Monday, September 13, 2010

JANJI TINGGAL JANJI

Assalamualaikum wbt

Jangan berJANJI kalau rasa tak dapat nak tepati!

Beberapa hari lepas ada seseorang berjanji sesuatu dengan saya, dan saya percaya dengan janjinya mengenangkan dia adalah orang yang dikenali, kawan. Tiba pada hari tersebut, saya tunggu. Dia diam dan senyap sahaja. Saya sangka dia belum pulang, tapi sudah. Saya sangka dia lupa tapi lihat di status laman sosial ada. Siap membuat status lagi. Mungkin dia lupa yang dia pernah memberitahu saya sesuatu tersebut. Mungkin juga saya tersalah anggap yang sebenarnya itu hanyalah kata2 atau omongan manis dia sahaja. Terkilan juga. Tapi tak apalah. Ok! Saya dah senyum lebar dah (-___-). Ok. Ok. Senyum=)

Lupakan kisah tersebut, kita ke kisah gembira. Semalam adik lelaki saya, Hafizi yang sepatutnya beraya di sini bersama saya, telefon saya dari Malaysia. Dia kata, "Angah nak pegi bank in duit raya ni". Saya kata, "Angah banyak lagi duit, tak yahlaa", menolak pula saya ni kan. Hehe. Adik saya berkeras lagi, " Ni Ma bagi RM*** dan Along bagi RM**..Oklah nak pegi dahni bank in". Rupanya ayat penyata saja tadi. Saya sambung, "Kalo masuk pun Angah tak pegi amik sebab ado lagi duit ni, lagipun Eji nak balik dah kan sini". Yeay! Dapat duit raya walaupun jauh. Hehe. Sebenarnya masa balik bulan 6-7 haritu Along dah bagi duit raya in advance. Thankss alottt Along and Ma! Kita simpan duit itu ya=)

Saya sebenarnya tengah berehat sekejap, sebab dah pening baca pasal Antepartum Haemorrhage dan Hypertension in Pregnancy. Malam ni nak faham betul2 dan hafal betul2. Tulis blog untuk hilangkan mengantuk! Oklah, macam dah segar ni. Kita sambung lagi ya. 

Salam. Jumpa lagi=)

Nota: Esok saya masih bercuti. Rabu baru masuk Rumah Sakit.

2 comments:

sinar_islami said...

Salam akak...
bila sebut pasal janji...
terasa juga sbb waktu puasa tu ada berjanji dengan tok wan, tapi sha tak dapat tunaikan...
Kita sendiri akan terasa bila janji tak tertunai..
Okeh sori tebuka kisah sedih pula..

btw...akak nak duit raya :)

ummujannah said...

Salam Sha,
Huhu. Sorry agak lambat nak reply komen Sha, tapi akak dah baca dah sebenarnya. Kalau dah janji dan tak dapat tunaikan Sha kena btau kot kat Tok Wan kenapa tak dapat tunaikan janji. Sekurang2nya dia tahu kenapa dan dia masih tau yang Sha masih ingat dia.

Cerita akak kat atas ni, huhu. Kawan tersebut senyap sahaja dan marilah sama2 kita bersangka baik yang dia lupa=)

Ehem2, akak tak keje dan tak kawen lagi. Jadi tak boleh bagi duit raya=)