Assalamualaikum wbt
Chewahh! Bukan main lagi ye tajuk saya ni. Sebenarnya ambil tajuk dari salah satu entri orang dekat. Sejak semalam lagi saya ada hobi baru iaitu baca blog orang. Aikss, bukan dah lama ke suka baca? Tapi bukan entri baru tapi entri lama mereka. Hehe. Bukan blog semua orang pun tapi blog 2 orang sahaja. Nak tau ke? Tak usahlah nanti marah pula pemilik blog. Salah satu blog tersebut adalah blog orang dekat. Orang dekat ni kawan baik saya sebab dia sekarang akan update semua cerita dia kepada saya. Oh kawan baik sebab update cerita saja ke? Eh, taklah kawan saya ni memang baik, kenal sejak dulu lagi. Pernah satu kelas dan satu dorm. Daripada semua itu yang paling penting dia sekarang tengah bahagia dengan permulaan baru.
Oklah berbalik kepada tajuk kat atas, sebenarnya semalam saya tidur dengan perasaan sebak dan berlaku sedikit kesedihan. Sedikit sahaja ya dan harini dah senyum lebar dah=) Kenapa sebak semalam? Huhu. Tak lain dan tak bukan apabila timbul isu tersebut dengan Ma saya. Isu apa lagi kalau bukan isu tersebut. Mulalah saya nak ber "air mata" tak tentu pasal. Entah saya pun tak tahu kenapa apabila timbul isu tersebut dan orang yang menimbulkannya adalah keluarga saya, jadi mudah nak jatuh air mata. Dengan kawan2 ke tak ada lah pulak. Ermm, jadi isu apa tu Cik Tasha? Hehe. Tak jadilah nak cakap. Nanti kalau rasa nak cakap next entri lah.
Oklah alang2 saya dah pinjam tajuk orang dekat ni. Izinkan saya pinjam ayat dia yang sememangnya best. Saya suka pula dengan ayat dia panjang lebar.(belum cakap lagi kat orang dekat ni nak pinjam ayat2 dia=)
Ok, mari baca apa yang pernah dicoretkan Cik SS/orang dekat(tulisan warna merah dan biru):
“Asal kapas jadi benang
Benang dipintal dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak orang lain”
Benang dipintal dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
Sudah menjadi hak orang lain”
Pernah dengar lagu ini? Sangat mengalun
jiwa. Rugi siapa yang tidak tahu. Saya suka betul lagu ini. Sudahlah
pantun dinyanyi-nyanyikan. Dendangannya pula sungguh merdu. Memang
terbaik!
Apa kaitannya lagu ini dengan entri ini?
Tiada apapun. Saya cuma hendak kata kepada diri saya dan kawan-kawan
semua, janganlah kita terkurung dan mengurung diri kita dalam lipatan
sejarah. Apa yang sudah lepas, kita lepaskan. Memang bukan rezeki kita
untuk memiliki sesuatu itu, kan. Mesti ada hikmah mengapa kita terpilih
untuk berhadapan dengan kehilangan.
Jawapannya, kerana Allah hendak menggantikan yang hilang itu dengan sesuatu yang lebih baik.
Logiknya, pernah tak kita kehilangan
sesuatu, kasut misalnya, yang dikebas orang. Tak terjejak lagi ke mana
perginya kasut itu. Kita menangis selaut air mata darah sekalipun,
takkan kita temui semula kasut itu, kan? Jadi adalah lebih baik kita
meredhakan kehilangan itu. Pergi kedai kasut, beli sepasang yang baru.
Mungkin tidak semahal, secantik mahupun berkualiti seperti yang hilang
itu. Tapi pasti ada hikmahnya.
Akhirnya, kita berkasut semula. Bukankah
ini jauh lebih baik daripada tidak berkasut? Kita menjadi lebih
menghargai apa yang kita ada walaupun dalam serba sederhana. Dan lama
kelamaan, kita sedar bahawa kisah kasut yang hilang itu adalah platform
untuk kita mendapat sepasang kasut baru.
Dapat kasut baru, tidak gembirakah kita?
Pastilah gembira, bukan? Paling kurang, kita ada satu kehidupan yang
baru dengan kasut yang serba sederhana itu. Kehidupan dengan kasut
itulah yang menggerakkan kita untuk meneruskan perjalanan ke hadapan.
Ada hikmahnya. Itu pasti. Benang yang
sudah dipintal menjadi kain pun sudah tidak boleh kita undurkan untuk
mendapatkan kapas kembali. Dicarik, koyak. Dibakar, hangus. Jadi,
biarkan yang hilang itu hilang. Hargai apa yang ada seadanya. Sebelum ia
juga turut hilang. Dan kita merana sekali lagi kerananya.
Buat orang dekat, tadi lepas Dhuha saya doa untuk awak semoga dipermudahkan semuanya dan sambil doa sambil kesat2 mata, sebab teringat kata2 Ma semalam dan teringat semua adik-beradik. Rasanya saya dah kena fikir mengenai perkara ini seserius mungkin. Buat masa terdekat saya doa banyak2 sahaja.
Tiba2 teringat pula soalan yang tanpa bertapis lagi orang dekat tanya saya, dan juga drama2 di FB dan gosip2 liar tersebut. Dalam salah satu mesej ada unsur2 promosi di situ. Lucu lucu bila dikenang balik. Tapi boleh pulak saya kata kalau dia datang meminang bolehlah terima, terus orang dekat kata, "Eh betul tuh dia memang baik". *Mimpi dan berangan saja dia nak datang (-__-) Tapi tak salah kan bermimpi. Ehehehe=)
Nota: Banyak pula tulis entri harini. Harini hari baca blog dan hari tulis blog secara pukal ya=)
2 comments:
Salam Tasha. Oh. Ayat ni ke! Erm. Lain macam sungguh entri kali ni. Ada yang saya missed ye? Learn to let go. Many happiness will return to you insya Allah =)
Salam Sarah. Ha'ah entri nilah. Tapi kan ada satu ayat yang "Sepatutnya 9 September 2009 saya dah jadi...."hehe. Saya tak amiklah yang tu. Ermm..Lain juga. Dah let go everything, tengah tunggu sesuatu yang baru ni=) Tadi masa baca balik entri awak yang tu macam best ayat tersebut jadi nak kongsi dan nanti boleh baca lagi.
InsyaAllah nanti kita ber'email' panjang lagi ya.
Post a Comment