebuah sekolah kat Klang dulu. Setiap waktu kena solat jemaah, setiap masa ada peringatan, melihat perkara2 baik dan bersama2 dengan orang2 baik membuatkan hati tenang dan rasa tenang sangat, nak belajar pun memang senang sangat masuk.
Saya masih lagi bersyukur kerana Allah swt sentiasa bagi saya tak berpisah dengan sahabat2 dari sekolah yang sama2 kat Klang dulu. Mereka masih ada di sekeliling saya walaupun ada juga yang jauh.
Itu sahaja harini. Kesimpulan dan pengajaran buatlah sendiri, saya nak berehat dah. Cukup buat harini. Esok kita bangun awal ya.
Nota:
- Time2 rasa "hard time" best dengar lagu "Always be there" ni=)
- Entri kat atas campur2 perkataan Indonesia dan macam tak tersusun ayat2 dia. Minta maaf ya kawan2.
No comments:
Post a Comment