Assalamualaikum wbt
Harini waktu saya melihat2 di News Feed di FB, ada satu notes yang dikongsi oleh salah seorang kawan yang menarik perhatian saya. Judul tersebut adalah "Nukilan buat anak-anak bergelar pelajar perubatan (dan ibubapa mereka juga)". Saya klik dan baca sampai ke bawah. Paling bawah dari tulisan tersebut tertulis "Dr Har". Saya baca balik dari awal, dari pengalaman yang diceritakan saya rasa ini adalah Prof Madya Dr Harlina Halizah Hj Siraj. Tak sangka Prof Madya Dr Harlina ada blog juga. Seperti biasa saya kenal Dr Har dari kakak saya yang pernah belajar di HUKM. Pernah mendengar ceramah beliau di TV. Jom baca hasil nukilan beliau yang saya salin dari blog beliau. Tulisan beliau membuatkan saya menjadi sangat bersemangat untuk menghabiskan tahun akhir ini dengan cemerlang. Semoga saya dan kawan2 yang lain dipermudahkan dan diberkati usaha kami.
Salam Syawal,
Khusus buat:
Khusus buat:
- Anak-anak yang bergelar pelajar perubatan ( di mana jua anda berada)
- Ibu dan ayah kepada anak-anak di atas
Anak-anakku,
Kalian sebenarnya bertuah dipilih Allah SWT mempelajari satu bidang yang amat besar faedah dan manfaatnya buat manusia dan dunia. Apapun yang mendorong kalian membuat keputusan menjadikan bidang ini pilihan, kalian sudah sampai di sini! Betapa ramai rakan kalian yang mengidamkan kerusi yang kalian duduki sekarang ini.
Harapnya, dorongan itu bukanlah semata-mata mahu mencuba nasib, memenuhi hajat dan hasrat kedua ibu bapa dan keluarga yang mahu seorang bergelar `Doktor’ dalam salasilah keturunan, ataupun ingin sentiasa bersama dgn rakan karib lain yang kebetulan juga mendapat tawaran yang sama!
Melihat betapa berlumba-lumba kalian merebut tempat di sekolah perubatan, rasanya seperti ada kempen ` Satu Keluarga Seorang Doktor’ lagaknya.
Jangan kalian terkejut nanti – dengan realiti pengorbanan yang mesti kalian lalui. Perubatan adalah satu lapangan yang perlukan komitmen pembelajaran sepanjang hayat. Kalian sendiri yang perlu mencetus keghairahan mahu menuntut ilmu, bukannya hanya berharap dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga pendidik yang menunjuk ajar. Kalian akan mulai mendengar perkataan ` self-directed learning- SDL’, student-centred education, life-long learning, community-based learning, inter-professional learning dll.

Pengajar kalian bukan hanya
professor dan pensyarah perubatan, malahan yang bergelar pesakit itulah
yang paling banyak mengajar dan memberi tunjuk ajar. Para jururawat
adalah mentor yang paling berpengalaman dan perlu diberi penghormatan.
Yang paling utama, akhlak kalian – menjadi pembeza utama antara pengamal perubatan yang mulia dan doktor yang angkuh. Bertuahlah bagi kalian yang sememangnya sudah berbekal dgn didikan sempurna, penuh budi bahasa, tata tertib dan sopan santun yang tinggi semenjak dari rumah lagi. Malanglah kalian yang serba kekurangan dalam aspek ini, sekalipun kalian begitu cerdas mengumpul deretan `A+’ dalam transkrip keputusan peperiksaan saban semester.
Untuk para ibu dan ayah kepada anak-anak yang bergelar pelajar perubatan,
Mohon dipastikan kalian sudah menyediakan anak-anak kalian dengan baik dan sempurna – terutamanya dalam aspek rohaniah dan akhlaqiah mereka. Mereka akan menjadi doktor perubatan – bukan calang-calang profesyen! Pastikan mereka menjadi pengamal perubatan yang tawadhuk dan sentiasa berhubung erat dengn Rabb.. Selitkan doa yang tidak pernah kunjung padam setiap masa dan ketika, moga Allah SWT memberi bimbinganNya buat anak-anak ini.
Sekiranya kalianlah menjadi SEBAB utama anak-anak berada di sekolah perubatan hari ini, sedangkan itu bukan keinginan dan minat mereka sendiri, bersedialah untuk meminta maaf kepada mereka – terutamanya jika mereka akan berhadapan dgn kesukaran dan keperitan memenuhi hajat dan cita-cita kalian itu. Sokong dan dokonglah mereka sehingga ke akhir nanti – kerana cubaan dan dugaan yang perlu anak-anak ini hadapi bukanlah setakat semasa dalam latihan sahaja, malahan yang lebih mencabar adalah ketika terpikul di bahu mereka tanggungjawab dan amanah yang berat apabila bergelar doktor nanti!
InsyaAllah, kalian akan sentiasa dilindungi Allah SWT dari segala bencana selagi mana penggantungan hanyalah kepada Allah semata-mata.
Dr.Har

Motivasi : Dr. Natasha Hj A. Hadi. Insya Allah. Doakan saya sampai ke penghujung garisan=)
No comments:
Post a Comment